18 Mei 2010

Mentaliti Lin Dan Dalam Kepala Otak Lim Kit Siang !!!

Lin Dan, seorang jaguh yang sukar di kalahkan..dalam perjalanan menuju kepada status lagenda sepanjang zaman dalam arena sukan badminton antarabangsa. Dia tidak perlu menjadi No.1 dunia untuk dikenang sebagai seorang lagenda. Dia tidak perlu menjadi sang juara di semua pertandingan Super Series.

Apa yang penting bagi dia adalah memenangi setiap perlawanan pada kejohanan-kejohanan yang besar bagi membantu negaranya dan meletakkan namanya sebaris dengan lagenda lain. Itu sudah mencukupi bagi dirinya. Piala Thomas yang diadakan setiap dwi-tahunan, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan All - England adalah sasaran Lin Dan. Dia sudah memenangi kesemuanya dengan mudah! Tidak perlu menjadi No. 1 dunia untuk mendapat pingat emas Olimpik ataupun menjuarai Piala Thomas!

Dia sangat fokus dalam kariernya. Tahun ini dia sanggup melupakan aksi di All England untuk menumpukan kepada Piala Thomas dan dia berjaya..!

Dia juga sangat hormat kepada lawannya. Tidak pernah dia mengeluarkan kenyataan bongkak dan mendabik dada selepas mengalahkan lawannya. Lihat apa kenyataan dia selepas menewaskan Dato' Lee Chong Wee, ' Beliau (Chong Wee) tidak bermain seperti biasa hari ini, tekanan lebih dirasai oleh beliau berbanding saya, saya dapat bermain dengan baik dan nasib menyebelahi saya.' Inilah karakter sebagai seorang jaguh yang hebat!

Gaya permainannya yang sering berubah - ubah amat sukar dibaca oleh lawannya sehinggakan lawannya terperangkap dan terikut-ikut dengan lenggak lenggok permainannya. Ini resepi kejayaan Lin Dan!



Cara berfikir Lin Dan ini jugalah yang diaplikasikan oleh Lim Kit Siang. Tidak perlu menjadi Ketua Pembangkang walaupun kerusi partinya lebih banyak daripada parti - parti lain. Tidak perlu menjadi juara bagi setiap isu, biarlah parti - parit yang lebih minoriti itu sahaja yang berperang. Biarlah sentiasa menjadi underdog bagi setiap kali pilihanraya kecil. Tetapi matlamat utama mesti dicapai - Kuasa penentu dan pembuat keputusan berada di dalam genggaman dan melakukan kejutan dalam pilihanraya!

Kit Siang tidak tergila-gila dengan jawatan Ketua Pembangkang. Biarlah orang gila bernama Anwar yang memegangnya. Apa yang penting bagi Kit Siang adalah sebarang keputusan politik perlu melalui 'pintunya' dahulu sebelum diputuskan! Dan inilah yang berlaku hari ini. DAP adalah pembuat dan pemutus keputusan, manakala PKR dan Pas sebagai perlaksana keputusan..dalam bahasa pasarnya disebut macai!!

Kit Siang awal-awal lagi sebelum pilihanraya kecil Sibu mendakwa DAP perlukan keajaiban untuk menang dan percaya sukar untuk mereka mengalahkan BN. Manakala BN yang memang suka membuat kempen syok sendirinya mendabik dada boleh menang di Sibu. Tapi apa yang jadi adalah keajaiban berlaku di Sibu, BN telah di aibkan.

Kit Siang juga seperti Lin Dan suka menukar strategi dan 'game' politik beliau. Sebarang isu yang diketengahkan pasti akan dijawab oleh BN walaupun isu itu sebenarnya bertaraf sampah! Kit Siang mengajak lawan politiknya bermain mengikut gerak langkahnya sehinggakan satu tahap lawannya tersebut terperangkap dengan 'smash' tajam yang datang tiba-tiba dek kerana leka mengikut caranya bermain!

Lin Dan bukanlah seorang superhero yang mustahil dikalahkan. Dia juga ada kelemahan. Penguasaan gelanggang dan mengawal permainan boleh menyebabkan emosi dan gaya permainan Lin Dan terganggu. Lin Dan bukanlah seorang yang boleh diajak bermain 'rally'. Dia perlu dipaksa bekerja keras bertahan dengan 'smash' yang tajam dan tidak memberi bola tanggung kepadanya. Letakkan dia diposisi bertahan bukannya menyerang!

Kit Siang juga boleh dikalahkan dengan kaedah yang sama. Setiap isu negara perlu dikuasai dan dikawal oleh lawannya. Hujah yang kukuh dan fakta yang ampuh bisa menutup peluang dan ruang untuk Kit Siang menjuarai isu tersebut. Letakkan Kit Siang diposisi defensif dimana dia akan diserang bertubi-tubi dengan pelbagai isu yang melingkari dia dan partinya dan bukannya seperti sekarang, lawan Kit Siang setiap masa memberi bola tanggung untuk dismash!!

Artikel ini bukanlah untuk memuji Lim Kit Siang ataupun merendahkan status Lee Chong Wei tetapi sebagai satu peringatan bahawa kedudukan dan prestij bukanlah tiket untuk menjadi juara sebenar. Apa yang perlu kita belajar daripada dua contoh diatas ialah untuk sentiasa menilai kekuatan lawan disamping sikap 'underdog' dan rendah diri mereka, terselit senjata yang sukar ditangkis bila berhadapan dengan mereka.

Tidak salah belajar daripada kekuatan lawan...bukan..???


17 Mei 2010

Gaya Politik Konvensional BN Perlu Di Tukar!! Hentikan Gula-Gula Politik!!


Benarlah apa yang pernah diungkap oleh Negarawan kita, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 'Apabila kita melupai sejarah dan peristiwa lepas, kita akan dihukum dengan melakukan kesalahan tersebut berulang - ulang kali.'

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh YABhg. Tun tersebut merujuk kepada sejarah penjajahan zaman kolonial mahupun zaman perang, tetapi apa yang diucapkan oleh beliau tersebut boleh kita terjemahkan dalam apa yang telah berlaku dalam konteks politik tanah air kini terutama setelah BN kalah mengejut di Sibu semalam (16 Mei 2010).

Nampak gayanya, BN tidak belajar daripada peristiwa yang lalu. Sejak pasca PRU-12 hinggalah semalam, BN tetap melakukan kesalahan yang sama berulang - ulang kali! Tidak pernah serik! Kalau kita cakap dalam bahasa kasarnya, orang yang buat kesalahan berulang kali dikategorikan sebagai bodoh! Ini realiti yang perlu kita akui!

BN masih mengharap dengan ganjaran dan imbuhan yang turun dari langit akan menjanjikan undi untuk mereka. Tetapi amat malang, kaedah ini sebenarnya telah memakan diri! Kaedah konvensional ini telah menampakkan BN mudah dipermain - mainkan!

Di pasar Sibu, riuh rendah dengan laungan 1 Malaysia, PM kita pun tersengih - sengih gembira. Media massa perdana mencanang bagai nak rak, petugas parti dah makin duduk leka..ini yang menyebabkan BN terkesima dan ambil mudah! Sokongan dengan suara tidak mencerminkan apa yang akan diterjemahkan di dalam kertas undi.

Laungan itu hanya memohon perhatian dan imbuhan daripada kerajaan, sokong dalam kertas undi belum tahu lagi! Minta itu dan ini, bila dah dapat, roket juga diundi!

Tiba masanya gaya politik BN perlu ditukar. Ia perlu lebih bercorak keras sekeras desakan dan tuntutan yang bukan -bukan oleh kelompok yang tidak menyokong itu!

Hentikan serta - merta pemberian dan imbuhan semasa pilihanraya kecil. Buat apa merugikan jutaan ringgit kepada golongan yang tidak bersyukur dan berterima kasih ini. Lebih baik dana tersebut di salurkan kepada golongan yang menyokong. Ini dah lah bagi kepada puak yang menentang, golongan yang menyokong dipinggirkan menyebabkan mereka akan berfikir, 'lebih baik aku menentang, nanti kerajaan beri perhatian kepada aku macam puak sebelah sana.'!

Misalnya projek tebatan banjir di Sibu perlu ditangguhkan. Buat apa berbelanja besar sehingga mencapai RM 1billion  di kawasan penentang. Lebih baik dana tersebut di salurkan di rumah - rumah panjang yang menyokong dasar pemerintah. Ini untuk memberi pengajaran kepada mereka. Minta mereka pergi mengadap dengan ahli parlimen baru yang mewar-warkan 'Vote for Change' itu..mintalah bulan & bintang yang dah dijanjikan tersebut!

Cukup-cukuplah BN di perbodohkan sedemikian rupa. Jangan ingat pemberian gula - gula politik boleh membeli undi mereka. Jangan rugikan dengan melaburkan jutaan ringgit kepada puak yang tidak akan menyokong ini. Lebih baik duit tersebut digunakan untuk kepentingan awam yang lebih memerlukan.

Dalam 2 kempen terakhir pilihanraya kecil (di Hulu Selangor dan Sibu), kerajaan telah hampir membelanjakan 500 juta dalam bentuk insentif, imbuhan, ganjaran, geran dan saguhati kepada hanya 150,000 rakyat sahaja dikedua - dua kawasan sedangkan kita masih ada 220 kawasan parlimen lagi dan lebih 26 juta lagi rakyat yang lebih memerlukan!

Walaubagaimanpun, kekalahan di Sibu telah tersurat. Walaupun pedih, ia perlu diterima. Ini merupakan satu lagi episod pengajaran kepada BN terutama selepas kekalahan di Kuala Terengganu dan siri-siri pilihanraya kecil yang lain.

Belajarlah daripada kesilapan yang telah dibuat ini walaupun telah berulang kali melakukan perkara yang sama. Fokus utama adalah pada pilihanraya umum akan datang. Pergilah minta pendapat Tun Dr. Mahathir yang berjaya meraih sokongan puak penentang ini semasa pilihanraya umum 1999. Mungkin ada resepi yang boleh digunakan untuk memenangi semula hati mereka tanpa perlu menjanjikan bulan dan bintang!

Jangan dek kerana laungan 1 Malaysia yang berdegar-degar menyebabkan BN lena diulit 'mimpi basah', kelak nanti basah keluar airmata darah sekalipun, sudah tidak berguna lagi . . .

15 April 2010

Selepas Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng Pula di Parlimen Batu!

Sepatutnya 13 April yang lalu adalah keputusan rayuan kes Tian Chua yang disabitkan kesalahan dengan menjadi anjing dan mengigit seorang anggota PDRM dan telah di jatuhi hukuman penjada 6 bulan dan denda RM 3,000.00

Kekasih gelap Elizabeth Wong ini (kekasih terang Elizabeth Wong ialah Khalid G), bertegas untuk tidak merayu kes ini. Walaubagaimanapun, Abg Nuar meminta beliau membuat rayuan kerana tidak mahu lagi berbelanja besar untuk pilihanraya kecil kerana kantungnya semakin susut untuk membayar kos guaman Karpal Singh atas kes liwatnya yang dibayar mengikut saat bukannya lump sum! hehehe..

Entah mengapa mahkamah tidak dapat memutuskan sama ada rayuannya diterima atau ditolak. Mungkin mahkamah tinggi yang mendengar rayuan ini sejak pertama kali pada 27 Januari lalu telah dijangkiti sindrom tangguh kes, maka keputusan tersebut terus tertunda...

Jika keputusan kekal, maka mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan, bahawa seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan atas satu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penajara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.00 dan dia tidak dapat pengampunan bebas.

Mengikut hukuman yang telah dijatuhkan maka hilanglah kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen P115 - Batu kerana didenda RM3,000.00 dari denda maksimum RM2,000.00 sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Seri Dr. Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan sedang berkira-kira untuk membuat 'come-back' dalam persada politik tanahair di sebalik baju yang dahulunya warna biru gelap dan kini biru muda !!

Seperti Zaid Ibrahim, orang yang baru setahun menjadi ahli parti PKR telah mendapat kepercayaan Anwar untuk bertanding di Hulu Selangor dengan mengenepikan hasrat penyokong tempatan untu melihat anak jati mewakili mereka, Chua juga bakal mendapat kepercayaan Anwar untuk beradu dengan BN di Batu kelak!

Tidak susah untuk kita menjangkakan siapa yang menang di Batu kelak kerana pilihanraya Hulu Selangor ini akan dijadikan 'precedent case'. Senario yang sama berlaku di kedua-dua kawasan ini. Parti BN yang kalah adalah 2 parti paling teruk keputusan pada PRU-12 dahulu iaiatu MIC dan Gerakan.

UMNO kedua-dua kawasan ini juga menuntut agar dipulangkan kembali kerusi ini kepada mereka kerana prestasi parti yang mewakili BN sangat teruk pada 2008.

Sudah pasti,jika diambil daripada kes di Hulu Selangorm calon BN bagi Batu adalah daripada Gerakan. parti yang sentiasa menjadi duri dalam daging BN.

Dan pasti tuntutan - tuntutan gila sepertimana yang berlaku di Hulu Selangor kini akan turut berlaku di Batu. Tuntutan ini pasti akan sentiasa di akur oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN yang melihat hati rakan kompenan lebih diutamakan daripada perasaan dan hati pengundi..! Rasa denyut nadi rakyat konon!!

Maka kita akan lihat kemunculan semula dua orang bekas menteri BN di blok pembangkang dalam dewan rakyat. Semoga mimpi ngeri ini tidak berlaku.. sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN bermula di Hulu Selangor petang nanti.. gunakan kuasa dan pengaruh yang ada bukan tunduk layu dengan desakan orang yang kalah di tempat sendiri pada PRU lepas!!!

p/s - Hadiri khusus selama 2 minggu. Maka ini adalah artikel terakhir untuk bulan ini. Insya Allah bulan Mei nanti kembali menulis..

13 April 2010

Dato' Dr. Hallili Rahmat Calon Sebenar PKR !!!


'Inilah calon kita'!! mungkin itu yang dikata oleh Anwar Ibrahim kepada Dato' Dr. Halili Rahmat malam tadi Kg. Sg. Selesik.

Pukul 10 malam ini mesti menjadi saat yang dinantikan oleh penyokong Anwar Ibrahim dan Pasukan Rusuh nya!! Diwar-warkan calon yang akan bertanding untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diumumkan pada malam ini.

Bermacam-macam nama yang keluar. Ada bekas menteri UMNO, ketua AMK, dan tidak kurang anak-anak tempatan. Yang pasti makhluk bernama Zaid Ibrahim adalah calon utama untuk dijadikan ayam sabung pakatan pembangkang..!

Saya percaya Anwar akan mengunakan kelicikannya bermain politik dalam isu calon ini. Rata-rata blogger terutama pro kerajaan tersengih riang bila mana nama Zaid Ibrahim diletakkan di tempat pertama dalam senarai calon PKR kali ini.

Zaid Ibrahim jika dicalonkan memang menjadi lauk pauk untuk digulai oleh jentera BN. Begitu banyak isu yang melingkari beliau. Tetapi saya percaya Anwar tidak sebodoh itu untuk meletakkan sampah UMNO ini di situ.

Malam ini lebih kepada resepsi pengenalan calon-calon yang bakal dijadikan kuda lumba pembangkang untuk mengekalkan status quo Parlimen Hulu Selangor.

Bagi saya, orang yang menjadi favourite di kalangan pendokong Anwar & Pasukan Rusuh adalah Dato' Dr. Halili Rahmat, seorang pakar bedah saraf daripada Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya dan inilah orang yang akan dijadikan calon oleh PKR!

Dr. Halili ini dikhabarkan anak tempatan berasal dari Ulu Yam tapi menetap di Kuala Lumpur. Menjadi Bendahari PKR di Cabang Hulu Selangor dan sangat disegani atas faktor akademik dan sahsiahnya! Jauh beza berbanding kaki botol Zaid Ibrahim!

Dulu tahun 1999 pernah cuba lawan Palanivel tetapi kalah di P88 (ketika itu) - Parlimen Hulu Selangor. Ketika itu sentimen BN dan dacing masih tinggi, tetapi kini ia jauh berbeza.

Lambang dacing di kertas undi bukan bererti akan di pangkah oleh pengundi. Pengundi semakin bijak. Faktor parti sudah menjadi perkara kedua. Karakter calon lebih diberikan fokus. Kerja ke tidak lepas pilihanraya itu faktor kedua.

Saya agak yakin orang yang akan menghantar kertas undi pada Sabtu ini ialah Dato' Dr. Halili Rahmat. Ia akan dimuktamadkan malam sebelum penamaan calon!

Perkara yang sama berlaku semasa Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin menjadi calon 2008 dahulu. Karakter dan tahap akademiknya telah melenyapkan jasa-jasa Palanivel selama 4 penggal.

Harus diingat telah 9 kertas calon diambil daripada pejabat SPR sehingga Jumaat lepas. Semalam dan hari ini belum dikira lagi.

Pasti Anwar menggunakan kebijaksanaan dalam menyusun strategi politik yang licik dalam memenangi kerusi ini dengan apa yang dikatankan oleh Dato' Zahrain... 'at all cost'!!!


12 April 2010

Antara Gula-Gula Lolipop BN dan Gula-Gula Getah Pembangkang!!

Bila tiba musim pilihanraya kecil, maka kelihatan bertimbun - timbun longgokan 'gula - gula' pemberian 'ikhlas' parti politik! Hehehe...

Rakyat di kawasan tersebut tertunggu - tunggu apa lagi habuan untuk beroleh 'pemanis mulut bermusim' ini? Semua program alih - alih dibuat disini sampaikan pejabat MB pun nak dipindahkan disini! Dasyat betul pilihanraya kecil di Malaysia ini.

Budaya politik di Malaysia ini untuk menghadapi pilihanraya kecil boleh dianggap sebagai 'Winner take all'. Jadi segala senjata dikeluarkan untuk mengalahkan musuh. Macamlah siapa yang menang boleh tubuh kerajaan, walhal 1 kerusi itu tidak memberi impak besar pun kepada sistem pemerintahan negara cuma ianya hanya menjadi kemenangan psikologi ke atas pihak lawan! Tidak lebih dari itu!

Menariknya, bila ada saja pilihanraya kecil maka ketika itu muncullah pembesar negara dan pemimpin politik di kawasan tersebut sedangkan sebelum ini mungkin tidak pernah langsung menjejaki di situ! Inilah gaya politik kita...

Peliknya semasa hendak dibuat pilihanraya kecil, tiba - tiba banyak program di buat. Di katanya secara kebetulan tempat dan tarikhnya kena pada musim pilihanraya kecil tetapi kita bukan tidak ada akal untuk berfikir...

Pemberian 'gula - gula' ini memang menjadi budaya politik kerajaan pemerintah. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana - mana pun di dalam dunia ini. Tetapi menariknya di pilihanraya kecil Hulu Selangor minggu depan, dua kerajaan bertembung ; kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri! Pasti 'gula-gula'nya lebih menarik!!

Pihak pembangkang yang membentuk kerajaan di Selangor juga memperakui bahawa pengaruh 'gula-gula' kepada sokongan undi tidak sedikit kesannya. Mereka juga terjerumus di dalam politik pemberian 'gula-gula' ini..

Rakyat sekarang diberi dua pilihan sama ada terpengaruh dengan 'gula-gula' lolipop BN ataupun 'gula-gula' getah pembangkang!

Saya menakrifkan pemberian imbuhan daripada kerajaan pemerintah dengan analogi lolipop kerana sifat gula-gula tersebut yang menarik bungkusannya, manis isinya dan ada tinggal batangnya untuk dibuat kenangan.

Manakala sifat gula-gula getah sangat sesuai untuk diterjemahkan kepada imbuhan daripada blok pembangkang. Gula-gula getah ini sebenarnya tawar, yang maniskannya adalah pewarna yang diambil daripada sumber lain.

Ia sangat bertepatan dengan perangai pembangkang sepertimana yang ditunjukkan dalam pemberian geran tanah kepada penduduk di situ walhal ianya adalah hasil kerajaan negeri dibawah BN sebelum Mac 2008.

Gula-gula getah ini juga manisnya seketika lembutnya sementara, selepas lama dihisap maka rasanya akan tawar dan mulai kenyal. Bila nak dibuang, kena berhati-hati takut melekat memang payah nak ditanggalkan.

Itulah yang diumpamakan dengan pemberian pembangkang yang nampaknya sangat baik dan bagus tetapi kesan jangka panjangnya boleh memudaratkan masyarakat, misalnya isu tanah dan kawasan ibadat.

Justeru itu, pengundi di Hulu Selangor diberi dua pilihan 'gula-gula'. Sama ada lilipop atau gula-gula getah, pilihan terletak di tangan anda. Jika nak ambil kedua-duanya pun boleh tetapi kena fikirkan jangka panjang, jangan nanti menyesal, banyak sangat terlekat gula-gula getah, nak dibuang payah nak ditanggal susah!!

Makan 'gula-gula' banyak pun payah, nanti sakit 'gigi'!!!
Nak bagi 'gula-gula' tu pun kena tengok orang lain, nanti ada yang doa mintak YB mati!!
Berpada - padalah !!!

08 April 2010

Akurlah Pilihan Najib, Sami'na wa Ato'na (Kami dengar, kami taat) !

Sudah muktamad! Calon BN bagi Parlimen Hulu Selangor nanti adalah daripada MIC! Sama ada Palanivel dicalonkan semula atau tidak itu soal ke-2, hakikinya ayam sabung BN adalah MIC!

Walaupun jauh disudut hati saya melihat calon yang layak melawan calon Melayu PKR adalah daripada UMNO tetapi kata telah diputus, MIC adalah lawannya.

Mungkin ada ramai rakan - rakan blogger seperti GAP dan DET menentang keras pemilihan ini tetapi Najib selaku kapten kapal BN telah membuat keputusan yang tidak popular ini untuk menjaga hubungan jangka panjang parti - parti kompenan.

Keputusan Najib ini besar hikmahnya. Bukan sahaja untuk mengukur sejauh mana kuatnya pengaruh dan relevansinya MIC tetapi menilai sejauh mana kesetiaan ahli UMNO kepada ketuanya..

Saya juga tidak menyokong keputusan Najib ini tetapi akur atas faktor beliau adalah ketua. Beliau berhak membuat keputusan yang semestinya memerlukan pandangan banyak pihak.

Saya masih ingat semasa pilihanraya Bagan Pinang dahulu, Isa Samad dimomokkan begitu teruk oleh pembangkang. Dituduh kepala rasuah, kuat songlap duit masa jadi MB N.Sembilan. Najib pun goyang nak pilih dia sebagai calon BN. Lagipun ada bisikan syaitan daripada menantu mantan PM!

Dalam blog pun rata - rata blogger yang mendakwa penyokong kerajaan dan UMNO agak keberatan untuk 'menjual' nama Isa Samad untuk ditabalkan menjadi calon BN di sana. Majoriti komen yang dihantar oleh pembaca pun menolak Isa Samad.

Tetapi Isa Samad tetap dipilih menjadi calon dan menang besar..!

Selepas itu barulah blogger-blogger pro-kerajaan ini mendabik dada dengan kejayaan Isa Samad yang sebelum ini malu diperjuangkan..ini namanya jatidiri dan kepercayaan kepada keputusan parti tidak kuat dalam diri! Krisis keyakinan masih membelenggu majoriti penyokong BN di dalam blog!

Kini, kita diuji lagi sama ada akur atau ingkar dengan keputusan ketua.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 285 Allah ada menunjukkan bahawa orang beriman mempunyai sifat sami'na wa ato'na (kami dengar, kami taat).

Perangai orang yahudi pulak ditunjukkan dalam surah yang sama ayat 93 yang mempunyai sifat sami'na wa 'ashainaa (kami dengar, kami ingkar).

Jadi perangai mana kita nak ikut, perangai orang beriman atau yahudi?

Terpulanglah kepada budi bicara kita sama ada setia atau ingkar dengan arahan ketua. Ya, memang betul Najib malahan sesiapa sahaja tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana itu fitrah manusia.

Tugas kita adalah memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh ketua, sekiranya cadangan kita itu tidak diterima janganlah kita melenting. Ada hikmahnya..

07 April 2010

Baguslah Kekalkan Formula Perkongsian Kuasa, Si Nizar Gigi Akan Terus Kekal di DUN Selepas PRU-13 !!

Terima kasih Najib sebab bagi aku kekal di DUN Pasir Panjang..hehe. Konsep perkongsian kuasa BN sangat berbaloi - baloi! Hehe..

Kalau bercerita mengenai orang (bukan tokoh) politik paling bangsat sejak kebelakangan ini, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah En. Nizar Jamaluddin (status Profesional Engineer (PE) diragui)! Dia lebih bangsat daripada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan yang sekufu dengan mereka!

Apa yang melayakkan dia bergelar si bangsat itu tidak perlu saya huraikan kerana saudara rbf telah pun menceritakan dalam kes yang berlaku di Jalan Kebun, Klang 2 hari lepas. Itulah natijahnya bila menjadi tukang cakap parti dajjal - DAP!

Di dalam suasana Pilihanraya Kecil P94 - Hulu Selangor, proses pemilihan calon adalah yang paling rumit dan kritikal sama ada di pihak BN mahupun pembangkang.

Tidak payah bercerita pasal calon pembangkang kerana sudah pasti mereka akan meletakkan calon Melayu daripada PKR untuk menentang calon BN yang besar kemungkinan adalah daripada MIC.

Isu pemilihan MIC sebagai ayam sabung BN di Hulu Selangor dibuat atas prinsip setiakawan dan konsesus perkongsian kuasa. Dalilnya, semasa 2008 kerusi ini diperuntukkan untuk MIC maka biarlah MIC yang bertanding..

Najib dan Muhyiddin dan cakap jangan pertikaikan calon BN, yang penting harus bekerja. Najib melihat formula perkongsian kuasa lebih diutamakan daripada suara hati orang lain, terutama pengundi majoriti disitu.

Orang yang paling gembira mendengar cakap Najib ini bukanlah Samy Vellu ataupun G.Palanivel tetapi pemimpin - pemimpin politik pembangkang! Kerana pada PRU akan datang, mereka sudah pasti akan memenangi beberapa kerusi parlimen dan DUN yang melibatkan pertembungan formula BN vs. kuasa majoriti pengundi!

Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi
Apabila berita mengenai amaran Najib untuk jangan pertikaikan calon BN yang memberi signal jelas bahawa MIClah yang bertanding, En. Nizar Jamaluddin sudah keriangan terloncat - loncat sambil menepuk tangan di atas kepala mirip 'Ella' - Orang Utan di Zoo Negara!

Ini kerana kerusi DUN N51 - Pasir Panjang di Perak akan terus berada di dalam tangannya selepas PRU-13. Maka dia sudah memikirkan untuk membuat perancangan sehinggalah PRU-14 bagaimana mahu bikin kecoh dalam dewan persidangan dan di jalanraya! hehehe..

Tahun 2008, En. Nizar Gigi ini telah mengalahkan calon MIC Dr. S.Vasan dengan majoriti 4,474. Perincian adalah seperti berikut :
MIC  -  Dr. S.Vasan  =  7,520
PAS  -  En Nizar Gigi  =  11,994  (Majoriti 4,474)
Melayu - 65.7%, Cina - 15.0 %, India - 19.1 %

Di DUN N59 - Behrang juga di Perak, formula BN ini telah menampakkan 'kejayaannya' dengan tersungkurnya lagi calon MIC kepada calon PKR bekas posmen yang sekarang ini dah jadi bebas Jamaluddin Md Radzi :
MIC  -  Datuk M. Ramasamy  =  5,744
PKR  -  Jamaluddin Mohd. Radzi  =  6,771 (Majoriti 1,027)
Melayu - 57%, Cina - 24%, India - 14%

Macamana seorang bekas posto boleh kalahkan seorang Datuk sedangkan apa track record En. Posto itu?

Di P132 - Teluk Kemang, N.Sembilan, seorang lagi hero tamil MIC tergolek angkara keberhasilan Formula BN. S.Sothinathan yang ketika itu Setiausaha Agung MIC tewas kepada Dato' Kamarul Baharin daripada PKR dengan majoriti 2,804.
MIC  -  S.Sothinathan  =  20,544
PKR  -  Kamarul Baharin  =  23,348
Melayu - 51%, Cina - 36.1%, India - 22.2%.

Walhal kalau dikira undi yang menyokong calon BN di DUN dalam kawasan parlimen ini menunjukkan pengurangan sebanyak 1,380 undi. Manakala di pihak PKR naik 846 undi. 746 pemilih yang memilih BN di kerusi DUN merosakkan undi mereka!

Di P83 - Kuantan, Pahang, perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor pada 2008, juga terjadi di kawasan ini. Parlimennya kalah tetapi kesemua DUNnya menang!

Parlimen Kuantan - P83
BN/MCA - Dato' Fu Ah Kiow  =  16,572
PKR  -  Fuziah Salleh  =  18,398 (Majoriti 1,826)
Melayu - 60%, Cina - 35.9%, India - 3.9%

N14 - Teruntum
BN/MCA  -  8,015  (Majoriti 293)
PKR (Cina)  -  7,722

N15 - Tanjung Lumpur
BN/UMNO  -  6,478 (Majoriti 496)
PAS  -  5,982

N16 - Inderapura
BN/UMNO  -  3,791 (Majoriti 853)
PAS  -  2,918

Jumlah Ketiga - tiga DUN
BN  -  18,284 (beza 1,712 daripada parlimen)
PKR&PAS  -  16,622 (kurang 1,776 daripada parlimen)

Bagaimana calon BN boleh kalah. Bukan calang - calang Fu Ah Kiow tu, Timbalan Menteri Dalam Negeri masa tu! Orang ramai terutama pembesar UMNO memandang sinis perlantikan Fuziah Salleh ini sebagai Ketua Strategik Pilihnaraya PKR. Jangan disangka tangan yang menghayun buaian ini tidak bisa memalukan BN lagi di Hulu Selangor!!

Persamaan daripada kesemua contoh ini menjelaskan bahawa pengundi majoriti iaitu Melayu lebih mementingkan sentimen bangsa/agama dalam memilih calon waima calon itu bukan daripada parti pemerintah!

Nampaknya pertarungan Formula BN vs. Kuasa Majoriti Pengundi (Melayu) memenangkan calon Melayu. Najib seperti dijangka akan terus mengekalkan status quo kerusi sehinggalah penstrukturan semula dibuat menjelang PRU-13.

Hulu Selangor akan hanya dijadikan bahan ujikaji untuk melihat kemampuan sebenar parti - parti kompenan. Terpulanglah..sebab Najib lebih mendengar cakap MIC daripada majoriti pengundi.

p/s - nanti tolong letak calon BN bukan Melayu di kawasan saya ye, senang nak pangkah atas kertas nanti. Di Parlimen Rembau dan DUN Paroi ye, Najib!