20 November 2009

Rombakan Kabinet : Khairy Timbalan, Mukhriz Menteri Penuh ?


Petang semalam, ada 'angin' yang bertiup dari Putrajaya hinggap di telinga saya bahawasanya akan ada rombakan kabinet dalam sedikit masa lagi.

Pada mulanya saya agak sukar untuk mempercayai khabar - khabar angin ini tetapi jika kita menyorot kembali janji Perdana Menteri 1Malaysia pada bulan April 2009 untuk menilai kembali prestasi Kabinet pada bulan November, andaian rombakan ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Rujuk sisipan The Star pada 16 April 2009, 'KPI test November for Ministers'.

Saya cuba menyiasat kesahihan berita ini dengan beberapa rakan PTD saya di JPM dan memang benar, Najib sedang meneliti laporan KPI yang telah pun disiapkan secara berperingkat oleh Dr Koh Tsu Koon yang dibantu oleh Idris Jala.

Laporan Audit 2008 dan SSR (Systems Star Rating) untuk Kementerian dan Jabatan dibawah Kerajaan Persekutuan juga telah menjadi kayu ukur untuk penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI) menteri dan timbalan menteri.

Walaubagaimanapun, tarikh sebenar untuk rombakan ini masih belum diputuskan. Ada kemungkinan, Najib ingin menyelesaikan masalah MCA dahulu dan 'sedikit perbincangan' dengan Samy Vellu sebelum barisan kabinet baru 2010  diumumkan.

Ada Menteri Yang Gugur?

Sumber tersebut menyatakan bahawa beberapa nama di dalam senarai Kabinet Pertama 1Malaysia ini akan digugurkan. Antaranya ialah Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor dan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. T Murigiah, Timbalan di Pejabat PM juga akan dalam senarai tersebut.

Dato' Seri Perdana Menteri agak kurang berkenan dengan pencapaian Dato' Shaziman manakala gugurnya jawatan Dato' Noh adalah untuk mempersiapkan beliau untuk memimpin kebangkitan semula UMNO dan BN Selangor dalam misi merampas Selangor dalam PRU akan datang.

Murugiah seperti sedia maklum, perlantikan beliau adalah atas kapasiti parti PPP. Maka dengan pembatalan ahli PPP menjadikan beliau satu - satunya dalam barisan kabinet Malaysia yang tidak berparti.

Dato' Seri Shafie Apdal juga ada desas - desus akan disingkirkan ekoran prestasi tidak memuaskan memimpin Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan isu kepimpinan UMNO Kedah. Cerita ini dikuatkan lagi dengan isu penyebaran risalah memburukkan Dato Shafie pada PAU lepas dan sisipan akhbar Utusan hari ini bertajuk, ' UMNO Kedah Nafi Berpuak - Puak'.

Yang menjadi agak sensasi rombakan kali ini ialah, kehadiran YB Ahli Parlimen kawasan saya iaitu YB Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Menteri atas tiket Pemuda UMNO dan kenaikan 'pangkat' Dato' Mukhriz Mahathir sebagai menteri penuh atas pencapaian KPI beliau yang amat memuaskan hati Dato' Seri Najib.

Bagi pendapat peribadi saya, peluang harus diberi kepada Khairy untuk membuktikan bahawa beliau ada kredibiliti memimpin. Beliau ada potensi menjadi pemimpin masa hadapan tetapi mungkin disebabkan terlalu mengikut darah muda dan agak gelojoh, maka perjalanan politiknya makin berliku. Di Rembau (2 minggu lepas) kesediaannya hadir di kawasan kubu kuat PAS di Paroi membuktikan bahawa beliau berani datang dan menjawab segala soalan yang diajukan.

Perlantikan Mukhriz adalah bagi mempersiapkan beliau menjadi Menteri Kedah bayangan kerajaan BN kelak. Perlantikan ke jawatan Menteri penuh adalah untuk memberi wajah dan mencipta imej selaku bakal pemimpin No. 1 Negeri Jelapang Padi.

YB Dato' Rosnah Rashid Shirlin juga akan naik menjadi Menteri penuh mewakili Puteri UMNO. Ada dua - tiga nama pemimpin parti kompenan yang terlibat di dalam re-engineering kabinet kali ini. Tetapi ia akan diputuskan selepas PM mengadakan perjumpaan dengan parti - parti kompenan ini.

Isa Menjadi Menteri Kembali ?

Ada desiran 'angin' menyatakan bahawa Tan Sri Isa akan di lantik menjadi senator mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan di angkat menjadi Menteri penuh untuk menggantikan tempat Shafie Apdal. Tetapi kekuatan cerita ini masih agak longgar tetapi tidak boleh dikesampingkan.

Apa - apa pun akan ada dua orang menteri baru mewakili Negeri Sembilan dan Selangor dalam kabinet baru Najib kelak.

Walau apa pun kemungkinan dan kebarangkalian yang akan tercipta dek penstrukturan semula kabinet Malaysia ini, kita perlu mengambil pendekatan positif dan menerima dengan hati terbuka.

Gossip politik ini walaupun belum sahih tetapi ia tetap menjadi polemik massa kerana rombakan ini dilihat akan menjadi faktor dominan dalam membawa halatuju kerajaan 1Malaysia dalam 1-2 tahun sebelum dinilai semula oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13. Ketika itulah KPI yang sebenarnya ditauliahkan oleh rakyat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada bayangan kerajaan alternatif pimpinan Anwar dan rakan - rakan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda pun tak boleh pimpin, ini nak jadi Menteri.

Takyahlah.

Biar dia masuk PKR.

pencinta kebenaran berkata...

salam...

saya setuju dgn anon..dkm kepimpinan pemuda pun x terpimpin..dgn perangai kalabulmalami..tak payah! ni nak jadik timbalan menteri?? menyemak kat kabinet jek..klau letak kat kabinet dapur ok lah.lepas tu kabinet tu x yah bukak2 dah...

klau la dia jadik timbalan menteri...habis diangkut semula budak tingkat 4...wah2 boleh ribut mcm time pak lah dulu..ish2 semoga dijauhkan

Local Fighter berkata...

Saya sudah menjangkakan bahawa jika rombakan kabinet berlaku, individu bernama Khairy pasti menjadi fokus.

Tidak dinafikan bahawa beliau merupakan liabiliti kepada UMNO dan Pemuda. Tetapi kenapa Dato Najib tidak menggugurkan beliau dari jawatan? Mesti ada maksud, bukan?

Dato Najib ingin memberi peluang untuk beliau berubah.

Mungkin pada pandangan mata kasar kita, Khairy tak buat apa - apa di Pemuda. Di FAM pun, mutu bolasepak kita masih di takuk lama.

Walaubagaimanapun saya berpendapat beliau harus diberi peluang untuk berubah.

Semasa Pak Lah berkuasa, beliau tidak dibimbing dengan baik dan menjadi liar sedikit.

Janganlah menjadi terlampau kritikal dan pesimis.

Saya bukan mempertahankan beliau (sebab di Rembau saya salah seorang Pemuda yang kuat menentang beliau dahulu) tetapi lebih kepada memberi peluang terakhir untuk menunjukkan kepada kita, apa potensi yang dia ada!!

Peluang terakhir. Jika kekal status quo, tendang dia masa pemilihan kelak!

Tanpa Nama berkata...

mcm mana pulak dgn menteri amaran bro?

Tanpa Nama berkata...

salam.

Elok si KJ nei masuk PKR saja...

Rizuan Ahamad berkata...

Sokong kalau Mukhriz jadi Menteri penuh walaupun kalah dalam bertanding Ketua Pemuda (Verapa banyak dia habis agaknya?). Najib perlu pertimbangkan nasihat saya ni sebab hanya dengan cara itu TunM tak kan kacau 1malaysia lagi. KJ tu memangla layak, jadi biar dia belajar dulu macam pejuang tempatan cakap.