07 Disember 2009

Isu BTN : 1Malaysia Mula Menampakkan 'Hasilnya'!!


Seminggu dua ini kecoh dengan isu Kursus Biro Tata Negara (BTN). Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan kuasanya dengan menghalang penjawat awam (negeri) mengikuti kursus berkenaan. Alasannya adalah kursus BTN ini menyemai semangat perkauman dan kebencian kepada bangsa lain.

Seperti biasa apabila sesuatu isu yang melibatkan dasar dan praktikal kerajaan diperdebatkan, maka bersuaralah pak - pak menteri untuk menjuarai isu. Dato' Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa kerajaan akan merombak sukatan kursus BTN ini agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Dato' Ahmad Maslan pula bersetuju silibus BTN  disusun semula dan tidak dirombak sepenuhnya seperti yang diperkatakan oleh Nazri Aziz. Maka Ahmad Maslan dikecam kiri dan kanan kerana tidak mahu menyahut seruan 1Malaysia.

BTN dituduh hanya menyebarkan fahaman Melayunis dan Bumis serta menyemai perasaan benci kepada kaum lain terutama Cina. Modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) tidak menepati kehendak 1Malaysia!

Maka Naziri Aziz dengan sikap 'kipas boss' bertindak sebagai jaguh untuk menyatakan bahawa BTN akan dirombak demi mencapai 1Malaysia. Kerajaan telah masuk perangkap pembangkang. Kit Siang dan kawan - kawan tersengeh puas sebab kali ini kerajaan mendengar dan mengikuti cadangan pembangkang...LAGI!

Inilah bahayanya gagasan 1Malaysia bila salah diertikan dan ditafsirkan! Tun Dr. Mahathir telah mengetahui bahawa gagasan Najib ini akan memakan diri. Lalu Dr Mahathir menegaskan silibus BTN wajar dikekalkan tanpa dirombak!

Kenapa perlu kerajaan bertindak apabila ia dicetuskan oleh pembangkang? Lihat bagaimana kematian Teoh Beng Hock yang disensasikan dan mendapat perhatian khusus kerajaan. Siapa dia? Apa jasa dia kepada kerajaan? Lihat, ramai lagi rakyat Malaysia yang perlukan pembelaan. Kenapa perlu wujudkan inkues khas semata - mata melayan kehendak pembangkang?

Kerajaan masih menari mengikut lenggak lagu dendangan pembangkang. Kerajaan nampaknya terlampau naif dalam berhadapan dengan isu laungan pembangkang. Nampaknya sekarang pembangkang yang tentukan dasar kerajaan. Pembangkang yang menentukan isu. Kerajaan hanya menjawab isu.

Lihat kes PPSMI, majoriti PIBG menyokong mengekalkan PPSMI, tetapi kerajaan akur dengan kehendak anti-PPSMI yang dijuarai oleh parti pembangkang dan dibantu oleh tok janggut yang hanya pandai berilusi dan khayal berkarya, lantas nasib generasi muda digadaikan.

Inilah natijahnya konsep 1Malaysia, rakyat (suara pembangkang) didahulukan, pembangunan (untuk menjadi popular) diutamakan!

Sekarang kedengaran suara - suara yang tidak enak menuntut hak yang bukan - bukan atas dasar 1Malaysia. Jika kerajaan tidak melayan tuntutan mereka dikatakan 1Malaysia - cakap tak serupa bikin!

Isu yang merimaskan saya adalah dalam bidang pendidikan. Dasar meritrokrasi di IPT telah menyebabkan saiz peratusan pelajar Melayu di dlm bidang kritikal semakin mengecil. Kursus - kursus Sains Kesihatan Bersekutu, Kejuruteraan dan Teknologi semakin didominasi oleh kaum bukan Bumiputra.

Bukan kita hendak menidakkan hak pendidikan mereka tetapi kita perlu lihat kembali dasar pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum. Kaum bumiputera masih ketinggalan dalam bidang ekonomi dan peluang pekerjaan.

Kenapa peluang pendidikan ini yang merupakan satu - satunya peluang untuk mencapai dasar pembinaan negara-bangsa ini diperjudikan?

Meritrokrasi dilihat sebagai duri dalam daging bagi orang Melayu dan bumiputera lain terutama di Sabah dan Sarawak. Penilaian yang dibuat hanya menjadikan akademik dan kegiatan ko-kurikulum sebagai kayu ukur. Fasiliti dan kemudahan serta keadaan sekeliling yang mempengaruhi cara berfikir dan bertindak pelajar terutama di luar bandar tidak di ambil kira.

Adakah adil kita menilai seorang pelajar yang dihantar dengan kereta mewah ke sekolah yang serba lengkap dan menghadiri kelas tuisyen ratusan ringgit sebulan dengan seorang pelajar yang berjalan kaki mengharungi denai dan selut ke sekolah yang jauh dari rumah hanya dengan angka dan huruf pada sehelai kertas keputusan peperiksaan?

Saya pasti isu meritrokrasi ini akan menjadi satu lagi 'hasil kejayaan' gagasan 1Malaysia. Pasti golongan yang berkepentingan akan menggunakan slogan ini untuk menuntut hak yang sebenarnya merupakan hak orang yang jauh di kampung dan pedalaman sana.

Itu belum lagi kita bercakap soal ekonomi, pemilikan tanah dan rumah, peluang pinjaman perniagaan, peluang pekerjaan dan kuasa membuat keputusan (politik)!

Mungkin akan ada suara - suara yang mempertikaikan orang Melayu ini MALAS berdikari dan bergantung harap dengan 'tongkat semambu' sahaja! Iya, satu hari nanti orang Melayu akan membuang 'tongkat' ini dengan sendirinya tetapi bukan sekarang!

Kerana 'tongkat' itu adalah sistem pendidikan. Tanpa pembelaan yang sewajarnya dalam bidang pendidikan, maka imej 'tongkat' ini akan selalu membayangi kelansungan bangsa Melayu dan Bumiputera yang lain..!

2 ulasan:

Pemerhati berkata...

Nampak sungguh BN sudah tidak releven lagi buat rakyat M'sia. Setiap kali BN akan mengikut kata2 pembangkang! Kalau tak ada keberanian utk berjuang utk kebenaran, buat apa lagi nak bersandiwara seolah2 memerintah negara.
Kami sedang berfikir bahawa DS Najib dan kroni2nya sedang berpegang kpd kuasa hanya utk membalun duit rakyat sahaja selagi boleh.
Di PRU13 nanti akan hancurlah M'sia negara ini diperintah oleh PKR yg menjadi proksi DAP yg bertuankan PAP S'pore dan Yahudi.
Orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri, namaknya!

Local Fighter berkata...

Blogger pro-kerajaan adalah lebih baik kerana berani menyatakan kekhilafan pemerintah. Menegur ertinya sayang!

Jika dibandingkan dengan blogger pro-pembangkang yang menyembunyikan kelemahan diri sehingga busuk bernanah membuak keluar!!