19 Mac 2010

Cikgu Robot 'SAYA' di Jepun Ajar Sains Dalam Bahasa Inggeris!

Siapa yang tidak kenal dengan negara Jepun. Negara kuasa ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat dan China. Mempunyai populasi seramai 127 juta dan pusat teknologi semasa!

Jepun dan bangsanya sering dikaitkan dengan semangat kebangsaan dan nasionalis yang begitu tinggi. Dek kerana semangat nasionalis inilah Jepun bangkit dalam tempoh yang singkat selepas gerhana ekonomi pasca Perang Dunia ke-2.

Kita sering diberitakan, Jepun sangat anti dengan bahasa lain. Apa - apa urusan di Jepun perlu  menggunakan bahasa Jepun. Teknologi dan ilmu mereka juga dimanifestasi dalam bahasa ibunda mereka!

Tetapi perkembangan baru - baru ini menarik perhatian saya terutama dalam aspek penggunaan bahasa asing atau lebih tepat lagi Bahasa Inggeris di dalam sistem pendidikan mereka.

'SAYA', robot humanoid pertama yang bergelar cikgu. SAYA diilhamkan daripada siri penciptaan humanoid seorang setiausaha yang telah diprogramkan untuk mengajar. Ia adalah hasil penyelidikan selama 15 tahun daripada seorang profesor Universiti Tokyo iaitu Hiroshi Kobayashi. 

Menariknya SAYA mengajar subjek sains & teknologi (matematik adalah ibu bagi ilmu sains). Ia telah dibuat pra-pengajaran di 'Kudan Elementary School di Tokyo yang mengajar murid berumur 10 tahun! klik sini

Walaupun SAYA diprogramkan dengan banyak bahasa tetapi ia telah disetkan untuk mengajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris bukannya bahasa ibunda mereka!


Di Korea juga, inovasi penciptaan humanoid yang boleh mengajar ini sedang giat di jalankan. Mereka menyasarkan pada tahun 2012, guru - guru pelajar adalah daripada robot humanoid ini! klik sini

Saya juga telah terjumpa satu artikel di dalam blog yang bertajuk 'Soon For Many Korean Kids, Their English Teacher Will Either Come From LG or Samsung'. Mereka juga telah mengorak langkah untuk menjadikan guru daripada robot humanoid ini satu realiti. Kita di Malaysia ini pula sibuk dengan artis rancangan realiti sahaja!!!

Tetapi di Malaysia berlainan pula. Sudah ada dasar yang bagus untuk anak - anak mendepani cabaran masa depan tetapi dimansuhkan pula.

Dek kerana dibantah oleh beberapa kerat sasterawan dan kelompok dungu yang berfikiran sempit, kerajaan mengambil pendekatan yang silap dengan memansuhkan PPSMI !

2010, bangsa Jepun dan bangsa Korea baru 'tersedar' betapa pentingnya untuk menguasai bahasa lain terutama Inggeris untuk penguasaan sains & matematik.

Tetapi di Malaysia, seorang negarawan telah berfikir 7 tahun lebih awal daripada bangsa yang pernah di'kiblatkan' beliau dalam Dasar Pandang Ke Timur! Kiblat dalam konteks ekonomi dan tabiat.

Penciptaan robot itu untuk mengajar bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk mendatangkan minat golongan anak kecil mereka kepada bahasa tersebut. Kemahiran dan penguasaan sesuatu ilmu itu tidak akan lahir tanpa minat.

Apa usaha kita untuk mendatangkan minat dalam mempelajari bahasa Inggeris kepada anak - anak kita? Takkan lah nak suruh mereka baca buku 'SHIT' buah tangan seorang yang bergelar sasterawan negara!

Jika ada orang mendakwa tidak patriotik dalam mempertahankan bahasa ibunda, bangsa Jepun lebih tinggi semangat patriotiknya. Sanggup mati kamikaze dan harakiri untuk menunjukkan betapa tebalnya sifat kasih sayangnya kepada bangsa dan negara mereka! Orang Melayu, kalau nak tunjuk demo memang dialah hero, baru kena sembur dengan 'water cannon' skit, mencicit lari!

Tetapi dalam konteks ilmu dan nasib generasi pewaris negara akan datang, mereka tidak melihat isu mengajar bahasa inggeris ini mengikis sifat nasionalis mereka! Tetapi orang kita..? Bantah dan bantai bagai nak rak...bila minta idea alternatif.. hampeh!

Inilah yang membezakan mentaliti dunia kelas pertama dan kelas ketiga! Memang benarlah kenyataan Tun Dr. Mahathir, beliau gagal dalam mengubah mentaliti rakyat negara ini! Sebab beliau jenis orang yang berfikir jauh kehadapan, tetapi rakyat negara ini suka pandang kebelakang dan asyik nak bangkang sahaja!!

Tiada ulasan: