2 Sept 2009 - mencatatkan satu lagi tompokan kudis di dalam susur perjalanan politik malaysia desawarsa ini. Kerajaan bawah pokok Nizar 'Sarkis' Jamaluddin kembali muncul selepas agak tenggelam 2 bulan sebelum ini ekoran kes mengamalkan ajaran khurafat semasa kematian mendiang Teoh.
Tindakan provokasi dan konfrantasi geng kongsi kuasa haram ini sudah dijangka. Tindakan PDRM yang menghuraikan juga telah dijangka. Tahniah dan Syabas kepada pasukan keselamatan negara!
Persoalan disini ialah adakah babak-babak filem yang tidak bermaruah ni akan terus dipaparkan dikhalayak umum? jika ada episod akhirnya..bila? apa tindakan penerbit (kerajaan) untuk menghentikan episod cerita yang semakin memualkan ini?
Janganlah asik memberi kuasa mutlak kepada pengarah (siapa lagi kalo bukan The Drama King Anwar Ibrahim) dan krew (konco-konco kongsi kuasa haramnya) untuk terus menentukan plot cerita ini.
Selepas berjaya menghuru-harakan Perak..kemana pula lokasi seterusnya pengarah tersohor Malaysia ini?
Pihak penerbit perlu tegas untuk menghentikan drama satira terbesar alaf ini dengan segera sebelum pihak penerbit akan dibaling tomato oleh penonton yang sudah jemu melihat kebobrokan ini!
04 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Bro.
Selamat datang ke perperangan alam cyber. Ini komen pertama di blog anda dan saya adalah follower anda yang pertama.
Sila ziarah blog teman; http://bumiyang.blogspot.com/
Wassallam.
Catat Ulasan