Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
Seperti yang sudah kita maklum, kuasa ekonomi di Malaysia ini sebelum sejak merdeka lagi telah digenggam oleh bangsa Cina.
Kita perlu akui bahawa bangsa Cina adalah bangsa yang berusaha keras dan hasilnya seperti yang kita lihat sekarang - ekonomi dikuasai oleh mereka.
Tapi yang agak merisaukan dan merimaskan saya adalah kuasa politik yang selama ini didominasi oleh kaum Melayu semakin hari semakin terhakis.
Ini diperakui secara tidak rasmi oleh SPR yang menunjukkan bahawa parti fasis DAP adalah parti siasah yang paling aktif mendaftarkan pengundi baru. Manakala parti UMNO hanya menjadi parti ke-3 selepas PAS.
Jadi apa rasionalnya pembesar UMNO berbangga-bangga dengan statistik retorik bahawa parti itu mempunyai lebih 3 juta keahlian sekiranya ahli yang sudah meninggal, keluar parti, tak mengundi (ahli parti boleh daftar umur 18 tahun, mengundi 21 tahun) dan tak aktif (yuran RM1 dibayar oleh cawangan atau bahagian)tidak diambil kira?
Berapa banyak ahli parti baru yang berjaya didaftar oleh sayap-sayap UMNO terutama Pemuda dan Puteri sejak Malapetaka Mac 2008? Persoalan ini perlu dijawab oleh kedua-dua ketua pergerakan ini.
KJ selaku ketua pemuda yang hartawan dan 'dermawan' perlu bertanggungjawab dlm isu ini. Setelah tiada tempat di barisan kabinet, seharusnya KJ menumpukan gerak kerja menarik sokongan anak muda menyokong BN dan UMNO.
Manakala ketua puteri yang juga Timb Menteri Kesihatan (tak tau dia buat kerja apa untuk Kementerian Kesihatan) janganlah malu2 untuk masuk ke kampus dan kampung. Mencari bakat-bakat baru dan rekrut yang boleh diasah terutama daripada segi doktrin dan fahaman untuk menyokong kerajaan.
Saya lihat Pemuda dan Puteri agak malas masuk ke kampus. Disinilah lubuk penyebaran doktrin dan fahaman sebab anak-anak muda ini amat besar peranannya di masa hadapan.
Berbalik kepada tajuk iaitu adakah politik kini milik melayu lagi? Bagi saya, sudah terang lagi bersuluh kuasa politik bukan lagi di tangan melayu!
Sebab, banyak keputusan dan tindakan sama ada pemerintah atau penyanggah lebih memihak kepada kaum selain melayu. Tidak perlu saya hurai satu persatu, cukuplah dengan pendedahan di dada-dada akhbar, ruang siber dan media elektronik. Ini sangat- sangat menakutkan saya!! Dan saya yakin dan pasti, rakyat lain juga berkongsi emosi dengan saya.
Sekarang hanya tinggal satu lagi talian hayat umat melayu di malaysia iaitu Raja-Raja Melayu terutama YDP Agong yang menjadi Jeneral 5 Bintang Angkatan Tentera Malaysia. Talian hayat ini juga saban hari di cabar-cabar untuk diputuskan oleh kaum lain dan yang menghairankan turut disokong oleh kaum sebangsa dan seagama Raja-Raja Melayu ini.
Manakala puak yang menyokong institusi diraja ini semakin layu dan kaku dihenyak dan dihentak oleh puak anti fahaman mereka. Lalu mengambil jalan pintas dengan mengiyakan sahaja apa jua permintaan puak berhaluan kiri terutama parti fasis DAP.
Selepas 2,3 atau 4 tahun lagi kita akan lihat sama ada kuasa politik kembali kepada orang melayu atau talian hayat akhir ini juga telah berjaya diputuskan. Hanya ada 2 pilihan, tiada ketiga, keempat!
10 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan