Ada satu perkataan yang sama tapi membawa 2 maksud berlainan.
Satu, Isa (Tan Sri Isa Abdul Samad) bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kerajaan Islam Hadhari atau lebih popular sebagai Menteri Besar N.Sembilan selama 5 penggal.
Manakala satu lagi ialah Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Walaupun berbeza kedua-duanya menjadi topik utama di persada tanahair hari-hari sebelum menjelang Syawal tahun ini. Kedua-duanya juga akan menjadi kayu pengukur untuk menentukan sama ada jangka hayat Kerajaan 1Malaysia akan bertahan atau berkubur selepas tahun 2012.
Isu Pertama - Isa Samad
1) Kembali popular selepas disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK N31 Bagan Pinang.
2) Ada keinginan untuk membuat comeback dalam persada politik tanahair selepas diketepikan secara tidak bermaruah oleh Kerajaan Islam Hadhari pada 2005.
3) Sudah sebati dengan politik di N.Sembilan terutama di Port Dickson dan Rembau.
4) Sudah pasti berada didalam dilema sama ada untuk meneruskan niat bertanding atau memberi laluan kepada orang lain.
5) Sekiranya bertanding, Insya Allah TS Isa akan menang sebab pengaruh dia masih utuh di P.D tapi persepsi orang diluar Bagan akan melihat UMNO masih meletakkan calon yang tidak bersih walau pun tidak bersalah.
6) Sekiranya tidak bertanding, Isa akan dikenang sebagai pejuang sejati UMNO. Kemenangan mungkin lebih besar dan rakyat marhaen akan mempertimbangkan semula BN sebagai pilihan pada pilihanraya akan datang.
...
Isu Kedua - Internal Security Act (ISA)
1) Saya sambut baik langkah Kerajaan untuk membuat penilaian dan pindaan atas akta ini.
2) Cadangan bukan sahaja datang daripada pimpinan politik, SUHAKAM dan Majlis Peguam Syarie tetapi harus datang daripada golongan yang pernah dikenakan ISA, dan rakyat Malaysia.
3) Saya ada satu cadangan untuk memperkasakan akta ini :-
- Akta ini perlu diaktifkan (activated) pada masa-masa tertentu sahaja apabila terjadinya sebarang isu yang melibatkan perkauman, agama dan ancaman serius kepada kerajaan. (Lihat seperti di Thailand akta ini dikuatkuasakan pada hujung minggu ini disebabkan ada ancaman perarakan haram Kumpulan Merah untuk berarak di Bangkok. Siapa yang berarak akan ditahan tanpa bicara dan telah mendapat perkenan Mahkamah)
- Hanya kuasa dan tandatangan Yang Di Pertuan Agung sahaja layak untuk mengaktifkan akta ini pada masa tertentu. Siapa yang ingkar untuk ditahan boleh didakwa atas sebab menderhaka kepada Ketua Negara (Agong) dan kerajaan. Pembangkang mesti takut punya.hehe. Dibawa kepengetahuan YDP oleh Majlis Keselamatan Dalam Negara diketuai oleh Timbalan PM dan dianggotai oleh 4 orang lagi. Menteri Dlm Negeri, Menteri Pertahanan, SUHAKAM dan Pejabat Peguam Negara.
- Tempoh penahanan minimum 60 hari sehingga 6 bulan bergantung kepada isu itu sama ada telah selesai / diam / berakhir. Tempoh sambungan 6 bulan akan dibuat sekiranya perlu dengan perkenan ketua negara (Agong).
- Sepanjang tempoh penahanan, pihak pendakwaraya berhak membawa kes ke mahmakah untuk didakwa atas akta hasutan, akta mencegah (baru), akta polis atau lain-lain akta yang difikirkan sesuai dengan tindakan pesalah (pendakwaan akan bermula selepas tempoh tahanan tamat). Peguam bela diberi kuasa terhad dan bergantung kepada tahap kesalahan pesalah.
- Sebarang provokasi atau diungkitkan kembali isu itu oleh sesiapa sahaja (terutama suratkhabar dan media) akta itu akan terpakai dan aktif secara automatik tanpa mohon perkenan YDP sebab YDP telah perkenan akta ini di aktifkan untuk isu yang sama pada masa lepas.
Saya bawa satu contoh kes disini -
Kes mempertikaikan hak orang melayu oleh akhbar cauvinis Cina dan Inggeris. Jika tidak dicegah akan menyebabkan melayu marah dan konflik akan terjadi. TPM dan Majlis bermesyuarat dan putuskan ia perlu dibawa perkenan Agong untuk mengaktifkan ISA dalam klausa isu ini sahaja.
Apabila telah mendapat perkenan Agong, akta ini akan berkuatkuasa dan sesiapa yang didapati secara jelas memainkan sentimen ini akan ditahan tanpa bicara selama 4 bulan [contoh] (atas perkenan Agong atas syor oleh Majlis)
Pengarang, editor dan wartawan akhbar cauvinis tu ditahan bawah ISA. Pemimpin yang menjawab isu ini pun akan ditahan.
Sekiranya isu reda sebelum tempoh 4 bulan berakhir, mereka akan dilepaskan tapi akan terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Mesti ada yang mempersoalkan kenapa tidak didakwa terus? Ini bagi melengkapkan bukti siasatan dan menenangkan keadaan sebab sudah pasti ketika itu emosional lebih mempengaruhi daripada pemikiran rasional.
Kuasa pemutus bukan terletak di ketua kerajaan (parti pemerintah) tapi pada ketua negara (agong). Sesiapa yang ingkar bolehlah didakwa atas tuduhan cubaan menderhaka kepada Raja dan boleh dihukum gantung sampai mati. hehe.. ni bagi nak mendiamkan mulut busuk Majlis Peguam yang terang-terang mencabar Institusi Diraja dan Perlembagaan Malaysia..
Ini cuba idea dan cetusan daripada insan yang kerdil..
Sila beri tunjuk ajar!!
17 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan