22 Februari 2010

Bila Surah Yassin Dibaca . . . Untuk Kepentingan Politik!

Kelihatan Uztaz Badrul Amin dan 'jemaah' beliau duduk membaca Surah Yassin di Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan Anak Brahim sedang berlangsung.

Secara tradisinya umat Melayu membacakan surah Yassin ketika masa- masa tertentu misalnya bila setiap malam Jumaat ataupun ketika orang sedang nazak. Walaupun ada segelintir pendapat menyatakan ia bidaah, tetapi amalan membaca Surah Yassin yang merupakan salah satu daripada surah di dalam al-Quran adalah  satu ibadah.

Peliknya, bilamana surah yang mengandungi 83 ayat ini ditilawahkan di perkarangan mahkamah. Atas rasional apa? Adakah ikhlas membacanya atau menjadi satu lagi polemik parti Cap Mato ini?

Kejadian tersebut juga mengingatkan saya kepada peristiwa yang hampir serupa berlaku kepada saya di UKM dahulu.

Semasa tempoh pilihanraya kampus sedang berlangsung (penamaan calon hingga pembuagan undi), pihak pro-pembangkang yang dikenali sebagai Ikatan Studi Islam menggunakan kaedah membaca Yassin di pintu - pintu bilik pemimpin / pelajar pro-kerajaan termasuklah saya dengan niat untuk menakut-nakutkan dan strategi perang saraf!

Mereka dalam kumpulan 5-6 orang berdiri di hadapan pintu bilik dalam linkungan pukul 11mlm - 5 pagi dan membaca Yassin dengan kuat. Itu dianggap sebagai simbolik untuk 'meraikan' bakal kematian si lawan!

Kadang - kadang ia menganggu pelajar - pelajar lain yang sedang belajar ataupun tidur. Bila ditegur dan suruh baca Yassin kat surau, diherdiknya si penegur!

Semasa keputusan pilihanraya kampus hendak diumumkan di Bangunan Canselori juga mereka beramai - ramai membaca Yassin. Saya tahu tujuan mereka bukan untuk beribadah tetapi lebih kepada menyindir pihak pro-kerajaan yang akan 'dikafankan' dalam pilihanraya kampus tersebut!

Tetapi Allah Maha Berkuasa. Allah tidak suka kepada orang yang bongkak dan menunjuk - nunjuk hanya mereka yang hebat. Yang menggunakan Kalamullah untuk agenda politik! Mereka tersungkur dibumi UKM dengan tragisnya!

Itu pengalaman saya sendiri. Maka saya melihat isu membaca Yassin oleh puak - puak penyokog si Tunda akan mengalami nasib yang sama dengan kejadian yang berlaku di UKM dahulu.

Allah akan sentiasa melindungi agama-Nya dan kalam-Nya daripada dicarik - carik dan dipermainkan oleh tangan - tangan manusia yang keji.

Kita sama - sama tunggu akan keberkatan dan aura (bukan sulah aura Nga Kor Ming!) Surah Yassin itu yang akan memperlihatkan kehebatan Maha Agung pencipta-Nya.

Kebenaran Pasti Tertegak, Yang Batil Pasti Jatuh!!

18 Februari 2010

Demontrasi Kes Anwar : Lebih Baik Jumpa Ketua Hakim Negara Daripada Terpekik Kepada 'Sheriff Asia'!!

Kj, ini baru dinamakan politik opurtunis. Bijak menggunakan kekuatan orang lain untuk melihat diri itu kuat dan berpengaruh. Belajar daripada CIFU..T nya, Anak Berahim yang guna kekuatan jentera Pas dan DAP. Nak harapkan PKR..bilik gerakan pun tak ada!!

Semua maklum, semalam (17 Feb. 2010) bertempat di sekitar pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, satu perhimpunan 'aman' dibuat untuk membantah campurtangan 50 MP Australia yang meminta kes Anwar digugurkan.

Ketua bagi 50 Ahli Parlimen Australia ini merupakan wakil tunggal Yahudi dalam Parlimen Australia dan juga penyokong hubungan sejenis - Micheal Danby.

Ironinya, perhimpunan dan acara penyerahan memorandum itu dibuat serentak oleh 3 pihak iaitu bloggers, PERKASA dan Pemuda UMNO sebelum di akhiri sesi penyerahan kertas yang bakal dibakulsampahkan itu oleh Kelab Penyokong Kerajaan BN-BBC yang diketuai oleh suami Zizie Ezzette!

Ada pihak mendakwa merekalah kelompok pertama yang bercadang membuat bantahan dan demo tersebut manakala pihak - pihak lain 'tumpang sekaki' terutama kumpulan muda sebuah parti siasah yang diketuai oleh seorang ketua yang tidak mendapat sokongan kuat untuk memimpin.

Budaya demonstrasi ini yang dahulunya diperlekehkan kini mendapat tempat. Jika dahulu yang kuat berdemo ini adalah penyokong pembangkang tetapi kini di KL, di Penang ataupun di Selangor, parti pemerintah pulak yang kuat berdemo! Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri!

Daripada terpekik terlolong, menyuruh mereka 50 ekor orang penyokong gay dan lesbian itu tidak campurtangan lebih baik pergi mengadap dan berjumpa dengan Ketua Hakim Negera Tun Zaki Tun Azmi minta kes - kes yang melibatkan sensitiviti kaum dan kestabilan negara dipercepatkan.

Permintaan dan usaha ini lebih molek memandangkan Anak Brahim itu memang mencari jalan untuk terus menunda kes agar salah seorang daripada mereka iaitu pengadu ataupun tertuduh mati! Bila mati kes pun ditutup sebab prosiding tak cukup syarat!

Apalah sangat yang nak di hairankan dengan suara 50 orang MP Australia yang hanya mewakili 22% daripada keseluruhan MP yang berjumlah 226 orang. Cuma lebih 4 orang daripada ahli Parlimen kita!

Daripada hentam mereka yang memang tak faham bahasa dan tak mahu hormat hak orang lain, lebih baik hentam MP dan ADUN pembangkang dalam negara. Kes Adik Bakri tu kenapa tak nak berarak ke Bukit Aman? Siapa yang bela dia? Setakat lawat - lawat, tersengih - sengih dekat Hospital Klang tu baik tak payah!!

Hari ini (18 Feb. 2010), peguam - peguamtunda Anak Brahim berjaya lagi menundakan kes untuk kali ke....dah berapa kali pun dah tak ingat. Majlis Peguam pun duduk diam tak menyanggah. Dulu bukan main hebat hentam mahkamah sebab banyak kes tetangguh bertahun-tahun tak selesai! Sekarang dah tahu le siapa punya angkara kalau kes tangguh-tangguh!

Saiful Bukhari manusia biasa. Kekuatan mental dan kesabaran beliau ada batasnya. Jangan nanti beliau kecewa dengan perjalanan kes yang asyik tertangguh, minta digugurkan sahaja sebab tak mahu lagi menahan tekanan psikologi yang maha dasyat!

Sikap kerajaan dan UMNO yang takut untuk berbicara dan bertindak dalam kes ini kerana khuatir dicop sebagai campurtangan politik, adalah pihak yang paling sial apabila Saiful bertindak menarik diri daripada kes ini!

PRU-13, BN boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya. Dek kerana sikap penakut dan 'teragak - agak' ini, telah memakan diri! Sikap 'play safe' Perdana Menteri 1Malaysia telah berjaya di gagaskan dan diterap di minda pemimpin - pemimpin Kerajaan dan parti 1Malaysia...

Peperangan alam maya yang sedang dikuasai oleh blogger pro-kerajaan, bila - bila masa akan condong pula di sebelah sana. Sikap kerajaan dan parti pemerintah yang diam membisu dan tidak mesra akan menyebabkan satu persatu pejuang tidak berbayar di alam siber ini mengundur diri. Lihat apa sudah jadi dengan blogger Jeffery Damien yang menyepi sejak kesnya tempoh hari?

Usaha penangguhan Anak Brahim ini pasti tidak sia - sia kerana dia tahu, tempoh 2 - 3 tahun yang mendatang ini akan menyebabkan pola popularitinya akan kembali meningkat. Peperangan siber akan kembali dikuasai oleh mereka...

Dan..PRU-13, mereka telah bersedia dengan jentera yang ampuh di medan maya mahupun di medan nyata!

12 Februari 2010

Kecelaruan Identiti DAP - PKR - Pas ..!!!

Kecelaruan dari segi lateral di takrifkan sebagai perlakuan yang tidak tentu arah, tidak teratur, dalam kekaburan dan keliru ( Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4).

Identiti ialah sifat - sifat atau ciri - ciri yang sering dirujuk kepada manusia yang membawa kepada pengenalan seseorang itu.

Kecelaruan identiti adalah satu penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang itu di dalam di dilema dan tidak dapat menentukan sesuatu perkara itu dengan rasional.


Parti - parti pembangkang Malaysia kini juga menghidapi penyakit psikologi ini.

Asas utama saya menyatakan demikian adalah kerana ketiga - tiga parti tersebut tidak jelas hierarki kepimpinannya. Siapa yang paling berkuasa dan siapa yang paling layak bercakap bagi pihak parti yang diwakili?

Jika sebelum ini saya pernah mempersoalkan siapakah yang lebih autoriti di dalam Parti Islam Semalaysia (Pas). klik sini. Jelas menunjukkan Pas dipimpin oleh dua orang dan tidak berpandukan perlembagaan parti mereka sendiri.

Kuasa Presiden telah dilangkaui oleh Mursyidul 'Am. Apa yang dicakap oleh Murshyidul 'Am itulah menjadi dasar parti. Tetapi di dalam sesi - sesi pertemuan parti - parti pembangkang, Presiden pula menjadi jurubicara. Siapa ketua sebenarnya???

Di dalam PKR pun perkara sama terjadi. Di dalam perlembagaan parti, Fasal 14 - Majlis Pimpinan Tertinggi, jelas menyatakan bahawa kuasa tertinggi adalah di pegang oleh Presiden parti (Fasal 14, Perkara (2.1)). Tidak ada pun dinyatakan secara jelas di mana letaknya Ketua Umum dan bidang kuasa beliau!

Pindaan perlembagaan parti PKR pada 13 Jun 2009 tidak langsung menyentuh berkenaan peranan dan fungsi Ketua Umum. Maka dimana letaknya kuasa Ketua Umum yang boleh menjangkaui kuasa Presiden yang termaktub di dalam perlembagaan parti?

Ingatkan Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu ikut undang - undang (perlembagaan parti) yang mereka buat sendiri, DAP pun sama sahaja 2 x 5!!

Yang selalu menjadi jurucakap parti DAP ini adalah Lim Kit Siang. Apa jawatan Lim Kit Siang dalam parti yang menjadikan dia lidah rasmi parti?

Di dalam struktur kepimpinan parti DAP Peringkat Kebangsaan, Lim Kit Siang hanyalah sebagai Ketua Parlimen DAP dan gambar mukanya hanya diletakkan dibarisan 6 daripada 8 dalam laman web parti sosialis tersebut. klik sini.

Selalunya ketua mestilah di barisan pertama untuk menunjukkan kekananan perjawatan tersebut. Orang yang paling layak sekali sepatutnya adalah Pengerusi Kebangsaan iaitu Peguamtunda Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Mungkin juga DAP ingin meniru gaya kepimpinan parti Abang Long mereka di seberang Tambak Johor sana yang meletakkan Setiausaha Agung sebagai ketua utama mereka. Perdana Menteri Singapura sekarang iaitu Lee Hsien Loong menjawat jawatan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP). klik sini.

Gaya yang sama sepertimana yang dipraktikkan di negara asal mereka Republik Rakyat China yang dipimpin oleh Hu Jintao selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China. klik sini.

Maka orang yang selayaknya bercakap bagi DAP ialah 'Khalifah' Lee Guan Eng. Tetapi mungkin disebabkan bebanan kerja yang banyak dan untuk meniru gaya kepimpinan yang 'adil' dan 'saksama' Umar Abdul Aziz, disuruhnya bapa untuk menjadi jurucakap bagi pihaknya.

Tetapi sejauh mana kata - kata yang diucapkan daripada mulut ketiga - tiga orang ini dipersetujui oleh 'pemimpin bersama' mereka? Ketiga - tiganya parti tersebut ada 2  kepala. Tidak mungkin semuanya dipersetujui oleh beregu mereka.

Sama ada suami - isteri atau anak - bapak, kadang - kadang berselisih pendapat juga! Sebab tukang cakap bukanlah orang yang sama menjadi tukang bekerja. Itu yang saya gelarkan mereka sedang dilanda kecelaruan identiti! 

11 Februari 2010

Rasuah : Cina Memberi, Melayu Merasa ; Jika Tidak Memberi Tidak Ada Yang Merasa!!

Saya nak tergelak bilamana peniaga - peniaga Cina daripada Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) menyatakan mereka memang tidak mahu terbabit dalam pemberian rasuah terutama kepada penjawat awam tetapi TERPAKSA melakukan kerana tiada pilihan? 

Terpaksa..kerana tiada pilihan? Atau terpaksa untuk dapat kontrak / projek / kerja tersebut dengan CARA MUDAH? 

Mengapa mereka merasuah? Mesti ada sesuatu sebab yang menyebabkan mereka merasuah penjawat awam?

Alasan mereka, tidak tahu prosedur dan sistem yang ditetapkan kerajaan. Ataupun untuk mengambil jalan pintas dengan mengenepikan prosedur dan sistem ini?

Kerana mereka tahu dengan prosedur yang perlu diikuti, sesuatu kerja/kontrak itu boleh terlepas ke tangan orang lain. Untuk menjamin kerja tersebut di dalam genggaman mereka, rasuah adalah penyelesaian 'terbaik'.

Masalah disini bukanlah disebabkan sistem atau prosedur mahupun perihal kakitangan kerajaan tetapi sikap semulajadi bangsa Cina ini iaitu 'Matlamat menghalalkan cara' membolehkan apa jua kaedah  atau metodologi digunapakai asalkan matlamat digapai!

Sama seperti kemestian bangsa Cina yang suka berjudi, maka perniagaan bagi mereka ibarat sedang bertarung di meja judi! Ada risiko rugi dan ada prospek untung!

Jika seseorang tu pandai bermain helah dan muslihat di dalam berjudi, maka 'helah' juga menjamin perniagaan untuk berjaya!

Sering kali bilamana kes yang melibatkan jenayah rasuah, yang dihadapkan adalah si penerima sedangkan si pemberi tidak dikenakan sebarang kesalahan atas sebab menjadi saksi utama pendakwaan.

Tetapi kajian kes tidak pun menjurus kepada mencari punca perlakuan rasuah itu berlaku. Adakah si penerima itu yang meminta atau si pemberi itu menawarkan rasuah untuk memudahkan kerja mereka?

Jika si penerima yang meminta rasuah, memang wajar dihukum keras! Tetapi bagaimana pula dengan yang memberi rasuah untuk mudahkan kerja dengan mengenepikan prosedur?

Saya beranggapan perjumpaan tertutup Huo Zong dengan SPRM semalam hanya untuk melindungi kepentingan perniagaan Cina di dalam perolehan tender / projek kerajaan kerana mereka tahu jika tanpa rasuah, tender tersebut hanya berlegar - legar di kalangan peniaga bumiputera sahaja!

Adakah mereka sanggup kehilangan kerja dan tender untuk menghapuskan rasuah? Bagi saya, mati hidup semula pun mereka tak sanggup kerana wang dan kekayaan adalah segala - galanya bagi mereka! Integriti dan akauntabiliti boleh tolak tepi!

Bagi saya hasrat SPRM untuk membenteras rasuah di kalangan peniaga adalah sangat wajar dan perlu disokong. Tetapi harus ingat rasuah akan terus menjadi duri dalam daging jika 2 faktor ini tidak di ambil kira iaitu punca/niat perlakuan rasuah (oleh pemberi) dan sebab penerima menerimanya.

Saya selaku penjawat awam melihat 'godaan' rasuah tersebut ada di mana - mana. Istilah 'melobi projek' juga boleh di gambarkan sebagai perlakuan rasuah, tetapi kenapa tidak bertindak? Pemberian tender secara terus (direct nego) perlu dihapuskan bagi menjamin nilai kerja yang dibuat adalah sama dengan nilai kontrak yang dibayar oleh kerajaan.

Pemberian tender secara terbuka memberi lebih banyak saingan dengan harga yang lebih kompetitif dan menguntungkan rakyat dan kerajaan bukan individu tertentu sahaja!

Tuntasnya, rasuah hanya akan berjaya dibendung apabila puncanya dikenalpasti dan ditangani. Bukan terus menghukum si perlakunya yang berfungsi untuk menyempurnakan 'kitar rasuah' tersebut. Hapuskan pemula 'kitar' tersebut, maka akan terhapuslah secara total penyakit rasuah ini!!

10 Februari 2010

Penghinaan Kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak : Mohon Tarik Balik Gelaran Daripada Nizar & Ngeh!!

Selepas 24 jam sidang akhbar di durjana Nizar dan Ngeh berlalu, tiada reaksi segera di ambil berkenaan dengan ucapannya yang berbaur hasutan dan berniat jahat kepada Institusi Diraja!

Tiada langsung respond kepada apa yang diluahkan oleh si durjana tersebut! UMNO masih leka dibuai mimpi enak membelasah 5-0. Masing - masing tersengih-sengih girang sebab kes menang di mahkamah! Sedangkan insan yang paling berjasa di dalam isu ini iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak sedang hebat dihina dan dicerca!!

Bangunlah UMNO!! Setiap bahagian UMNO di Perak khususnya hantar surat atau memorandum kepada Pejabat Istana Negeri Perak mohon si durjana itu ditarik gelaran Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) dan si Ngeh yang terhengeh-hengeh tu gelaran Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Sangat - sangat keterlaluan penghinaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak!

Jika tidak sampai 11 bulan memerintah telah diberi pangkat Dato' Seri dan Dato' ini mengapa tidak penghinaan kepada institusi di Raja yang telah berlaku hampir 1 tahun tidak di ambil kira?

Yang banyak buat desakan untuk melucutkan gelaran dari durjana ini adalah blogger-blogger jalanan, tetapi pembesar - pembesar Melayu berpeluk tubuh sahaja melihat penghinaan kepada Payung Negeri ini!

Bukti banyak! Rakaman video, audio, cetak dan elektronik. Dalam Haprakahdaily paling kuat untuk dijadikan bukti penghinaan tersebut!

Saya yang bukan rakyat Perak pun amat marah dengan perlakuan bangsat begini tetapi tidak ada autoriti untuk mendesak Istana tarik balik gelaran. Bukan tujuan poltik penarikan ini tetapi lebih menjaga nama baik DYMM Paduka Seri Sultan dan Institusi Di Raja.

Kelak ada orang menyindir.. 'Kalau kutuk, maki Raja pun.. gelaran Datuk dapat punya'. Diorang tak berkuasa nak tarik - tarik balik!'

Jika UMNO ke Perkasa 'tak tahu' alamat pejabat. Di bawah ini alamat Pejabat Istana Negeri Perak :

Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan
33007 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Hantar Kepada Dato' Pengelola Bijaya Di Raja.

Jangan terlampau leka dengan kemenangan yang tak seberapa ini kerana perjuangan masih panjang dan berliku. Insan yang memberi inspirasi kepada kemenangan ini perlulah dibela dan dipertahankan!!

09 Februari 2010

Cara Mengenal Pemimpin Politik Malaysia Tanpa Melihat Wajah!!

Gambar sekadar hiasan. Saya doakan agar Nenek Maimun berada dalam keadaan sihat di berkati oleh
Allah Yang Maha Esa

Biasanya  pemimpin sesebuah pertubuhan politik itu dikenalpasti melalui wajah, tubuh badan fizikal mereka. Jika kita mendengar suara mereka melalui audio pun kadang - kadang boleh terkeliru.

Tetapi kini, pemimpin politik di Malaysia kita boleh kenali melalui kenyataan dan tutur kata mereka. Tidak payah tengok muka mereka pun kita boleh kenal parti mana dia datang. Kalau suara mereka ditukar daripada halus kepada garau pun tidak sukar untuk mengecam parti mana dia wakili . . .

Situasi 1
'Mahkamah Persekutuan akan menentukan siapa yang sah sebagai Menteri Besar Negeri X pada 9 Februari 2010'.

Pemimpin A - 'Saya yakin saya menang dengan 4-1. B telah merampas jawatan daripada saya! Hakim - hakim yang mengadili diyakini mampu membuat keputusan tepat (jika saya dipilih)'
Pemimpin B - 'Saya berserah kepada Allah. Apa jua keputusan mahkamah, kita akur.'

Situasi 2
'Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah tertinggi di Malaysia memutuskan dengan sebulat suara keputusan adalah mengekalkan B sebagai Menteri Besar Negeri X yang sah.'

Pemimpin A - 'Keputusan mahkamah adalah diluar jangka dan amat menyedihkan. Keputusan ini tidak mencerminkan situasi sebenar. Semua Hakim dan kena beli! Saya akan membuat rayuan...di Mahkamah Antarabangsa pulak!!! Arrgghhh!!!'
Pemimpin B - 'Alhamdulillah syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang menyokong. Ini kemenangan untuk Paduka Seri Sultan Perak dan rakyat Perak keseluruhannya.'

Situasi 3 (Jika keadaan sebaliknya berlaku di Situasi 2)
'Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan adalah salah dan B adalah tidak sah sebagai MB Negeri X. Maka A adalah dikembalikan jawatan asal beliau berkuatkuasa serta merta.'

Pemimpin A - 'Keputusan yang adil dan hakim - hakim yang bersidang menunjukkan kebijaksanaan mereka. Selepas ini tugas pertama saya ialah mencari kembali kereta ku AGS10 yang dicurik oleh B!'
Pemimpin B - 'Seperti saya katakan dulu, kita redha dan akur dengan keputusan ini. Mahkamah telah membuat keputusan, maka kita kena terima dengan berlapang dada.'

Situasi 4
Pemimpin dalaman sesuatu parti mengkritik rakan kompenan /pakatan parti mereka sendiri. Apa kata pemimpin utama mereka?

Pemimpin A - 'Kita akan hadapkan mereka ke J/kuasa Displin kerana mereka jadi Agen Parti Y(parti lawan). Dia tidak boleh komplen rakan dalam pakatan walaupun agama dan bangsa nak digadai.'
Pemimpin B - 'Kita akan lihat apa punca luahan tersebut. Kita ada Mesyuarat parti kompenan. Kita akan selesaikan di dalam mesyuarat tersebut. Sebarang masalah antara kita boleh diselesaikan sebab kita ada konsesus yang jelas sejak PRU pertama lagi.'

Situasi 5
Sebuah artikel / gambar di dalam blog yang menghina pemimpin di dalam parti mereka. Ulasan..?

Pemimpin A - ' Tindakan yang biadap dan keji. Mereka tidak boleh mencaci pemimpin kami kerana pemimpin kami maksum, semua cakap beliau ibarat fatwa yang wajib diikuti. Kalau kami kutuk dan fitnah mereka diharuskan kerana itu pesan pemimpin kami.'
Pemimpin B - 'Apa? Menghina? Biasalah adat berpolitik..marah tu marah juga tetapi perlu le sabar kerana ini salah satu seni dalam berpolitik. Mereka pun kena tahan le bila kena benda yang sama. Kalau tak tahan kena maki, berhenti jadi ahli politik!'

Ini antara beberapa situasi dalam skesta politik tanah air kita. Amat mudah untuk mengecam parti mana yang diwakili oleh mereka - mereka yang ditandakan sebagai 'anu' A dan B di atas. hehe...

Kalau baca ulasan/komen balas di dalam blog pun kita boleh tahu apa doktrin pegangan sipengulas tersebut. Ohya.. daripada ulasan/komen blog pun kita boleh tahu dari mana mereka datang misalnya daripada blog Jeefry Damien (jangan marah bro..heheh) . . .

Penyokong A - woi P***, ko memang b**i, ko dah kutuk ulama'. Ko memang anj*** B*. Tak dapat bau sorga lah ko! - ANON/TANPA NAMA... hehehe

Penyokong B - woi orang P*S, dah kena kutuk Nik Naj** baru korang melompat. Korang kutuk B* boleh pulak! Dasar Parti Ajaran Set**! - Pemuda Berani (Akaun Goggle)

Mudahnya mengenali pemimpin dan penyokong parti di Malaysia ini dengan internet.... dan boleh di standardkan untuk perolehi ISO daripada Sirim ni..hehehe

08 Februari 2010

Pas : Siapa Berkuasa? Mursyidul Am Atau Presiden?

Siapa bela siapa? 'Bela' ada dua maksud. Yang saya jangka Si Nga pemilik saham Old Town Kopitiam (yang diragui status halalnya) mem'bela' orang2 Pas ni dengan duit dan instrumentasi..hehe. itu pasal bila dia baca sulah aula, pas bersorak macam tgk bola..nasib baik tak baling2 mercun..!!

Penangan blogger 'jalanan' pro kerajaan seperti sahabat baik saya di alam maya ini Blogger Jeffry sudah mendapat tempat di kalangan Pas termasuk diktatornya YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Ada laporan polis dibuat oleh pengikut Pas kepada Saudara Jef kerana kononnya imej yang dipaparkan di dalam blog beliau sangat melukakan hati Mursyidul amnya.

Aikk..sejak bila ada ahli politik yang digambarkan sebagai seorang yang hebat, berkredibiliti dan tahan maki tiba-tiba terasa dan makan hati?

Seorang yang telah menidakkan kuasa Presiden partinya sendiri dan mengambil kuasa Presiden seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya sendiri!

Saya hairanlah, jika sesuatu berlaku kepada Mursyidul Am mereka ini, tiba-tiba ada sahaja kelompok yang cepat-cepat membelanya seperti cepatnya Nik Aziz membela Nga yang tak masuk-masuk Islam. Dulu hujahnya membenarkan Nga baca al-Quran kononya nak masuk Islam. Sampai sekarang si cina tu masih digolong sebagai kafir!

Tetapi bila Dato' Seri Presiden mereka dihina oleh puak-puak dalam parti sendiri yang menggelarkan diri sebagai Pas Reform, sekor pun tak kehadapan membela Presiden.

Mungkin mereka tak sedar, parti mereka itu sebenarnya ada seorang Presiden yang termaktub di dalam Bab 7 Fasal 23 - Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Perlembagaan Pas (Pindaan 2001)!!

Siapa yang berkuasa di dalam Pas? Presiden atau Mursyidul Am?

Jika di dalam UMNO termaktub bahawa pembuat keputusan utama adalah Presiden sepertimana di dalam Fasal 9 perkara 8.1.1 Perlembagaan UMNO. Tidak ada kuasa yang melebihi Presiden!

Tetapi di dalam Perlembagaan Pas agak unik! Presiden tidak berkuasa mutlak. Mursyidul Am lebih bernilai kata-katanya daripada Presiden! Apa yang dikatakan oleh Musyidul Am, itulah cakap Pas dan itulah dasar Parti!

Bila kita menelusuri perlembagaan Pas, kita mendapati bahawa Mursyidul Am bertindak sebagai Ketua Majlis Ulama' Syura' (Fasal 7 Perkara 5(a),(i)).

Kuasanya adalah menetap dan mempengerusikan Majlis Ulama Syura' dan melantik Setiausaha di kalangan ahli Majlis. (Fasal 7 Perkara 5(a),(ii))).

Di dalam Perkara 5(a),(iii) dalam Fasal yang sama, tugas Musyidul Am ini ialah 'mengambil apa -apa jua langkah yang perlu bagi MENGAWASI dan MEMELIHARA dasar Pas DIPATUHI dalam gerakan, kegiatan dan pentadbiran Pas.'

Lazimnya tugas mengawasi dan memelihara ini adalah tugas seorang penasihat bukan sebagai penggerak dasar!

Kerana telah dinyatakan secara jelas di dalam Fasal 23, Perkara (1),(a) (b)dan (d), tugas menjalankan dasar adalah dibawah tanggungjawab Presiden dan Majlis J/kuasa Kerja Pusat!

Perkara (1)(a) dalam Fasal 23 itu menyatakan 'Presiden bertanggungjawab sebagai KETUA bagi MENJALANKAN Pentadbiran, Gerakan dan Kegiatan Pas ....'

Perkara (1)(d) dalam Fasal 23 menyatakan 'Presiden perlu mengambil apa - apa jua langkah yang perlu untuk menjamin perpaduan, kesungguhan dan persefahaman ...'

Ia menjelaskan bahawa tugas Presiden merencanakan dan menjalankan dasar. Mursyidul Am hanya sebagai penasihat, tidak lebih dari itu!!

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kini di dalam parti no.2 orang Melayu itu. Mursyidul Am menentukan segala - galanya. Presiden dan Ahli J/kuasa Kerja Pusat yang dipilih melalui Muktamar (Fasal 16 Perlembagaan Pas) ibarat boneka plastik!.

Tugas dan peranan Presiden sehinggalah Ahli J/kuasa Kerja Pusat semuanya dibolot oleh Mursyidul Am. Maka tidak perlulah lagi Jawatankuasa itu dipilih. Tidak perlu lagi Muktamar.

Biarlah kepimpinan Pas ini kembali kepada sistem feudal. Mursyidul Am melantik pewarisnya sendiri tanpa kompromi. Tidak payahlah terpekik melaungkan demokrasi bersih sedangkan dalam parti sendiri pemerintahan kuku besi dan diktator di angkat tinggi!!!