23 Oktober 2009

Bajet 2010 : Ekonomi Penentu Jatuh Bangun Kerajaan

Sesebuah negara-bangsa sangat bergantung kepada pengaruh dan keupayaan ekonomi. Jatuh bangun sesebuah kerajaan pun banyak bergantung kepada faktor kebistarian dalam urus tadbir kewangan.



Lihat sahaja bagaimana Parti Liberal Demokrat (LDP) di Jepun yang mula memerintah  Jepun selepas tamatnya Perang Dunia Ke-II tumbang dengan begitu aib oleh sebuah parti muda pimpinan Yukio Hatoyama iaitu Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang ditubuhkan pada 1996.

Di rantau Asia Tenggara ini juga telah tercatat dalam lembaran sejarah, jatuhnya kerajaan Suharto dan Parti Golongan Karyawan (Golkar) pimpinannya adalah berpunca daripada kegagalannya menguruskan ekonomi Indonesia dengan baik semasa badai krisis matawang Asia 97/98.  Trajedi Mei 1998 meninggalkan titik hitam dalam sejarah moden Indonesia bilamana rusuhan selama 3 hari (13 - 15 Mei 98) dan penghapusan etnik Cina di republik itu ekoran krisis ekonomi yang melanda.

Orang jawa dan bangsa pribumi Indonesia lain melihat monopoli perniagaaan dan hasil kekayaan dikaut oleh bangsa Cina walhal kemunduran bangsa mereka sendiri atas faktor pemerintahan rejim Suharto yang tidak efisien dan berkesan membela mereka. Lantas api kemarahan mereka dilempiaskan kepada kaum Cina di bandar. Hasilnya terjadilah pelanggaran hak asasi yang maha dashyat. Etnik keturunan Cina diperkosa,dibunuh dan dihalau. Maka mereka mengambil jalan paling selamat iaitu meninggalkan negara. Dianggarkan nilai aset yang dibawa keluar tidak kurang daripada USD 2 billion. Tidak termasuk harta mereka di luar negara.

Maka keadaan ekonomi Indonesia semakin meruncing. Demonstrasi jalanan saban hari menyebabkan Rejim Suharto tersungkur. Mungkin pihak reformis menyangkakan mereka telah menang tetapi sehingga kini keadaan politik Indonesia masih kurang stabil. Golkar parti unggul Indonesia sukar untuk bangkit semula. Jusoff Kalla yang diharap untuk mengembalikan reputasi Golkar kalah ditangan bekas bossnya, SBY dalam Pemilu lepas. Penggantinya Aburizal Bakrie juga menggalas tugas berat memulihkan parti yang sejak lama memerintah Indonesia.

Ini saya cuma bawa satu contoh sahaja, bagaimana kerajaan yang lama memerintah tetapi tumbang dengan penuh hina dek kerana ketidakcekapan pengurusan ekonomi. Banyak lagi contoh boleh kita lihat seperti di Thailand, Australia, India, Britaian dan lain - lain negara.

Peristiwa bagaimana cubaan bangkit kembali Parti Kongress India selepas era Narashima Rao perlu dijadikan iktibar oleh pimpinan BN yang memerintah negara kita. Selama dua penggal, rakyat India menolak parti ini yang telah banyak berjasa terutama memerdekakan India. Rakyat India lebih sanggup menerima parti berfahaman keras Bharatiya Janata Party (BJP) demi menolak kepimpinan Kongress yang dianggap gagal mengangkat ekonomi India.

Maka,  belanjawan untuk tahun 2010 yang akan dibentangkan petang ini diharapkan akan terus menjamin kestabilan sosio-ekonomi negara tercinta kita Malaysia. Ambillah pengajaran tentang bagaimana runtuhnya dinasti pemerintah kerajaan negara lain yang memerintah selepas berakhirnya Perang Dunia ke-II. Untuk bangkit kembali amat payah dan sukar.

Bagaimana pengurusan ekonomi yang bijak oleh Kerajaan Wawasan 2020 semasa 1997-99 perlu dijadikan iktibar oleh kerajaan 1Malaysia hari ini. Walaupun dilanda gelombang puak-puak reformis yang terpekik terlolong, Tun Dr. Mahathir dapat mengekalkan momentum sokongan 2/3 dalam dewan rakyat. Ini adalah hasil kebijaksanaan dalam urus ringgit negara.

Moga bajet 2010 ini akan menjadi pelengkap yang sempurna bagi Rancangan Malaysia ke-9 bagi menyediakan laluan yang lebih licin untuk perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-10 bagi tahun 2011 - 2015 kelak. Amin...

3 ulasan:

Local Fighter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hilbert berkata...

Salam bro,

sebagai rakyat kita banyak berterimakasih kepada kerajaan BN yang telah berusaha begitu gigih demi kesejahteraan rakyat..

Brother_nam berkata...

ya betul..betul..betul......

Kalau nak sokong sangat PR tu tengok dulu apa pembangunan yang mereka dah laksanakan....lihat Negeri Kelantan..masih lagi menjadi negeri termiskin di Malaysia.....Selangor yang dibawah tawanan mereka pun...tak jadi aper pun......

HIDUP...HIDUP...HIDUP BN......HANCUR...HANCUR....HANCUR PR....