29 Januari 2010

Najib dan Kisah Lima Tonggak!

Dalam ketenangan wajah dan bait tutur katanya, Dato' Seri Najib Tun Razak ini tidak boleh menyembunyikan kerisauan dan kebimbangannya atas apa yang berlaku di dalam negara.

Tidak kira dalam konteks politik, ekonomi mahupun isu - isu semasa, Najib berdepan dengan 1001 cubaan dan dugaan.

Jika kita imbau kembali apa yang berlaku sebelum Mac 2009, karakter - karakter yang memainkan watak penting dalam menyuruh Pak Lah pencen kini menerima tempat yang istimewa di dalam radar kepimpinan beliau, kecuali seorang iaitu Tan Sri Rafidah Aziz. Yang lain semua diberi jawatan. Jika tidak dalam parti, dalam kerajaan.

Perwatakan Najib seperti kita tahu beliau 'mahu tapi malu'! Mahu jadi PM ganti Pak Lah, mahu kembalikan imej UMNO selepas dipudarkan oleh Pak Lah tapi malu dan segan untuk menyanggah.

Maka terbitnya keluhan dan signal merah oleh pemimpin-pemimpin tertentu menyebabkan Najib tersengih riang!

Najib tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sekiranya tidak dibantu oleh beberapa tokoh tertentu. Memang diluar ini, suara rakyat marhaen bergema kuat menuntut Pak Lah berundur tetapi siapalah rakyat ini. Pak Lah hanya dengar suara anak, menantu dan punasihatnya sahaja!

Lima tokoh yang paling dominan menyanggah dan menempelak Pak Lah secara terbuka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Mukhriz Mahathir, Tan Sri Rafidah, Dato' Seri Menteri Amaran Negara dan Dato' Seri Rais 'pemaaf' Yatim!

Paling awal Mukhriz Mahathir dengan desakan dan berani menghantar surat kepada Pak Lah menuntut letak jawatan. Tetapi malangnya keberanian beliau tidak dapat membantu untuk naik menjadi Ketua Pemuda. Najib tidak lupa jasanya, lantas dilantik menjadi Timbalan Menteri kepada Tok Pa.

Tonggak kedua ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menegur dan 'menasihati' Pak Lah untuk berundur dengan secara konsisten. Selalunya gelaran Tan Sri ini diberikan kepada ahli politik yang nak bersara. Lihat macam Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Lee Lam Thye dan Rafidah Aziz. Dapat Tan Sri terus kena duduk diam-diam!

Lain pula dengan anak cikgu Yassin ini, terus istiqamah dalam perjuangan. Alhamdulillah berkat sabar dihentam dengan Pak Lah dan kuncu-kuncunya macam Nazri Aziz, Mad Taib, dapat juga menjadi Timbalan PM.

Ketiga adalah Rais Yatim yang ketika itu menjadi Menteri Luar. Sudah le kena membasuh taik dalam kes Pulau Batu Putih ditambah lagi dengan polisi pelik sang Perdana Menteri menyebabkan beliau memberontak (dalam konteks kepimpinan) untuk menukar regim pemerintahan sedia ada.

Walaupun kalah bertanding jawatan Naib Presiden, Najib terhutang budi dengan bekas Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini maka dilantik menjadi MT dan menjadi Menteri penuh.

Hishamuddin dalam kelembutannya menangani isu semasa kini terdapat juga secebis keberanian untuk membentak Pak Lah terutama di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ketika itu. Bergilir - gilir membantai Pak Lah bersama Rafidah, Azalina yang ada black belt taekwando pun menangis tengok Pak Lah terkulat-kulat dibantai!

Maka jasa Hishamuddin pun tidak boleh kita ketepikan. Rafidah Aziz pun perlu mendapat pengiktirafan sebagai tonggak utama Pak Lah turun daripada singgahsana Memanda Perdana Menteri!

Tetapi nasib Hishamuddin dan Rafidah berbeza. Dato' Hisham menang undi tertinggi kerusi Naib Presiden tetapi Rafidah kecundang ditangan Dato' Seri Kuch Kuch Hota Hai!

Maka, hari ini Najib terhutang budi dengan mereka berlima. Tanpa mereka berlima pasti peluang Najib untuk menjadi PM agak sukar ditambah lagi dengan sikap 'berbaik-baik' Pak Lah dengan rakan senegeri yang baru keluar dari penjara!

Kini Najib di dalam dilema, dalam 5 orang tersebut, ada dua yang bikin masalah kini. Hishamuddin dan Rais. Puncanya senang. Mereka tidak prihatin dengan isu terbabit.

Ini belum lagi termasuk beberapa orang Pasola yang selalu buat kacau dalam kabinet. Bila lagi mahu tunggu rombakan kabinet.

Hari itu dikhabarkan sudah ada list tetapi sebab ia menjadi polemik maka ia disenyapkan, maka kini kita menuntut rombakan perlu dibuat bagi memantapkan lagi perjalanan urus tadbir negara.


28 Januari 2010

Hishamuddin dan ayat, 'Saya Tidak Teragak-agak'..!


Wah hebat betul bila mengucup keris. Seperti pahlawan terbilang Zaman Emas Empayar Melaka! Tetapi sayang, selepas dikucup, maaf pula diucap atas sebab ketidakselesaan sindiran dan sanggahan orang.

Kini diberi pula kementerian yang cukup mencabar. Malangnya diberi kepada empunya badan yang bermulut besar,bertindak kurang. Hasilnya huru hara negara sebab dapat pak menteri hanya tunggu report polis dan penasihat-penasihat tidak rasmi! Cakap pun kena tunggu pegawai - pegawai duduk keliling!

Ayat yang terkenal keluar daripada mulutnya adalah, 'Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan'! Jika ada PC beliau, saya tertunggu - tunggu part ucapan ini ibarat menunggu peribahasa oleh Karam Singh Walia! hehehe..

Selepas isu Tasyrif dihadapkan kemahkamah sebab buat lawak dalam facebook, nampak dah macam garang sikit tetapi bila si Aduka Taruna tu bikin bangsat, hehehe..no komen dari menteri ini. Cukup sekadar akan diambil tindakan dan memberi amaran yang ke.... entah berapa banyak dah kepada orang ramai, don't play-play with me aaa..!

Ni seorang firaun kecil daripada parti Cap Mato tuduh pemuda UMNO yang bakar gereja! Siap mengaku ada bukti! Apa menteri ini cakap? Kita tidak akan mengambil tindakan..hehehe...

Hello pak menteri, itu bukankah cubaan untuk menganggu siasatan. Takkan tidak ada undang-undang yang boleh menghukum cubaan menganggu siasat polis! Atau sebab memang perangai pak menteri ini kalau bab pembangkang tidak mengapa, dihalalkan untuk membuat fitnah!!

Jika Azmin ada bukti, sila ambil keterangan beliau bukan terus kecut telor, tak kisah adu domba si pengadai anak bini ini (bak kata Zul4Kulim)!

Dia ada bukti, bawa ke balai polis. Yang budak2 tu boleh dipendekkan reman dan hadap terus ke mahkamah, habis cerita!

Hishamuddin, berhentilah. Tukarlah ke kementerian lain. Letih kami nak membela kerajaan jika di dalam jemaah menteri pun tahi terpalit sepanjang masa! Pembangkang tak payah susah - susah cipta cerita kerana personaliti menteri senang di perkotak katikkan!

Rekod Pak Lah telah dipecah sudah sebagai....Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia....

27 Januari 2010

Zulkifli Nordin : 'Little Pharoah (Firaun)' & 'Little Charmeleon'



Keputusan telah dibuat oleh anak-anak sesumpah di dalam parti 'Cap Mato'. Ahli Parlimen Kulim/Bndr Baharu, tutup mulut! Jangan bersuara, nak makan pun kena lalu ikut hidung! Buka sahaja mulut, nahas kamu!!

Begitulah lebih kurang amaran yang dilemparkan kepada YB Zulkifli Nordin oleh boss kesayangan beliau ekoran ke'lancangan' beliau melancarkan 'jihad' kepada Firaun - firaun kecil.

Di dalam blog beliau, ada menyatakan kekecewaan beliau kerana dipaksa menidakkan doktrin perjuangan beliau dan cubaan firaun - firaun ini memenggal kepala beliau.

Saya ingatkan istilah firaun ini hanya digunakan kepada YABhg Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu sahaja, tetapi kini angkatan yang memberi gelaran tersebut telah melemparkan semula kepada rakan - rakan politik sendiri!

Siapa firaun yang dimaksudkan oleh YB member kamcing Sivarasa Rasiah ini? Adakah hanya ditujukan kepada Khalid Samad sahaja atau pun ada individu - individu lain?

Yang pasti Zulkifli Nordin menyatakan di dalam laman blognya bahawa firaun yang dimaksudkan lebih daripada seorang kerana menyebut 'firaun - firaun kecil' bukannya firaun sahaja!

Individu kedua yang boleh dikategorikan sebagai firaun ini mungkin Timbalan Presiden PKR sendiri, yang memang diakui membawa fahaman sosialis yang sama regim dengan komunis. Jika firaun dahulu mengaku bahawa dialah Rab dan Tuhan maka firaun kecil ini memang wajar diberikan kepada empunya badan ini ekoran fahamannya yang menolak konsep ketuhanan (fahaman komunis!)

Individu ketiga adalah Setiausaha Agung PKR yang baru Sdra Saifuddin Nasution. Biasalah, baru naik pangkat mesti tunjuk macam bagus depan boss, baru boss 'teruja'. 'Teruja' yang macamana..haaaa itu kita tidak tahu!

AMK Selangor yang diketahui 'Geng 2 Khalid' (G2K) juga melalak (pinjam kata YB Zul sendiri!) sama minta beliau dipancung ditamatkan riwayat kesan degil tersebut! Apa yang menyibuk ni? Ini urusan orang tua - tua, budak kecil yang masih kencing dalam seluar lagi harus duduk diam-diam! Balik, pakai pampers dulu!!

Mungkin ada 2-3 atau 10 orang lagi yang dimaksudkan oleh YB Zul4Kulim ini sebgai firaun - firaun kecil di dalam parti berbilang kaum tersebut. Tetapi mungkin peranan mereka - mereka itu tidak sebesar mana hanya mencucuk-cucuk pemimpin atasan mereka supaya Zulkifli ini disingkirkan! Cucuk yang macamana...haaa itu kita tidak tahu!!!

Bagi saya mereka bukanlah firaun-firaun kecil tetapi lebih kepada ahli sihir dan tukang nujum firaun yang kuat membodek untuk mendapatkan sesuatu!

Ahli-ahli sihir ini yang mewarisi kehebatan 'Firaun Besar' boleh berubah-ubah seperti sesumpah juga! Kehebatan sesumpah-sesumpah kecil ini menjadikan urusan parti jadi tunggang langgang. Paling hebat menjadikan bahagian parti milik pengerusi sebuah negeri terbubar kerana majoriti letak jawatan! Pengerusi tersebut yang merupakan MB juga terus semput dan songkok yang dipakainya makin senget hingga nak terjatuh!

Di Pahang, baru menang satu kerusi Parlimen bikin kecoh macam menang satu negeri! Merajuk dengan Pengerusi negeri pergi minta nenen dengan Penasihat Umum..! Akhirnya tersengih sebab dah dapat nenen baru!

Ini semua tugas sesumpah -sesumpah kecil yang menyebabkan Bapak Sesumpah dan 'Firaun Besar' ini makin huru hara hidupnya! Minggu depan kena pergi Jalan Duta singgah minum teh, dan pekena roti canai! hehe.. jangan lari tak bayar lagi macam dulu-dulu sudahlah!!!

Entri blog terbaru YB Zulkifli Nordin menarik minat saya terutama 2 rangkap terakhir pada perenggan ketiganya berbunyi begini, 'Politik menghalalkan segala cara walaupun mengadai anak bini, politik itu tuhan walaupun ALLAH terpaksa dipijak'.

Siapa anak dan bini yang digadaikan, mesti ada kaitan dengan firaun - firaun kecil yang dimaksudkan. Adakah saya tertinggal seorang nama firaun kecil ini..? Ohya..Azmin Ali..mungkin!!

26 Januari 2010

Hina Almarhum Baginda Sultan : Bila Nak diHadapkan ke Mahkamah?



Selepas terdedahnya identiti manusia lahanat bernama Khairul Nizam @ Adukataruna dan penyerahan diri sibangsat tersebut, masih belum ada lagi berita mengenai penahanan reman mahupun pendakwaan.

Hati orang Melayu remuk dan hancur terutama di Johor Darul Takzim. Almarhum Baginda Sultan Iskandar dihina sedemikian rupa tetapi tindakan sangat perlahan.

Adakah sibangsat itu masih di Kelantan ataupun telah 'diekstradisi' ke Johor dimana hampir 31 laporan polis telah dibuat?

PDRM dan KDN mesti bertindak cepat kerana isu penghinaan ini dianggap enteng oleh sebilangan bangsat di bumi bertuah ini. Selepas kes si bangsat ini meletup di blogesfera, terdapat beberapa siri penghinaan yang cukup menghiris hati dan perasaan umat Melayu.

Janganlah Menteri Amaran ' Saya tetap teragak-agak' Negara masih pasif. Takut mengambil tindakan dan lemah menjalankan tugas. Jika begitulah jadinya, maka KPI si menteri ini perlu diturunkan lagi selepas isu provokasi agama yang lepas gagal ditangani dengan baik.

Kenapa isu si budak Aswara yang dituduh mebuat provokasi di dalam laman Facebook cepat dibawa kemuka pengadilan tetapi isu penghinaan kepada Almarhum baginda Sultan Iskandar seperti tidak berjalan langsung?

Si Taslif kena tahan selepas 1 aduan dibuat oleh Puteri MIC tetapi sudah 31 laporan dibuat kepada silahanat bernama Khairul Nizam ini, masih tidak ada kemajuan kes selepas penyerahan diri malaun ini di Tumpat petang semalam.

Pencetus - pencetus provokasi kepada isu kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar seperti yang didedahkan oleh beberapa blogger perlu segera di ambil tindakan.

Kelak kalau lambat KDN bertindak, mereka akan menggunakan isu ini sebagai precedent case untuk menghalalkan cara mereka menghina Raja-raja dan Institusi Raja Melayu.

Harap Perdana Menteri 1Malaysia tukar Menteri Dalam Negeri sedia ada kepada individu yang lebih layak sebelum dia menjadi liabiliti kepada kerajaan..!! 

20 Januari 2010

Pilihanraya Kampus : Antara Kesungguhan Pas, Kepekaan PKR dan Kelembapan UMNO!




Umum mengetahui bahawa setiap tahun akan di adakan piliharaya kampus di semua Universiti Awam di Malaysia untuk memilih barisan kepimpinan pelajar yang baru.

 Seringkali kita mengabaikan perjalanan demokrasi kampus ini kerana kita fikir ini politik budak-budak tetapi kita harus ingat, bahawa disinilah lubuk untuk kelahiran pemimpin generasi baru dan wajah baru pengundi di peringkat nasional kelak!

Bagi sesiapa yang pernah terlibat secara langsung dengan politik kampus ini akan menyatakan bahawa disinilah tempat untuk kita melatih diri untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Bukan sahaja menjadi pemimpin politik tetapi juga di alam kerjaya mahupun pemimpin setempat/masyarakat.

Dan disini jugalah tempat parti - parti politik mencari bakat baru untuk dikaderkan menjadi jentera kempen, agen, peraih undi dan tukang provokasi.

Sepanjang 4 tahun saya terlibat di dalam politik kampus di UKM, melihat potensi besar kepimpinan belia ini tidak digunakan sebaik mungkin oleh UMNO dan kerajaan amnya.

Acap kali bakat kepimpinan yang ideal terlebih dahulu 'dicuri' oleh Pas untuk direkrut menjadi proksi mereka di kampus.

Saya juga hampir terjebak ketika di tahun pertama tetapi mujurlah pendirian saya berkenaan parti politik telah disetkan terlebih dahulu sebelum memasuki gerbang ilmu di Bangi tersebut.

Mahasiswa perlu akur bahawa hadirnya mereka di menara gading adalah untuk menimba ilmu dan mengenggam segulung ijazah tetapi perlu diingatkan ijazah bukan tiket tunggal menjadi modal insan yang berjaya.

Pembinaan karakter dan mempunyai hubungan sosial yang baik juga perlu dibina di dalam diri. Maka keterlibatan di dalam politik kampus sedikit sebanyak membina nilai dalam diri.

Kenapa Pas (dan sekarang PKR juga) beria - ia sangat untuk turut serta di dalam politik kampus, tetapi tidak bagi UMNO?

Pas melihat bahawa campurtangan dan penglibatan mereka di dalam politik kampus akan menjadikan generasi baru pengundi ini sebagai fix deposit mereka pada pilihanraya umum akan datang!

Secara matematiknya setiap tahun akan lahir 50,000 orang graduan daripada IPT ini dan semestinya had umur mereka melepasi had umur minimum pengundi yang ditetapkan oleh SPR iaitu 21 tahun.

Mana yang kita lebih percaya, kempen seorang mat rempit yang memakai baju Putera UMNO dengan gaya selekah dan menghisap rokok dengan seorang budak lepasan universiti yang berkempen untuk pembangkang dengan lagak kemas? Sudah mesti cakap budak universiti tu lebih dipercayai walaupun isinya lebih banyak bahalul daripada betul!
Dek kerana itulah mereka sangat peka dan bersungguh di dalam politik kampus ini. Secara jelas kita dapat melihat hierarki kepimpinan mereka juga ada yang datangnya daripada pemimpin kampus dahulu.

Saya ambil contoh kepimpinan kampus di UKM, Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat adalah mantan YDP PMUKM Sesi 87/88. Dr' Lo' Lo' Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) merupakan bekas Naib YDP PMUKM. Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR merupakan YDP PMUKM Sesi 84/85. Abdullah Abdul Karim, Exco Pemuda Pas Pusat, mantan PMUKM Sesi 2001/2002.

Tidak dinafikan terdapat juga nama - nama besar tokoh pelajar yang menjadi pemimpin poltik UMNO seperti Dato' Razali Ibrahim (mantan YDP PMUKM 91/92, Dato' Fuad Hassan (mantan YDP PMUKM 76/77, Dato' Rahman Bakar, bekas Timb Menteri Sumber Manusia (mantan TYDP PMUKM 80/81) dan Dato' Rais Zainuddin, bekas exco Kerajaan N.Sembilan (mantan YDP PMUKM 80/81), tetapi kesinambungan kepimpinan itu tidak ada.

Yang hanya kekal ketika ini adalah Dato' Razali Ibrahim itupun hanya menempatkan diri di persada politik nasional selepas usia menjangkau 40 tahun. Yang lain entah ke mana!

Tidak seperti Pas dan PKR. Setiap tahun akan lahir kepimpinan muda yang keluar daripada universiti. Sistem perkaderan dan rekrut yang di amalkan oleh mereka juga nampak lebih tersusun dan sistematik sehinggakan sukar untuk dikesan.

Sistem perkaderan yang berselindung disebalik kegiatan usrah dan aktiviti ko-kurikulum sukar untuk diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana modus operandinya sangat licik dan kelembapan bahagian HEP universiti bertindak.

Bagi UMNO pula lebih suka tidak mahu campurtangan secara langsung mungkin kerana khuatir disebarkan dan dihebahkan oleh media pembangkang. Berlainan pula dengan Pas, mereka langsung tidak menghiraukan dan gentar dengan pendedahan yang bakal mereka terima sekiranya kegiatan mereka telah bocor oleh media kerajaan.

Pemuda UMNO dengan lagak sombong dan elitnya dan Puteri dengan lagak cunnya masih sibuk dengan hal entah apa-apanya sedangkan Pemuda dan Muslimat Pas serta AMK PKR sedang aktif meracuni pemikiran pelajar kampus!

Secara psikologinya, UMNO kalah dengan Pas secara total!

Tahun ini pilihanraya kampus datang lagi. Berita tentang kemenangan calon pemimpin pelajar pro-pembangkang yang melabelkan diri sebagai Pro-Mahasiswa (Pro-M) di Universiti Malaysia Terengganu yang didedahkan oleh blog Anwaribrahim dan media alternatif milik pembangkang yang lain sangat merisaukan saya.

Sebelum ini budak - budak pro-pembangkang tidak ada kekuatan di IPTA - IPTA yang baru dan hanya gah di universiti klasik seperti UM,UKM,UPM,USM,UTM dan UIA sahaja. Berita ini menjadi isyarat jelas bahawa pengaruh Pas dan PKR (juga DAP melalui DEMMA) mula masuk di universiti awam yang baru!

Minggu hadapan akan berlangsungnya piliharaya kampus di 6 buah IPTA lain termasuk UM,UKM dan UPM.

Kerajaan perlu memandang serius tentang perkembangan dan pola pilihanraya kampus kali ini. Tetapi amat malang, Kementerian Pengajian Tinggi yang dipimpin oleh seorang menteri yang mencebik dan mencemuh usaha pelajar pro kerajaan (seperti artikel saya tahun lepas), dikuasai oleh mereka yang pro-PKR dan pro-Pas!

Maka kita akan tunggulah lahirnya lagi pegawai - pegawai PTD dan agensi kerajaan lain yang datang daripada kepimpinan pro-pembangkang di pejabat - pejabat kerajaan kelak. Nak tapis masa temuduga, SPA tidak ada sistem yang boleh semak sama ada dia tu ok ke atau alat Pas/PKR masa belajar dahulu.

Jadilah seperti sekarang, pejabat kerajaan melambak pegawai yang pro-pembangkang. Maka tidak hairanlah kalau rahsia kerajaan (seperti perbelanjaan & pengurusan) terlepas ke pihak di sebelah sana!

Jangan salahkan ibu mengandung tetapi salahkan PM 1Malaysia yang salah pilih menteri!

***************************
*PMUKM adalah singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 1970 dan dipilih melalui pilihanraya kampus.

16 Januari 2010

Provokasi Agama : Budak Aswara di Tahan, Apa Kes Malaysiakini, Anthony Loke dan Teresa Kok?



Apa ni..??? Kenapa budak Aswara yang berumur 25 tahun ditahan dan dihadap kan ke mahkamah atas sebab menghantar 11 perkataan berbentuk gurauan di dalam laman Facebook?

Cepat betul polis kita bertindak dan pendakwaan di mahkamah. Tahniah la di ucapkan!

Tetapi bagaimana pula kes Malaysiakini yang mengandungi komen yang lebih berbaur hasutan dan subjudis kepada Islam dan Melayu? Dah banyak laporan polis dibuat, apa perkembangan kes..?

Si Anthony Loke Ketua Pemuda DAP Pusat pernah menulis di dalam blog untuk menghantar Sultan Perak ke Neraka ketika isu Kerajaan Negeri Perak dahulu. Apa polis buat? Ambil keterangan  di pejabatnya ala-ala membuat kunjungan rasmi gitu!!! Lepas tu senyap!

Teresa Kok dengan pendekatan anti-Melayunya juga tidak diambil tindakan. Sama juga macam kes perhimpunan haram anti-PPSMI, cakap je lebih, sampai hari ini seekor pun tak di dakwa!!

Nampaknya kerajaan dan Menteri Amaran 'saya tidak teragak-agak' Negara hanya berani bertindak sekiranya individu itu bukan daripada pembangkang.

Jika begitulah, lebih baik kita menyokong pembangkang kerana kerajaan tidak akan berani bertindak!

Budak yang hanya menghantar komen berbentuk gurauan terus diheret dimahkamah sedangkan individu lain yang mencetuskan kerisauan dan keresahan rakyat dibiarkan sahaja tanpa di ambil tindakan tegas kerana mereka adalah datang dari pembangkang!!

Tahniah lah kepada kerajaan 1Malaysia, Pembangkang diutamakan, 'silent majority' dilupakan!'

14 Januari 2010

Menteri Pasola Era 1Malaysia!!



Watak Menteri Pasola sangat diingati sebagai watak antagonis bagi filem ilham Allahyarham Tan Sri (Dr) P.Ramlee. Pasola digambarkan sebagai seorang menteri yang berkaliber (pada pandangan Sultan Pasir Dua Butir).

Tetapi mengkhianati sultan dek kerana mabukkan kuasa (tetapi tidak lah sampai bawak kereta terbalik di kawaan had laju kurang 60km/j!).

Maka, bantuan daripada negeri yang dinaungi iaitu Negara Pasir Berdengung ditagih. Dihantar 3 laksamana yang hebat untuk menentang Menteri Pasola dan kuncu - kuncunya.

Akhir babak seperti yang dijangka, Menteri Pasola terbunuh dan Negara Pasir Dua Butir kembali aman tetapi landskap dan geo-politik telah berubah. Ekonomi dan sistem sosial perlu dibina semula. Ini natijah daripada pengkhianatan Menteri Pasola.

Hari ini dalam kerajaan 1Malaysia yang kaya dengan slogan, watak antagonis Menteri Pasola ini seakan muncul cuma bentuk watak itu terdapat sedikit perubahan...

Jika dahulu Menteri Pasola digambarkan sebagai menteri paling kanan dan orang yang paling dipercayai, maka kini Menteri Pasola 1Malaysia juga dianggap orang paling dipercayai di dalam menteri kabinet.

Tetapi Menteri Pasola era P.Ramlee lebih bermaruah kerana dia sanggup menyanggah dan menumbangkan kerajaan sedia ada secara terang - terangan. Tidak seperti Menteri Pasola era 1Malaysia, menentang dan menghancurkan negara dari dalam dan secara diam!

Hal ini tidak sukar untuk dianalisis dan dipercayai. Melihat suasana keadaan politik negara dan isu semasa yang sering kali tidak memihak kepada kerajaan menjadikan asas yang kuat bahawa segala kepincangan ini adalah dibantu dengan hadirnya Menteri Pasola versi alaf baru ini!

Anehnya, kehadiran menteri - menteri pasola ini di dalam kabinet Kerajaan 1Malaysia seakan - akan direstui oleh pucuk pimpinan negara. Tidak ada tindakan drastik mahupun langkah kontigensi di ambil untuk menangani persepsi daripada rakyat marhaen!

Di dalam UMNO misalnya, 'menteri - menteri pasola' ini berada ditempat yang atas seperti 2 daripada 3 kerusi naib presidennya. Ada juga menteri pasola yang tidak bertanding di dalam Pemilihan Agung UMNO tetapi menjadi menteri dan dilantik menjadi Ahli MT tanpa perlu berkempen secara 'sihat'!

Ada juga menteri pasola junior yang menang kerusi Ketua Pemudi walaupun disabitkan dengan kesalahan 'sumbangan peribadi' semasa kempen pemilihan.

Tetapi Perdana Menteri hanya mampu melihat dan senjata ampuhnya iaitu 'play safe' dipraktikalkan dengan sempurna!!

Maka lahirlah persepsi negatif di kalangan rakyat yang melihat Kerajaan 1Malaysia hanya hebat dengan slogan untuk diTransformasikan menjadi robot Transformer tetapi kudis di dalam tidak mahu diubati.

Jika dahulu Menteri Pasola berjaya menjadikan sultannya membina kerajaan di bawah pokok, tetapi kesan perbuatan Menteri Pasola era 1Malaysia ini akan lebih teruk.

Sekurang - kurangnya dahulu sultannya boleh juga mengurus kerajaan di bawah pokok. Ada jugalah kerajaannya...

Tetapi penangan Pasola 1Malaysia akan menyebabkan tumbangnya kerajaan dengan hinanya...