27 November 2009
Politik Perak : Nizar Masih Terima Gaji dan Elaun MB ?
Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
Dikhabarkan dari Perak bahawa Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohd. Nizar Jamaluddin masih menerima gaji dan elaun Menteri Besar. Sama ada berita ini benar atau tidak, hanya Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Pejabat SUK Negeri Perak boleh sahkan.
Jika ini berlaku ada 3 kemungkinan yang boleh dibuat. Pertama, hak ekslusif MB Perak masih dipegang oleh Nizar dan ini sekaligus mengiktiraf beliau sebagai MB yang sah manakala kemungkinan kedua ialah Menteri Besar lantikan Paduka Seri Sultan Perak yang sah iaitu YAB Dato' Seri Dr. Hj Mohd Zambry Abdul Kadir sanggup BERKORBAN dan tidak ambil pusing isu gaji dan elaun Menteri Besar. Yang penting bagi beliau jalankan tugas dan amanah sebaik mungkin.
Dikhabarkan juga bahawa Dr. Zambry mendapat elaun dan gaji daripada kerajaan pusat. Jika ini memang berlaku maka nampaknya krisis pengesahan kerajaan mana yang sah tetap menjadi tanda tanya.
Kemungkinan ketiga ia hanya polemik politik massa. Hanya wujud untuk terus 'mengocak' suasana politik Perak yang telah mula agak stabil kini..
Sehingga kini, kes yang didengar di Mahkamah - Mahkamah Persekutuan (Tinggi, Agung dan Rayuan) masih belum menjumpai titik noktah muktamad penentuan krisis ini.
Walaubagaimanapun krisis yang bermula hasil ilham Perdana Menteri Bayangan16 September 2008 ini sebenarnya mendatangkan 1001 hikmah. Rakyat Perak khususnya telah mula memahami kepimpinan rakyat negeri itu sama ada pembangkang mahupun BN.
Penilaian sedang dibuat oleh rakyat sama ada untuk mengekalkan kerajaan BN ini pada masa akan datang atau ingin bersama pembangkang yang diterajui oleh parti sosialis / komunis DAP.
Di Perak, konsep pemimpin BEKORBAN untuk rakyat sangat jelas. Pemimpin BN terutama MBnya selalu turun padang dan ini yang perlu dibuat oleh pemimpin BN di negeri lain terutama di negeri - negeri yang kalah seperti Kedah dan Selangor.
Semoga PENGORBANAN Dr Zambry dan rakan - rakan akan terbalas kelak dengan kemenangan besar BN dan 'TERKORBANNYA' Menteri Besar Pas Tajaan DAP yang angkuh dan takbur itu!
Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar! Wallillahilhamd !!!
23 November 2009
Imbas Kembali Manifesto Pembangkang di Selangor
Tidak payah saya memulakan mukadimah dengan panjang lebar. Mari kita menelusuri satu - persatu janji dan tawaran mereka kepada rakyat Selangor selepas 20 bulan memerintah !
URUSTADBIR BERWIBAWA :
1) Pastikan semua pemimpin bersih dari rasuah - uweekkk! Nak termuntah! Kalau tak ada kes, kenapa SPRM di halang membuat kerja? hehehe. takut ke?
2) Siasat penyelewangan pentadbiran tanah dan sumber negeri - jangan lupa siasat sekali kawasan tanah yang diberikan kepada kuil - kuil haram, pembatalan SRJK (Tamil) dan pemberian lesen untuk barang lupus yang berleluasa di Selangor kini.
3) Menghentikan projek yang membazir - pengambilan Talam Corp yang hampir bankrap satu langkah penjmatan yang baik dan telus, bagus!
4) Pastikan ketelusan pentadbiran negeri - SELCAT diguna untuk menghentam ADUN BN dan penjawat awam di Selangor. Pemimpin pembangkang seperti Hasan Ali yang bantai SELCAT tidak dikenakan sebarang tindakan - double standard!
5) Hentikan campurtangan politik dalam perniagaan - Poyo betul manifesto ni! Takkan Ronnie Liu dan kawan - kawan DAPnya tidak berminat menambah kekayaan. Hehehe. Premis rumah urut dan kalabumalami yang berlambak di Puchong dan Subang Jaya itu milik siapa?
6) MELARANG Ahli Exco terlibat dalam perniagaan - Tan Sri Menteri Besar, siapa yang tak terlibat yer? Boleh saya tahu?
SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT :
1) Tabung permulaan RM100 anak kelahiran Selangor - saya pernah minta sebab anak saya lahir di Hospital Serdang bulan Mei lepas tetapi tidak ada jawapan dari Kerajaan Selangor pun! Tipu ka..?
2) Bantuan RM 75 sebulan anak yang dihantar ke nurseri - di mana perlu dapatkan borang?
4) Bantuan RM 1000 kepada anak Selangor masuk IPT - Anak - anak Selangor yang masuk IPT sesi 2009/2010 layak memohon ni. Kalau ada 5,000 orang, RM 5 juta Negeri Selangor kena keluar..kayap nanti ni! hehe
7) Membuka pusat sukan mini dan kelab rekreasi - kena ubah ni :- membuka pusat rumah urut dan kelab malam..! hehe
9) Elaun kepada ibu tunggal yang layak - Ibu tunggal di Kota Damansara dihalau sebab tak bayar duit sewa rumah. hehe. Berkebajikan sungguh!
12) Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam - ha.. yang ni memang dikotakan. Teresa Kok dan Xavier memainkan peranan penting nak wujudkan IRC dibantu kawan sebantal Zulkifli Nordin, Sivarasa Rasiah!
KESIHATAN RAKYAT :
1) Cuti bersalin 90 hari - masih kekal 60 hari dikalangan penjawat awam negeri dan swasta. tidak pernah dibentangkan Dewan Undangan dan mesyuarat exco.
2) Cuti 14 hari kepada suami - masih kekal 7 hari (termasuk sabtu,ahad dan kelepasan am)
3) 1 bulan cuti wanita kematian suami - ???, ada ker?
4) Perubatan percuma warga emas 65 tahun - tipu lah, nak buat pembedahan tetap dikenakan bayaran.
EKONOMI RAKYAT :
1) Menyediakan premis perniagaan yang mencukupi - ini terpakai khas kepada non-bumi. Peniaga melayu seperti di Downtown Kota Damansara dipersilakan berambus sebab ada restoran Cina tak masyukkk sebab peniaga Melayu kacau daun!
5) Air percuma 20 meter padu - yang ini di akui dibuat, terima kasih! Tetapi nasib bagi pengguna meter pukal macam di flat dan apartment bagaimana? Ingat lagi kes bekalan air dipotong di Putra Perdana, Puchong sebab pemaju (Talam) tak bayar air sedangkan penduduk setiap bulan bayar! hehe..!!
KESELAMATAN RAKYAT :
1) Kuatkuasa perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan banjir dan tanah runtuh. Kes baru - baru ini di Rawang membuktikan bahawa penguatkuasaan pembinaan di lereng bukit dan tanah tinggi hanya omongan kosong kerajaan Tan Sri Khalid.
2) Ganti Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan - mana dia? cakap je berdegar - degar tapi habuk pun tarak!!
Saya hanya mengulas beberapa intipati daripada keseluruhan manifesto retorik pakatan pembangkang ini. Bakinya, bolehlah kita menafsirkannya mengikut perspektif dan pandangan daripada kaca mata kasar kita.
2 perkara yang boleh disimpulkan disini ialah pertama, memang mudah untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat bila mana kita tidak berada di kerusi kerajaan dan kedua, kepercayaan rakyat kepada mereka yang diharap menjadi alternatif yang lebik baik daripada BN tidak kesampaian. Malahan episod pemerintahan yang lebih buruk dan dangkal telah disajikan oleh mereka dengan pembalasan dendam kepada BN dan pembolotan ekonomi dan perniagaan.
Rakyat marhaen mungkin telah sedar tetapi pemimpin BN dan UMNO di sini masih nyenyak dibuai mimpi!
20 November 2009
Rombakan Kabinet : KPI Koh Tsu Koon Boleh Di Pakai ?
Selepas lebih 6 bulan terbentuknya Kerajaan 1Malaysia, kini tiba masanya Dato' Seri Hj Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak menunaikan janji pertamanya dahulu, ' Prestasi Menteri Akan Dinilai Selepas 6 Bulan'.
Maka pada 27 Julai 2009, Najib umumkan kaedah penilaian melalui Indeks Prestasi Utama (Key Performance Indicator) dan 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA).
Setiap menteri dan timbalan menteri dinilai melalui 'buku rekod'. Jika ada yang dapat 'merah' atau 'cukup - cukup makan' sahaja, dia akan disingkirkan. Ini janji Perdana Menteri 1Malaysia. Semua pihak akur dan melihat ini petanda positif untuk menunjukkan kemampuan pimpinan baru negara melaksanakan tugas dan amanah.
Isunya disini ialah, individu yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian ini adalah orang yang kalah pada pilihanraya umum ke-12, seorang bekas Ketua Menteri yang penuh kontroversi dan mewakili parti kompenan BN yang sering mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan rakan kompenan terutama parti pimpinan Perdana Menteri sendiri!
Kredibiliti Tan Sri Koh Tsu Koon pernah dipertikaikan di dalam dewan rakyat oleh Dato Aziz Mohamad, MP Sri Gading. Ada juga suara - suara menyatakan modul KPI garapan Koh Tsu Koon ini bias dan tidak tepat dalam menilai Menteri dan Kementerian.
Seharusnya penilaian yang ingin dibuat dibentangkan kepada umum untuk dibincang dan dibuat penambahbaikan. Perlunya ada percambahan idea terutama daripada tokoh - tokoh akademik dan mantan pemimpin untuk menjadikan penilaian KPI ini sangat efiisien dan berkesan.
Mungkin ada kegusaran dihati beberapa menteri akan keputusan yang bakal keluar daripada KPI ini tidak mencerminkan situasi sebenar. Maka mekanisma implementasinya sangat diragui, terutama kepada pak - pak menteri yang tidak rapat dengan Menteri di JPM ini.
Mesti ada suara yang mempertikaikan relevansinya KPI ini sedangkan menteri pengubal dan perlaksananya pun mempunyai penilaian prestasi yang tidak seberapa. Pasti isu ini akan dibangkitkan kelak !
Maka tidak hairanlah, keputusan KPI ini akan menjadi kontroversi. Kita tunggu sedikit masa lagi.
KPI Menteri Atas Penilaian Rakyat
Bagi saya, orang yang paling layak menilai prestasi menteri dan kementerian adalah rakyat marhaen. Ini kerana rakyatlah yang menjadi 'stakeholder' terbesar negara dan suara inilah yang perlu dijadikan 'bench mark' dan kayu ukur menilai prestasi menteri.
Saya pasti jika rakyat yang menilai ramai menteri - menteri ini terpaksa 'mengemas meja' dipejabat masing - masing.
Jika kita buat output daripada 6 bidang NKRA tersebut, bagi saya cuma satu sahaja yang boleh diterima ! Hanya Bidang Pertama iaitu Meluaskan Akses Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang diketuai oleh Tan Sri Timbalan Perdana Menteri mencapai sasaran.
Bagi Bidang Kedua iaitu Mengurangkan Kadar Jenayah (dipimpim oleh Dato' Hishamuddin) dan Bidang Ketiga iaitu Memerangi Rasuah (Nazri Aziz). Sesuatu perlu dilakukan segera terutama memulihkan reputasi PDRM dan SPRM. Persetankan tohmahan pembangkang yang memang menjadi cita -cita mereka untuk menjadikan 2 badan ini jijik di mata masyarakat. Mereka hanya pandai membela penjenayah dan perasuah !
Bidang Ke-4 dan Ke-5 iaitu Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah ( Dato' Shahrizat) dan Memperkasa Prasarana Luar Bandar & Pedalaman (Shafie Apdal) perlu mendapat perhatian dan tindakan drastik memandangkan kelompok sasaran inilah menjadi faktor utama kekalnya BN berkuasa.
Bidang ke-6 iaitu Menambahbaik Pengangkutan Awam merupakan bidang NKRA yang paling teruk 'buku rekodnya'. Lihatlah ketuanya sendiri iaitu Dato Ong Tee Keat yang tak sedar diri. Disebabkan mabuk kuasanya, kementeriannya tunggang langgang (rujuk artikel saya terdahulu mengenai MOT). Hanya hebat di kertas sahaja tetapi implementasi masih tidak ada. Menteri ini dicadangkan untuk digugurkan.
Tuntasnya, Najib perlu menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menilai setiap KPI Menteri dan Timbalan Menteri bukan hanya kepada catatan oleh Koh Tsu Koon tetapi juga kepada respon masyarakat umum.
Rombakan Kabinet : Khairy Timbalan, Mukhriz Menteri Penuh ?
Petang semalam, ada 'angin' yang bertiup dari Putrajaya hinggap di telinga saya bahawasanya akan ada rombakan kabinet dalam sedikit masa lagi.
Pada mulanya saya agak sukar untuk mempercayai khabar - khabar angin ini tetapi jika kita menyorot kembali janji Perdana Menteri 1Malaysia pada bulan April 2009 untuk menilai kembali prestasi Kabinet pada bulan November, andaian rombakan ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Rujuk sisipan The Star pada 16 April 2009, 'KPI test November for Ministers'.
Saya cuba menyiasat kesahihan berita ini dengan beberapa rakan PTD saya di JPM dan memang benar, Najib sedang meneliti laporan KPI yang telah pun disiapkan secara berperingkat oleh Dr Koh Tsu Koon yang dibantu oleh Idris Jala.
Laporan Audit 2008 dan SSR (Systems Star Rating) untuk Kementerian dan Jabatan dibawah Kerajaan Persekutuan juga telah menjadi kayu ukur untuk penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI) menteri dan timbalan menteri.
Walaubagaimanapun, tarikh sebenar untuk rombakan ini masih belum diputuskan. Ada kemungkinan, Najib ingin menyelesaikan masalah MCA dahulu dan 'sedikit perbincangan' dengan Samy Vellu sebelum barisan kabinet baru 2010 diumumkan.
Ada Menteri Yang Gugur?
Sumber tersebut menyatakan bahawa beberapa nama di dalam senarai Kabinet Pertama 1Malaysia ini akan digugurkan. Antaranya ialah Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman Abu Mansor dan Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. T Murigiah, Timbalan di Pejabat PM juga akan dalam senarai tersebut.
Dato' Seri Perdana Menteri agak kurang berkenan dengan pencapaian Dato' Shaziman manakala gugurnya jawatan Dato' Noh adalah untuk mempersiapkan beliau untuk memimpin kebangkitan semula UMNO dan BN Selangor dalam misi merampas Selangor dalam PRU akan datang.
Murugiah seperti sedia maklum, perlantikan beliau adalah atas kapasiti parti PPP. Maka dengan pembatalan ahli PPP menjadikan beliau satu - satunya dalam barisan kabinet Malaysia yang tidak berparti.
Dato' Seri Shafie Apdal juga ada desas - desus akan disingkirkan ekoran prestasi tidak memuaskan memimpin Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan isu kepimpinan UMNO Kedah. Cerita ini dikuatkan lagi dengan isu penyebaran risalah memburukkan Dato Shafie pada PAU lepas dan sisipan akhbar Utusan hari ini bertajuk, ' UMNO Kedah Nafi Berpuak - Puak'.
Yang menjadi agak sensasi rombakan kali ini ialah, kehadiran YB Ahli Parlimen kawasan saya iaitu YB Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Menteri atas tiket Pemuda UMNO dan kenaikan 'pangkat' Dato' Mukhriz Mahathir sebagai menteri penuh atas pencapaian KPI beliau yang amat memuaskan hati Dato' Seri Najib.
Bagi pendapat peribadi saya, peluang harus diberi kepada Khairy untuk membuktikan bahawa beliau ada kredibiliti memimpin. Beliau ada potensi menjadi pemimpin masa hadapan tetapi mungkin disebabkan terlalu mengikut darah muda dan agak gelojoh, maka perjalanan politiknya makin berliku. Di Rembau (2 minggu lepas) kesediaannya hadir di kawasan kubu kuat PAS di Paroi membuktikan bahawa beliau berani datang dan menjawab segala soalan yang diajukan.
Perlantikan Mukhriz adalah bagi mempersiapkan beliau menjadi Menteri Kedah bayangan kerajaan BN kelak. Perlantikan ke jawatan Menteri penuh adalah untuk memberi wajah dan mencipta imej selaku bakal pemimpin No. 1 Negeri Jelapang Padi.
YB Dato' Rosnah Rashid Shirlin juga akan naik menjadi Menteri penuh mewakili Puteri UMNO. Ada dua - tiga nama pemimpin parti kompenan yang terlibat di dalam re-engineering kabinet kali ini. Tetapi ia akan diputuskan selepas PM mengadakan perjumpaan dengan parti - parti kompenan ini.
Isa Menjadi Menteri Kembali ?
Ada desiran 'angin' menyatakan bahawa Tan Sri Isa akan di lantik menjadi senator mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan di angkat menjadi Menteri penuh untuk menggantikan tempat Shafie Apdal. Tetapi kekuatan cerita ini masih agak longgar tetapi tidak boleh dikesampingkan.
Apa - apa pun akan ada dua orang menteri baru mewakili Negeri Sembilan dan Selangor dalam kabinet baru Najib kelak.
Walau apa pun kemungkinan dan kebarangkalian yang akan tercipta dek penstrukturan semula kabinet Malaysia ini, kita perlu mengambil pendekatan positif dan menerima dengan hati terbuka.
Gossip politik ini walaupun belum sahih tetapi ia tetap menjadi polemik massa kerana rombakan ini dilihat akan menjadi faktor dominan dalam membawa halatuju kerajaan 1Malaysia dalam 1-2 tahun sebelum dinilai semula oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13. Ketika itulah KPI yang sebenarnya ditauliahkan oleh rakyat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada bayangan kerajaan alternatif pimpinan Anwar dan rakan - rakan.
19 November 2009
Krisis MCA : Dimana Kelibat Pengerusi BN? MCA Dah Makin Parah!
Semalam (18 November 2009) menyaksikan tersingkirnya 9 anggota CCC MCA oleh 'Sang Gila Kuasa' dan disokong oleh 'Sang Gila Perempuan'! Tinggal Liow Tiong Lai sahaja dalam jawatankuasa pusat MCA tersebut.
Kemelut ini semakin teruk. Luka dalaman yang disangka akan pulih segera telah menjadi barah yang boleh membunuh! Bukan kepada MCA sahaja tetapi kepada BN juga!
Baru semalam, Muhyiddin berani untuk bersuara. Mempertikaikan Pelan Perpaduan yang dibuat oleh gang Ong-Chua. 4 orang timbalan menteri disingkirkan dalam CCC MCA. Selain Wee Ka Siong (Timb. Menteri Pelajaran) dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb. Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita), 2 lagi timbalan yang disingkirkan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.
Ong Tee Keat telah menjalankan tugas sebagai Presiden MCA paling korup dan dayus dalam sejarah 60 tahun MCA. Beliau telah membentuk satu rejim yang menjamin kedudukannya sebagai Presiden walaupun telah ditolak semasa EGM tempohari.
Nampaknya Pelan Perpaduan yang kononnya disokong oleh Najib adalah gagal. Ia disokong oleh kenyataan Muhyiddin bahawa perlunya ada orang ketiga dalam mencari titik noktah pergeseran ini. Seperti yang telah saya bangkitkan di dalam 3 catatan blog saya ini bahawa perlunya Najib selaku Pengerusi BN campurtangan.
Tetapi sehingga kini Najib tetap membisu. Beliau sanggup terbang ke Makasaar dan di tanah air, Ong telah memecat 4 orang timbalan menteri lantikan beliau sendiri. Jika dahulu, Datuk Aziz Mohamad membangkitkan isu perletakan jawatan Tan Sri Dr. Koh dan Ong Tee Keat sebagai tidak menghormati hak beliau sebagai PM, maka kali ini kes ini juga terpakai! Ong tidak menghormati hak Najib melantik 4 orang timbalan menteri tersebut! Apa tindakan Najib? Kita sama - sama tunggu..
Tidak pernah dalam sejarah parti politik negara, ada anggota CCC yang menang dalam pemilihan parti dipecat atas faktor - faktor tidak menyokong Presiden. Bukan seorang tetapi semua yang membantah. Makanya, MCA ingin menjadi parti yang kembali mengamalkan sistem dinasti ataupun feudal. Hanya autoritian dan yang loyal sahaja di angkat menjadi pemimpin.
MCA telah lari daripada teras perjuangan asal. Parti dominan orang Cina ini semakin hanyut dek kerakusan Ong Tee Keat yang kaya dengan skandal di Kementerian Pengangkutan!
Najib harus ambil tindakan segera sebelum keadaan lebih mudharat..
Kemelut ini semakin teruk. Luka dalaman yang disangka akan pulih segera telah menjadi barah yang boleh membunuh! Bukan kepada MCA sahaja tetapi kepada BN juga!
Baru semalam, Muhyiddin berani untuk bersuara. Mempertikaikan Pelan Perpaduan yang dibuat oleh gang Ong-Chua. 4 orang timbalan menteri disingkirkan dalam CCC MCA. Selain Wee Ka Siong (Timb. Menteri Pelajaran) dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb. Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita), 2 lagi timbalan yang disingkirkan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung.
Ong Tee Keat telah menjalankan tugas sebagai Presiden MCA paling korup dan dayus dalam sejarah 60 tahun MCA. Beliau telah membentuk satu rejim yang menjamin kedudukannya sebagai Presiden walaupun telah ditolak semasa EGM tempohari.
Nampaknya Pelan Perpaduan yang kononnya disokong oleh Najib adalah gagal. Ia disokong oleh kenyataan Muhyiddin bahawa perlunya ada orang ketiga dalam mencari titik noktah pergeseran ini. Seperti yang telah saya bangkitkan di dalam 3 catatan blog saya ini bahawa perlunya Najib selaku Pengerusi BN campurtangan.
Tetapi sehingga kini Najib tetap membisu. Beliau sanggup terbang ke Makasaar dan di tanah air, Ong telah memecat 4 orang timbalan menteri lantikan beliau sendiri. Jika dahulu, Datuk Aziz Mohamad membangkitkan isu perletakan jawatan Tan Sri Dr. Koh dan Ong Tee Keat sebagai tidak menghormati hak beliau sebagai PM, maka kali ini kes ini juga terpakai! Ong tidak menghormati hak Najib melantik 4 orang timbalan menteri tersebut! Apa tindakan Najib? Kita sama - sama tunggu..
Tidak pernah dalam sejarah parti politik negara, ada anggota CCC yang menang dalam pemilihan parti dipecat atas faktor - faktor tidak menyokong Presiden. Bukan seorang tetapi semua yang membantah. Makanya, MCA ingin menjadi parti yang kembali mengamalkan sistem dinasti ataupun feudal. Hanya autoritian dan yang loyal sahaja di angkat menjadi pemimpin.
MCA telah lari daripada teras perjuangan asal. Parti dominan orang Cina ini semakin hanyut dek kerakusan Ong Tee Keat yang kaya dengan skandal di Kementerian Pengangkutan!
Najib harus ambil tindakan segera sebelum keadaan lebih mudharat..
18 November 2009
Bila Menteri Pengangkutan Sibuk Berpolitik, Wang Rakyat Dicuri !
27 Julai 2009, Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan penilaian penunjuk prestasi (KPI) dan 6 subsektor Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA)
Saya ingin menyentuh NKRA ke-6 iaitu Menambahbaik Sistem Pengangkutan Awam yang di ketuai oleh Dato' Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA (suara minoriti).
Selepas hampir 4 bulan, masih belum ditunjukkan sebarang petanda NKRA ini dapat dicapai. Cuma pada 15 Oktober 2009 Menteri Pengangkutan ada menggariskan beberapa langkah untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam ini.
Antaranya ialah pembelian 10 set Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM 200 juta untuk menampung kapasiti pengguna komuter di Lembah Klang, cadangan untuk penambahan 10 unit baru LRT untuk laluan Kelana Jaya (kawasan Parlimen beliau) dan 4 unit Electric Trains Seats (ETS) akan dibeli untuk kegunaan komuter Ipoh - Rawang yang akan dibuka kelak.
Ada juga perancangan jangka panjang iaitu pada tahun 2012, laluan LRT Kelana Jaya akan siap disambung sehingga Putra Heights melalui Subang Jaya dan laluan LRT Sri Petaling akan juga disambung ke Putra Heights melalui Puchong. Secara lateralnya, ia nampak cukup molek dan mampu mengatasi masalah pengguna dan mencapai sasaran pengguna perkhidmatan awam 25% menjelang 2012.
Daripada satu segi lagi, perancangan dan penilaian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan ini memerlukan sejumlah dana yang cukup besar.
Bayangkan sahaja untuk membeli 1 set EMU berharga RM 20 juta. Ini tidak termasuk alat ganti dan penyenggaraan selepas pembelian. Untuk 1 set DMU terpakai berusia 20 tahun pun harganya RM 7 juta. Penyenggaraan pasti lebih kerap maklumlah beli barangan terpakai!
Jika ingin membuat laluan baru LRT yang semestinya melibatkan pembinaan superstructure seperti flyover dan jambatan, perlu memakan belanja berbillion - billion ringgit!
PLEB - Antara Kepentingan Awam dan Periuk Nasi Pemimpin Politik!
Projek Landasan Elektrik Berkembar (PLEB) antara Ipoh dan Padang Besar sejauh 329km pula memakan belanja RM 12.5 Billion! Sedangkan harga asal semasa rundingan pertama dahulu (Kerajaan Wawasan) hanya RM 8 Billion sahaja. Ia mungkin tindakan flip-flop paling tidak cerdik (bahasa mudah - bodoh) yang diambil oleh Kerajaan Islam Hadhari dahulu. Tambahan RM 4.5 billion lagi dana awam perlu digunakan selepas rundingan harga ke-2.
Harus diingat, RM 12.5 billion ini hanya harga kontrak tidak termasuk bayaran pampasan tanah kepada pemilik yang terlibat dan bayaran ex-gratia kepada setinggan dan kilang (termasuk kilang haram!).
Seorang sahabat saya yang merupakan bekas kakitangan Syarikat MMC - Gamuda JV ini memaklumkan kepada saya bahawa kos bersih termasuk raw material, workmanship dan overhead cost projek ini tidak lebih daripada RM7 billion (ini pengiraan pada harga kontrak RM12.5 Billion)!
Ada asas juga dakwaan ini memandangkan semasa rundingan harga ke-2 iaitu tahun 2008, harga bahan mentah seperti besi, crusher-run (batu granit), konkrit (untuk pembinaan jambatan) dan bahan api (disel dan petrol) ditawarkan pada harga yang tinggi. Misalnya besi pada ketika itu mencecah sehingga RM 4,500.00 per tan.
Tetapi pada tahun ini, kebanyakan harga bahan mentah itu telah turun contohnya besi kini boleh dibeli pada harga RM2,500 - 2,800.00 per tan. Adakah harga kontrak projek ini disemak semula dan variation of price (VoP) dikenakan kepada kontraktor? Hal ini perlu mendapat jawapan yang telus daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan dana awam yang besar!
Mengikut perjanjian kontrak yang biasa (typical), kontraktor hanya layak dibayar 4 kali bayaran interim (kemajuan bulanan) sekiranya dokumen kontrak belum ditandatangani dan dijilid. Selepas itu, bayaran interim tidak boleh dibuat. Walaubagaimanapun, dalam keadaan itu pihak kontraktor boleh menuntut bayaran faedah daripada kerajaan atas sebab terpaksa menanggung pinjaman bank yang mempunyai kadar faedah tertentu.
Untuk projek ini saya agak kecewa kerana atas kelemahan pihak kerajaan (Kementerian Pengangkutan), pihak kerajaan telah membayar bunga selama 2 bulan kepada Gamuda-MMC ini. Kerja di tapak bermula pada 8 Januari 2009 dan dokumen hanya siap pada 25 Julai 2009. Maka untuk interim bulan Jun dan Julai, surcaj telah dikenakan kepada kerajaan. Bayangkan jika surcaj yang dikenakan itu lebih RM30 juta setiap bulan. 2 bulan hampir RM 60 juta diberi secara percuma kepada kontraktor atas kelalaian pihak kementerian.
Sudahlah pada pembatalan pertama, pampasan khas dibayar kepada pihak kontraktor yang sama dan selepas itu harga kontrak dinaikkan lebih RM 4.5 billion. Diberi pula RM 60 juta secara percuma, projek ini sangat - sangat membazirkan duit rakyat! Kononnya pembinaannya akan membawa ekonomi hiliran sebanyak RM 15 billion (Berita Harian 13/3/2009), tetapi isunya disini sejauh mana kesahihan dakwaan ini masih belum terbukti. Apa yang terbukti sekarang dana awam dibazirkan sebegitu sahaja!
Sudahlah dimomokkan dengan skandal PKFZ, ini ditambah pula dengan isu pembelian DMU, isu pembinaan PLEB dan mungkin selepas ini isu pembinaan LRT pula, Kementerian ini tidak pernah sunyi daripada isu kontroversi.
Apa yang perlu dibuat sekarang adalah dengan memperkasakan sistem pengurusan perkhidmatan awam ini. Saya sering menggunakan perkhidmatan awam komuter antara pejabat dan rumah, mutu perkhidmatan masih lemah. Selalu sahaja jadual tren komuter tidak tepat kerana pembatalan demi pembatalan tren. Jadi kapasiti pengguna bertambah mengikut jam tetapi tren yang sampai tidak dapat menampung, hasilnya banyaklah maki hamun dan ketegangan timbul di antara pengguna tren ini ekoran masalah lapuk yang tidak pernah selesai!
Moga dengan terlantiknya bekas boss saya iaitu Dato' Seri Ir. Md Zin Mohamad sebagai boss KTMB yang baru membawa wajah yang lebih segar dan dinamik kepada perkhidmatan keretapi ini. Tidak perlu ada instrument dan fasiliti yang canggih tetapi bila ada modal insan yang berkualiti, walaupun hanya dibekalkan 2 buah tren sahaja, masalah akan dapat diselesaikan. Jangan bergantung kepada material yang kita perolehi tetapi kepada minda yang dianugerahi!
17 November 2009
Mulut Mahathir, Tuan Penasihat dan 1Ringgit !
Selangor menjadi negeri pertama di dalam sejarah Malaysia mempunyai tuan penasihat ekonomi negeri! Terlantiknya mantan Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencetuskan polemik yang sempat 'dicuit' sedikit oleh bekas bossnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun dalam reaksi balas berkenaan isu tersebut berharap lantikan Anwar tersebut dapat memberikan 'sumbangan' yang berguna kepada kesejahteraan Negeri Selangor. Sumbang mempunyai dua maksud yang berbeza!
Tun juga menyindir perlantikan mantan Timbalannya itu mempunyai 'rekod cemerlang' dalam menghadapi krisis matawang dan ekonomi 1997/98. Atas penerimaan nasihat yang melulu daripada IMF dan Bank Dunia menyebabkan masalah ekonomi Malaysia semakin parah sehingga Tun terpaksa memendekkan cuti 2 bulannya diluar negara. Ketika itu Anwar adalah Pemangku Perdana Menteri!
Ada orang secara sinis menyatakan termasuk di dalam blog Tun bahawa Anwar adalah menteri lantikan beliau sendiri. Sekiranya Anwar tidak pandai mengurus ekonomi, kenapa dilantik? Bagi saya soalan ini sangat mudah dijawab.
Anwar mewarisi Kementrian Kewangan ketika ianya stabil dan telah pulih daripada krisis ekonomi 1987. Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991. Ketika itu ekonomi Malaysia sedang meningkat maju dan KDNK negara mencapai tahap 8 - 9% setahun. Dengan kata lain, Anwar hanya mewarisi kepimpinan yang telah stabil tetapi belum teruji.
Kementerian Kewangan menjadi sangat progresif semasa dipegang oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1976 hingga 1984. Ia diteruskan lagi oleh pemikir ekonomi hebat Tun Daim Zainuddin (1984 - 1991) sebelum diserahkan kepada Anwar.
Ketika Anwar menjawat sebagai Menteri Kewangan, kedudukan ekonomi negara sangat stabil. Ketika dasar penswastaan dan perindustrian negara digagaskan oleh Dr. Mahathir, struktur pola ekonomi negara telah berubah daripada p-economy (product economy - ekonomi berasaskan pengeluaran dan raw material) kepada k-economy (knowledge economy - ekonomi berorentasikan pengetahuan dan pencapaian teknologi). Idea ini digarap oleh Perdana Menteri ketika itu, bukannya Timbalan yang merangkap Menteri Kewangan!
Krisis Matawang 1997/98 menjadi ujian terakhir Dr. Mahathir kepada Anwar untuk tiket menduduki kerusi nombor 1 negara. Tun Dr. Mahathir memberi peluang Anwar mengurus negara selama 2 bulan dan ketika itu Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri! Malangnya, Anwar gagal.
Rahsia Anwar terbongkar. Persahabatan beliau dengan beberapa pemimpin barat sangat meragukan. Anwar menjadi proksi pemimpin tertentu. Tidak payah diulas kerana perkara ini fakta yang jelas dan sukar untuk ditolak.
Anwar menerima bulat -bulat idea IMF. Krisis kewangan semakin buruk dan runcing. Antara yang saya ingat idea gila IMF yang dipakai oleh Anwar adalah :
(1) - Menaikkan kadar faedah pinjaman bank - kepada peniaga, IKS dan sektor perkhidmatan.
(2) - Tutup bank dan kurangkan memberi pinjaman
(3) - Kurangkan perbelanjaan dalam urus tadbir negara.
Idea gila IMF tersebut sangat dibantah oleh Dr. Mahathir. Anwar pertahankan idea IMF tersebut. Untuk menyelamatkan keadaan perlu ada korban sama ada Anwar mahupun negara. Dr. Mahathir memilih untuk korbankan Anwar demi rakyat Malaysia!
Anwar disingkir, Dr. Mahathir menjadi Menteri Kewangan. Tun Daim dipanggil kembali. MTEN ditubuhkan dan dipimpin oleh Tok Pa. Langkah menongkah arus diambil :
(1) - Kurangkan kadar faedah pinjaman bank - galakkan aktiviti perniagaan
(2) - Jangan tutup bank tetapi gabungkan bank-bank kecil - Contoh gabungan CIMB dan AM Bank
(3) - Cairkan aset dan banyakkan aktiviti belanja dalam negara. - kempen Beli Barangan Buatan M'sia.
Langkah ini berjaya dan kebergantungan kita kepada IMF dan Bank Dunia dapat diminimakan. Saya masih mengingati wajah pemimpin - pemimpin Indonesia dan Filipina ketika menandatangani perjanjian pinjaman IMF. Michel Camdessus berdiri dibelakang dengan pandangan angkuh dan agenda tersirat.
Tidak lama selepas itu, kedua- dua kerajaan ini tumbang. Suharto di Indonesia, Presiden Fidel Ramos di Filipina. Diganti dengan BJ Habibie dan Gus Dur (rakan Anwar - juga proksi US) di Indonesia dan Joseph Estrada (rakan Anwar - juga proksi US) di Filipina mewarisi hutang yang tinggi faedahnya yang dikenakan oleh IMF. Keadaan masih tidak pulih. Malaysia yang ego tidak mengambil pendekatan IMF berjaya keluar dari kemelut ekonomi tersebut.
1997 menjadi bukti bahawa Anwar adalah pemimpin yang meneruskan dasar sahaja tetapi jika ada masalah, ideanya tidak praktikal dan bakal mengundang malapetaka yang lebih dashyat!
Kedai 1Ringgit di Selangor
Kini, Kerajaan Negeri Selangor melantik Anwar menjadi penasihat ekonomi bernilai seringgit atas faktor yang tidak diketahui.
Nilai 'politik' RM 1 adalah sebagai mengelabui mata rakyat Selangor. Sekiranya Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi adakah ia tertakluk di dalam Undang Tubuh Kerajaan Selangor? Apa tugas Setiausaha Kewangan negeri? Adakah ia mendapat perkenan Sultan atau ianya terkecuali mendapat restu Sultan?
Sekiranya hanya berpandukan jawatan yang tercatat di dalam resume sebagai Menteri Kewangan Malaysia 1991 - 1998, maka itu adalah penilaian yang silap. Kerana Anwar hanya bijak meneruskan dasar sedia ada. Tetapi sekiranya Selangor terjerumus dalam masalah ekonomi, nescaya idea gila Anwar pasti mengundang bahana (dengan merujuk kes krisis matawang 97/98). Ini tidak tercatat di dalam resume beliau!
Langgan:
Catatan (Atom)







