12 November 2009

Bila 3 Presiden Serentak Datang Bertandang!


Latarbelakang merupakan Jambatan Nanpu di Wilayah Shenzen China. Jika di bina di Kuala Lumpur, pasti kesesakan berjaya di atasi.

Hebat betul aura 1Malaysia Dato' Seri Hj. Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak ini! 3 orang Presiden datang dalam selang waktu yang dekat! Wow!

Seingat saya belum pernah kita menerima delegasi daripada 3 negara serentak melainkan sekiranya Malaysia menjadi hos kepada pertubuhan antara negara misalnya APEC, G-15, ASEAN dan CHOGM. Ini satu yang jarang - jarang berlaku!

Ini mungkin di anggap satu kredit kepada Wisma Putra yang berjaya membawa ketiga - tiga Presiden tersebut ke negara kita. Nama dan dari negara mana, semua sudah sedia maklum.

Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu rombongan negara asing bukan bergantung kepada bilangan yang hadir ataupun liputan berita yang diterima tetapi daripada segi 'output' yang diperolehi hasil perjumpaan tersebut.

Bagi pendapat saya seorang insan yang biasa ini, lebih molek sekiranya jadual kedatangan pemimpin - pemimpin ini tidak terlalu dekat. Bukan niat hendak menghalang kedatangan mereka tetapi lebih praktikal dan efektif pertemuan di adakan antara dua buah negara dalam keadaan kondusif tanpa perlu memikirkan hendak melayan pemimpin negara lain.

Kita sebagai tuan rumah berhak mengatur kedatangan tetamu negara tetapi perlulah dalam keadaan yang penuh harmonis supaya komitmen layanan kepada tetamu negara ini 100%!

Lihat misalnya kehadiran Dr. Haris Siladjzic (salah seorang Presiden Bosnia dan Herzegovina) ke Malaysia dan termeterai MoU hanya disaksikan oleh mantan PM, Tun Dr. Hj. Mahathir bin Mohamad dan Kerajaan Negeri Sarawak. Walaupun MoU itu khusus di antara Bosnia dan Sarawak tetapi kepimpinan tertinggi negara perlulah hadir sekali bagi menunjukkan keseriusan dalam perkara tersebut.

Ketua Negara, Duli YMM Tuanku Mizan al-Haj menyambut kedatangan 2 Presiden dalam masa selang sehari. Istiadat di Istana Negara juga berlangsung 2 hari berturut - turut. Walaupun tidak salah tetapi keadaan tersebut tidak sesuai.

Wisma Putra perlu lebih peka dalam perkara ini semoga tidak berulang dalam masa yang akan datang.

Lebih molek sekiranya selang masa antara kedatangan delegasi luar negara terutama yang diketuai oleh Ketua Negara/ Ketua Kerajaan adalah lebih kurang 2 - 3 minggu kerana untuk menyusun jadual yang lebih sistematik dan tidak akan berlakunya ralat dalam tentatif yang disediakan.

Walaubagaimanpun tahniah kerana kehadiran ketiga - tiga pemimpin ini telah membuka dimensi baru dalam perhubungan Malaysia dengan negara luar yang sedikit malap sejak 6 tahun lepas....

p/s : - Dato Anifah Aman, perlu giatkan lagi usaha untuk bawa nama Malaysia di persada antarabangsa. Dahulu merajuk tak dapat jawatan menteri daripada Kerajaan Islam Hadhari. Pak Lah bagi timbalan menteri sahaja. Sekarang dah dapat menteri penuh, 'top 5' lagi tu, jadi buatlah yang TERBAIK! Jangan nanti dipangkah di dalam blog seperti yang kena pada Dato Hisham, Menteri Amaran dan Nasihat Malaysia. hehe..!!

4 ulasan:

hilbert berkata...

Salam bro,

saya sangat setuju dengan cadangan anda, ini bagi mengelakkan kesilapan daripada berlaku ketika menerima kunjungan tetamu kerana jarak waktu yang terlalu dekat.

jadi begitu juga kepada Anifah Aman, kena pandailah susun jadual lawatan tetamu yang akan berkunjung ke Malaysia..jangan main tangkap muat saja. Orang dah bagi jawatan tinggi dalam pentadbiran negara, jadi kenalah tunjukkan KPI tu... dulu merajuk !

sri mersing berkata...

salam bro,diorg dtg jarak waktu yg dkt sbb ada APEC...tetamu dtg kena la layan.Kalau org nak dtg rumah takkan nak buat schedule..hehe.Jazakullah khair

Local Fighter berkata...

Bro hillbert,
Seperti saya katakan, 'output' atau hasil pertemuan itu sangat penting.
Jika ada 3 ketua negara, bagaimana nak meneliti dan memperhalusi setiap agenda dan intipati pertemuan.

Sri Mersing,
Benar, APEC akan berlangsung di Singapura. Tetapi sebelum ini ketika ASEAN+3 atau persidangan lain, jarang sekali pemimpin bertembung.

Ini disebabkan aturan jadual yang diurus oleh Wisma Putra supaya tidak 'clash' antara satu sama lain.

Salah seorang daripada Hu Jintao atau SBY boleh bertandang selepas APEC berakhir.

Layanan pasti akan lebih mesra dan komitmen negara tidak berbelah bagi seperti yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn cdgn anda
nampaknye menteri pengangkutan tidak mencapai KPI yg memuaskan..
ape lagi, kasi tukar ini orang..
ini org memberi liabiliti yg teruk kpd kerajaan..