04 November 2009

Topik Khas : Dilema Pembangunan di Sg. Buloh..


Gambar di atas adalah kejadian kemalangan di Persimpangan Subang Perdana - Lapangan Terbang Subang yang terletak di dalam projek seliaan saya.

Bukan kerana sikap pemandu yang saya bimbangkan atas terjadinya kemalangan tersebut, tetapi sikap 'panjang tangan' segelintir orang yang menyebabkan nyawa jadi taruhan! Saya sebagai penjawat awam dan bertanggungjawab dalam pengendalian bagi Projek Naiktaraf Jalan Sg. Buloh - Subang sangat kecewa dengan masalah kecurian yang berlaku kepada harta milik awam disini.

Kemalangan di atas berlaku disebabkan kegagalan lampu isyarat berfungsi. Hal ini bukan disebabkan kegagalan kontraktor atau pihak JKR memantau tetapi disebabkan kecurian sistem kawalan (controller) pada kotak feeder pillar sistem lampu isyarat tersebut!

Sehingga Khamis lepas (29 Oktober 2009) telah empat kali kotak feeder pillar di sepanjang jajaran jalan baru ini dipecah dan controller bernilai puluhan ribu ringgit setiap satu dilarikan.

Laporan polis telah dibuat tetapi sehingga kini suspek masih tidak dapat dikenalpasti. Pada hemat saya pencurinya mesti tergolong daripada kontraktor yang mahir dalam sistem lampu isyarat ini. Saya percaya kes ini bukan sahaja di sini tetapi di seluruh Malaysia.

Biasalah..setiap kali kehilangan, saya akan mula khuatir akan ada nyawa yang terancam dek kerana sikap mencari keuntungan cara dajjal segelintir rakyat kita ini. Aduan orang awam melambak -lambak. Sebagai penjawat awam, kita kena akur untuk melayan setiap aduan. Kontraktor juga diarah untuk menyegerakan pembaikan lampu tersebut. Walaupun tak dapat claim, kontraktor dengan muncung kena buat jugalah.

Tetapi sampai bila akan berakhir? Keadaan kecurian di sini semakin teruk. Polis dicabar, rakyat rasa tercabar.

Adun Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim (Parti Sosialis Malaysia - PSM) selalu bising kepada JKR tetapi tidak ada satu langkah konkrit yang di ambil oleh beliau untuk mengatasi masalah kecurian dan vandalisme di kawasannya disini.

Saya tergerak untuk menulis berkenaan perkara ini setelah berbual dengan salah seorang pengadu sebenar tadi yang juga pegawai JKR berkenaan masalah kegagalan lampu isyarat berfungsi di kawasan ini. Di dalam perbualannya itu, tergambar riak suara kecewa dengan masalah ini berlaku dan mengakui bahawa Adun dan Ahli Parlimen Subang (R Sivarasa - PKR) tidak menjalankan tugas dengan baik.

Bila masalah timbul asyik -asyik salahkan kerajaan pusat dan polis tetapi apa mereka buat untuk bantu selesaikan masalah ini?. Pengadu meluahkan rasa kecewanya.

Walaupun saya penyokong kerajaan pusat tidak bermakna saya mengamalkan double standard bilamana berurusan dengan pemimpin pembangkang. Sepatutnya mereka kena bersyukur kerana peruntukan daripada kerajaan pusatlah yang merealisasikan jalan ini di naik taraf. Harapkan Kerajaan Selangor, nak bantai duit zakat lagi adalah..!

Saya tahu dimana garis panduan tanggungjawab dan profesionalisma saya sebagai penjawat awam. Tetapi dalam pada masa yang sama saya sedih dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang. Kaya dengan retorik, tetapi sangat kikir dalam idealistik!

Pengadu tersebut menyatakan tindakan penduduk disitu menyokong pembangkang satu langkah yang amat salah termasuklah dirinya! Masalah kecurian controller lampu isyarat ini sekarang terjadi di persimpangan menuju Kg. Baru Sg. Buloh (lubok undi DAP pada pilihanraya yang lepas).

Rungutan dan aduan menimbun -nimbun datang. Saya menjalankan tugas seperti biasa dengan mengarahkan kontraktor membaiki dan menggantikan alat tersebut (yang mengambil masa untuk ditempah) mengikut terma yang ditetapkan dalam kontrak.

Tetapi dalam pada masa yang sama saya berbisik sendirian, 'Nah rasakan! Atas sikap parti pembangkang yang sering membela penjenayah (seperti kes kugan), inilah hasilnya. Penjenayah semakin berani bermaharalela kerana ada dukungan yang kuat dari sang pemerintah! hehehe. Kalau dihadapkan mahkamah, boleh minta tangguh dan terus tangguh sampai hakim mampus!'.....

Tiada ulasan: