Di dalam mencari titik penyelesaian dalam krisis kepimpinan MCA yang paling kompleks dalam sejarah hampir 60 tahunnya, saya melihat Ayahanda YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih prihatin dan ambil peduli berbanding Perdana Menteri 1Malaysia!
Buktinya adalah tentang nasihat Tun dua hari lepas yang menyatakan sekiranya satu lagi EGM dibuat maka keadaan MCA akan lebih buruk dan meruncing. Ini adalah disebabkan rasa ketidak puasan hati pihak yang kalah akan terus menjadi dendam kesumat. Dr. Mahathir menyuruh untuk melihat tragedi pengharaman UMNO tahun 1987 sebagai iktibar untuk MCA dan parti - parti kompenan lain. Tun bercerita berlandaskan pengalaman beliau sendiri dan kepentingan mengekalkan perpaduan dalam parti.
Manakala Dato' Seri Najib hanya memberi nasihat supaya pucuk pimpinan MCA selesaikan isu ini dengan segera dan tidak akan campur tangan dalam krisis dalaman MCA. Ciri - ciri 'play safe' masih ada dalam diri PM 1Malaysia ini.
Sebagai sebuah ketua keluarga, Najib perlu ada idea yang boleh disumbangkan untuk MCA selesaikan masalahnya dengan cepat sebelum merebak menjadi barah.
Barisan Nasional ibarat 1 jasad dimana UMNO bertindak sebagai Otak dan tulang belakang. Parti - parti kompenan lain menjadi anggota bagi melengkap struktur tersebut menjadi sempurna. Sekiranya satu bahagian misalnya tangan berkudis, seluruh badan turut rasa khuatir takut-takut kudis tersebut akan merebak. Otak perlu memainkan peranannya untuk mencari penyelesaian supaya kudis tersebut sembuh segera. Inilah yang perlu dimainkan oleh Pengerusi Barisan Nasional. Bukan hanya memberi nasihat secara 'on surface' sahaja.
Lihat lah bagaimana Tun Dr. Mahathir menyelesaikan krisis MCA semasa memimpin Kerajaan Wawasan dahulu. 2 kali krisis MCA yang besar berlaku iaitu semasa tahun 80-an dan kewujudan 2 pasukan (team A dan team B) semasa Tun Dr. Ling Liong Sik.
Almarhum Tun Ghafar Baba telah bertindak menjadi 'President Caretaker' MCA yang sebelum ini tidak pernah terjadi dalam sejarah parti politik milik kaum Cina terbesar Malaysia ini. Formula penyelesaian Dr Mahathir juga telah berjaya menyelesaikan pertembungan Dr Ling dan timbalanya Lim Ah Lek (Tan Sri) yang membentuk Geng 8 tahun 2002/2003
Ini lah tugas yang perlu dimainkan oleh Pengerusi BN. Bukan hanya bercakap 'Saya PM untuk semua' tapi bila ada masalah anak buah, bak kata orang Noghori 'pokok kek kaulah'!
Keadaan MCA semakin meruncing. Sudah ada 2 orang Timbalan Presiden. Sayap - sayap parti (Pemuda dan Wanita) sealiran dengan YB Liong Tiong Lai. Keadaan semakin kusut. Bibit - bibit perpecahan ketara sudah. Pengerusi BN perlu ambil langkah segera. Tunjukkan kredibiliti anda sebagai pemimpin No. 1 Malaysia!
1 ulasan:
Salam bro,
bagus, saya setuju sekali bro.. sepatutnya Datuk Seri Najib menggunakan pengaruh beliau untuk campur tangan dalam krisis MCA itu diatas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan bukan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO... aduhaiiii...apalah tak terfikir ke arah itu ?
Catat Ulasan