Dalam isu tuntutan tidak munasabah Kerajaan Kelantan kepada royalti petroleum, saya sudah menjangkakan bahawa Perdana Menteri 1Malaysia akan mengambil tindakan popular (pada firasatnya) tetapi dalam pada masa yang sama memberikan peluru hidup kepada pembangkang terutama parti seteru utama UMNO iaitu Pas.
Sedang rakyat sudah mengabaikan isu tuntutan minyak ini, atas sikap 'prihatin' gagasan 1Malaysia, maka cerita ini diungkit kembali. Sepatutnya kerajaan tidak perlu melayan kehendak Pas Kelantan yang sudah maklum menuntut royalti ini untuk mengisi kantung kerajaan negeri yang semakin susut setelah pendapatan utama daripada segi balak dan perlancongan semakin kurang.
Adakah Najib lupa, isu royalti minyak ini pernah diketengahkan semasa pilihanraya kecil Manik Urai? Pengundi tidak ambil peduli dan BN hampir - hampir sahaja menang di kubu kuat Pas tersebut. Rakyat Kelantan menganggap isu ini ibarat hikayat 1001 Malam dan panglipurlara pembesar Pas.
Bukan maksud saya menyuruh Kerajaan Pusat menyembunyikan isu ini daripada rakyat Kelantan tetapi disebabkan faktor ketidak tentuan lokaliti kawasan ini yang masih meragukan.
Dato' Seri Najib pun menyatakan bahawa kawasan ini di dalam pertindihan maka apakah rasionalnya beliau umumkan pemberian wang ehsan tersebut? Sekiranya kawasan yang dipertikaikan ini sebenarnya milik Negeri Terengganu, adakah Kerajaan Pusat perlu ambil semula wang ehsan tersebut dan memberi kepada Terengganu. Saya pasti keadaan akan lebih rumit dan kompleks!
Seharusnya kerajaan 1Malaysia perlu meneliti dari segenap aspek dan hanya mengumumkan setelah data emperikal diperolehi dan disahkan tanpa tercetusnya polemik seperti yang berlaku sekarang.
Di pihak Kerajaan Negeri Kelantan terutama Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Paduka Hj. Husam Bin Musa dengan nada begitu ego menolak terus pakej wang ehsan Kerajaan Pusat ini.
Sebabnya dia nak royalti yang dibayar terus kepada kerajaan negeri bukannya wang ehsan yang dikawal kerajaan pusat. Senanglah dia dan Pas negeri gunakan duit itu untuk besarkan PUTIK (Pusat Tarbiyah Islam Kelantan) Pas, beli speaker - speaker canggih untuk siri kempen ceramah tak sudah mereka dan dana untuk menambahkan koleksi isteri (hehehe)!
Maka wang ehsan ini dianggap menghalang hasrat mereka untuk menggunakan duit itu untuk membesarkan fasiliti dan pengaruh Pas (bukan untuk rakyat Kelantan)!
Ironinya, jumlah tuntutan oleh Husam sangat tidak realistik. Royalti minyak Kelantan - RM 1 billion! Wow lebih besar daripada bayaran pusat kepada Sabah tahun lepas iaitu sebanyak (RM 900 juta) [Laporan Tahunan 2008 Petronas ; Edisi 25 Jun 2009].
Walhal Najib cakap hanya ada satu dermaga untuk proses carigali di kawasan pertikaian ini! Sedangkan di Sabah, kawasannya lebih luas dan diketahu paling sikit 3 dermaga yang aktif sekarang ini.
Bagaimana Husam ini membuat kira-kira? Adakah dia lihat Terengganu yang perolehi RM 3 billion dan Sarawak RM 2.3 billion sebagai kayu ukur untuk tuntut RM 1 billion? Ini kah calon Menteri Kewangan kabinet bayangan Anwar?
Kelantan 1 tempat, Sabah 3 tempat. Isipadu minyak yang diperolehi mestilah berbeza. Seharusnya Husam menuntut jumlah yang lebih realistik. Jangan nak tunjuk pandai tuntut yang bukan - bukan.
Mengikut pengiraan kasar saya, jumlah yang layak dibayar kepada Kelantan hanya RM 350 juta sahaja (bajet yang cukup untuk membuat 1 hospital sederhana (RM150 juta) dan 10 buah sekolah (RM 20 juta).
Tetapi kita tunggu budi bicara PM 1Malaysia kita untuk umumkan amaun sebenar dan selayaknya untuk kemaslahatan rakyat Kelantan dalam pemberian wang ehsan ini...
4 ulasan:
SLM BRO..PAS NI JENIS SPESIS TAU NAK BERSYUKUR. KLU BERSYUKUR PUN MCM X IKHLAS!..BUANG MASA JEK LAYAN PEMIMPIN PAS NI. BAIK SALUR JE DUIT EHSAN TU TERUS KT RAKYAT. BIAR DIORANG KECOR AIR LIOR KEHKEHKEH
Salam perkenalan:
Yang tuntut angka banyak tu sengaja. Strategi.
Bila beri kurang dari jumlah itu boleh jadi isu lagi.
Bila tak sampai kepada rakyat secara terus seperti di Terengganu kini bolehlah beri alasan pusat dah kemut separuh.
Itu strategi untuk jadikan isu jadi tak selesai.
Boleh ceramah terus. Nak kata apa lagi kerja lain dia tak pandai. Kerja ceramah je.
Tetapi walau apa pun jarak telaga dah lebih dpd 12 km dari pantai. Ini sahaja dah buatkan negeri menjadi tidak berhak kepada hasilnya.
Ia bergantung kepada ihsan pusat. Namun kerana DS Najib benar benar ikhlas dengan konsep rakyat didahulukan maka rakyat Kelantan nak diutamakan biar pun bila rakyat menjadi selesa mereka akan terus lena dibawah tipu helah pas.
Tak mengapa kita dulu kena ikhlas. Orang tu biarlah Allah buka pintu hatinya.
To Bro Jeff,
Sudah menjadi fitrah Pas. Konsep berterima kasih kepada BN tidak perlu. Apa yang kita anggap hak kita (walaupun bukan sebenarnya) kita tuntut. Ni sikap puak Khawarij.
To Che Leh,
Manipulasi isu dan mengharap simpati rakyat adalah 'trade mark' Pas sejak dahulu.
Memang dijangka Pas akan menjadikan isu ini modal politik picisan mereka.
Bagi yang tahu fakta, tidak mengapa. Tetapi bagaimana di kampung - kampung? Rata - rata menelan bulat -bulat hujah dangkal Pas ini.
Silapnya BN tidak mematahkan isu ini dengan kemas. Fakta dan analisis lengkap perlu dikemukakan kepada rakyat.
Saya suka mengambil contoh pendekatan MTEN semasa Tok Pa dulu mengenai isu penjualan air ke Singapura (semasa Kerajaan Wawasan). Penerangan yang kemas dan memuaskan hati rakyat. Persepsi kerajaan lemah dan tunduk kepada Singapura berjaya dihapuskan.
Salam Bro,
itu lah PAS, tak tahu nak bersyukur..orang dah bagi bukannya nak berterima kasih, dasar Indon yang tak kenang budi...
Catat Ulasan