Tahun 1999, selepas Pas berjaya menawan Negeri Terengganu, maka pendekatan ekstrim di ambil untuk melenyapkan pengaruh UMNO dan BN. Langkah - langkah radikal dan 'no mercy' dicipta dan dilaksanakan.
Paling menyayat hati adalah dengan merampas hak pendidikan kanak-kanak pra sekolah di Tadika Kemas. Alasannya, fasiliti yang digunakan iaitu Balairaya adalah hak JKKK Kampung dan tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.
Budak - budak yang masih mentah itu teraniaya. Hak menuntut ilmu yang menjadi fardhu 'ain dinafikan oleh kerajaan Islamik Pas!
Itu sebagai satu contoh. Ada beberapa lagi contoh kebobrokan kerajaan Pas Terengganu dalam melenyapkan pengaruh UMNO di hati rakyat Terengganu. Mekanisme politik balas dendam ini dipraktikkan sedemikian rupa bagi menampakkan bahawa modul dasar BN adalah salah!
Mereka mendambakan teori domino iaitu kejatuhan satu persatu kerajaan negeri pimpinan BN tetapi nampaknya ia cuma mimpi di siang hari. Rakyat membalas 'jasa' mereka dengan tersungkur 'aib pada tahun 2004.
Tahun 2008, nampaknya rakyat Terengganu sukar melupakan 'jasa' mereka pada tahun 1999 - 2004. Walaupun BN dan UMNO lemah ketika itu, Terengganu masih dikuasai dengan 2/3. Inilah hasil daripada amalan 'murni' politik balas dendam kerajaan Pas Terengganu.
Tahun 2008/2009 - pasca Pilihanraya Umum ke-12, politik balas dendam tetapi menjadi amalan parti pembangkang.
Di Kedah, Perak dan Selangor, episod 1999 berulang kembali. Tadika Kemas menjadi mangsa. Pintu pagar balai raya dikunci, perabot dihumban keluar, kanak - kanak yang terpinga - pinga diperlakukan sedemikian hanya mengikut kata guru yang meminta mereka belajar di kawasan terbuka.
Tetapi kerajaan pusat dan negeri pimpinan BN tidak mengambil langkah yang sama dengan menutup pusat doktrin kanak - kanak Pas iaitu Pasti. Politik balas dendam bukan gaya kepimpinan BN sejak dahulu lagi.
Di Selangor, penubuhan SELCAT digunakan untuk menghalalkan tindakan pakatan pembangkang menutup mulut anggota DUN UMNO. Digantung setahun dan elaun khas ditarik. Politik gaya samseng! Mastermind nya adalah Teng Chang Khim yang menjadi suara rasmi Lim Kit Siang di Selangor. Tan Sri Khalid, MB Selangor paling bangsat hanya mengikut sahaja tanpa banyak soal!
Di Perak ketika masih dibawah pimpinan MB boneka Nizar Jamaluddin, DAP menggunakan pengaruh dan kuasa untuk membalas dendam dengan menafikan hak kaum melayu dan memberi tanah kepada penyokong mereka walaupun tidak mendapat kelulusan Pejabat Tanah Daerah. Prosedur diketepikan demi untuk mengekalkan populariti.
Di Pulau Pinang, kepimpinan khulapok Lim Guan Eng mula menampakkan taring sebenar! Hak melayu berniaga di pulau dinafikan. Hak kaum india juga diabaikan. Inilah natijah percaya sangat cakap - cakap retorik!
Kini BTN menjadi mangsa terbaru di Selangor. Nampaknya kerajaan Negeri Selangor ingin menunjuk kuasa, tetapi dia lupa bahawa Kerajaan Pusat lebih banyak kuasa daripada nya.
Politik balas dendam ini akan memakan diri. Sama seperti politik persepsi olahan mereka dahulu kini menjadi ancaman besar kepada 'survival' politik mereka. Cuma masa yang akan menentukan bilakah politik balas dendam ini akan 'membunuh' mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan