Bila kemelut MCA ini akan tamat? Semakin hari semakin kompleks jadinya. Masalah 'dalaman' parti sudah meleret - leret hingga ke Parlimen.
Sudah ada dua puak yang jelas di dewan rakyat. Satu kelompok, Ahli Parlimen (termasuk anggota kabinet) menyokong YB Liow dan satu pihak lagi menyokong 'Pelan Perpaduan' tajaan Presiden & Timbalan Presiden yang ditolak EGM lepas!
Apa sudah jadi dengan MCA ini? Mana kelibat PM dan TPM? Hendak tunggu MCA diharamkan ke baru nak masuk campur? Ini bukan masalah keluarga MCA sahaja sebab dan merebak ke parlimen.
Sidang media di dewan rakyat dijadikan pentas melempias perasaan dan emosional pemimpin MCA yang bertelagah. Ia perlu dihentikan SEGERA!!
Najib dan Muhyiddin sila ambil perhatian. Jangan nanti ada Ahli Parlimen MCA yang kecewa dan melompat ke DAP baru nak tergadah!
Masalah semakin kronik bila mana saya melihat sudah ada dua kelompok dalam kabinet kerajaan BN! YB Liow selaku Menteri Kesihatan disokong oleh Dr Wee Ka Siong (Timb Menteri Pelajaran), Senator Chew Mei Fun (Timb. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), dan 6 ahli parlimen termasuk Ong Ka Chuan (Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Manakala sidang akhbar Chua disertai oleh Menteri Perlancongan, Dr. Ng Yen Yen dan beberapa lagi anggota MP MCA.
Ramai penyokong BN termasuk saya sangat kecewa dengan respon yang sangat pasif daripada kedua-dua pucuk pimpinan BN. Najib kata,beliau akan hanya campur tangan sekiranya dijemput secara rasmi. Muhyiddin pula berpendapat masalah MCA adalah masalah dalaman dan tidak perlu campur tangan.
Najib ingat masalah MCA ini seperti menghadiri majlis yang penuh protokol. Perlu ada jemputan dan tentatif. Ini masalah BN dan Kerajaan Pusat. Lihat sekarang masalah yang dikatakan masalah dalaman MCA sudah meleret ke parlimen dan berjangkit kepada anggota kabinet kerajaan pulak!
Nampaknya disini, idea yang dilontarkan oleh satu pihak pasti tidak akan disokong oleh pihak yang satu lagi dan keadaan ini juga berlaku sebaliknya. Maka perlu ada satu pihak yang neutral dan tidak memihak kepada mana - mana pihak bertindak dan memberi kata putus muktamad dan mandatori! Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Pengerusi BN ataupun Timbalan Pengerusi BN!
Jangan nanti episod UMNO 1988 berulang kepada MCA. Kelak BN dan UMNO sendiri yang akan menanggung bahananya ekoran sikap berkecuali dan tidak masuk campur ini memakan diri sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan