06 November 2009

Evolusi Pas : Dari Sosialis Ke Kapitalis !


Biru menunjukkan rakyat. Merah adalah pemerintah


Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pemerintahan yang wujud pada hari ini di seluruh dunia di kongkong oleh dua doktrin sahaja iaitu Sosialis ataupun Kapitalis. Tidak ada istilah lain walaupun ada pihak -pihak yang menggelar mereka membawa doktrin Islamis. Islamis cuma ada gerakan tapi belum ada sistem yang benar - benar di praktikkan di dunia kotemporari.


Di Mesir puluhan tahun dahulu ada perjuangan suci Hassan al-Banna di dalam Ikhwan Muslimin. Revolusi Islam Iran 1979 juga didakwa atas sistem Islamisme. Rangkaian al-Qaeda pun menyatakan mereka berjuang untuk menegakkan Sistem Islam Yang Syumul. Hizbut Tahrir pergerakan masakini juga mendambakan Daulah Islamiah sebagai matlamat utama mereka.


Tetapi atas platform apa mereka berjuang dan bergerak? Hassan al-Banna menentang kerajaan al-Nukrasi Bassa pro-Barat(terutama selepas Perang Dunia Ke-2) melihat kebangkitan Kesatuan Soviet sebagai alternatif menggantikan sistem kapitalis ciptaan koloni Barat sehingga membawa kepada kematiannya pada Februari 1949.


Begitu juga dengan revolusi Islam Iran dipimpin oleh pembawa doktrin Sosialis. Sekarang ini pun Iran banyak bergantung kepada Russia di dalam hal ehwal negara dan antarabangsanya. al-Qaeda adalah generasi baru pejuang mujahidin yang mendapat latihan dan dana daripada negara kapitalis (Amerika Syarikat) untuk menentang Kesatuan Soviet (sosialis). Hizbut Tahrir juga sama. anti - capitalis dan pro kepada me'rakyat'kan (slogan popular puak sosialis).


Maka secara tuntasnya disini, dunia hanya ada dua sistem. Sama ada kapitalis atau sosialis.


Di Malaysia, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional adalah jelas menjurus kepada kapitalis. Mungkin ada penambahbaikan sedikit dan boleh digelar sebagai kapitalis - moderate. Walaubagaimanpun, sistem kapitalis tetap dijadikan model dalam urus tadbir negara.


Parti - parti pembangkang pula lebih cenderung berfahaman sosialis. Jika kita tolak PKR yang agak kabur teras fahaman mereka (lebih - lebih lagi Anwar adalah 'sesumpah'), majoriti adalah menentang konsep kapitalis bawaan BN.


DAP, parti pembangkang utama di Malaysia (bukan Pas atau PKR) secara terang mengaku sosialis. Konsep Malaysian Malaysia adalah buktinya. Sayap Pemudanya juga dikenali sebagai DAPSY (DAP Socialist Youth). Teman baru mereka iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang baru didaftarkan jelas pada namanya pendukung tegar sosialis.


Pas : Sosialis ke Kapitalis?
Parti Islam Semalaysia yang ditubuhkan sejak 1951 pada awal penubuhannya lebih cenderung kepada gerakan Islah yang berorentasikan sosialis. Banyak tokoh - tokoh parti yang diharamkan oleh Kerajaan British seperti Hizbul Muslimin, Parti Kesatuan Muda Malaya, Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar yang beridealogi sosialis memilih Pas sebagai payung politik (selain parti -parti kecil berkiblatkan Negara China dan Kesatuan Soviet).


Gerakan sosialis mudah dikenal. Demonstrasi, mogok dan piket menjadi 'baju rasmi' perjuangan mereka. Slogan R-A-K-Y-A-T menjadi kalimah wajib di pentas perjuangan.


Perarakan Berdarah Mei 1969, Demonstrasi Baling 1974, dan Reformasi 1998 adalah digerakkan oleh orang yang berfahaman sosialis! Anwar Ibrahim yang menjadi 'master mind' dalam gerakan Baling 1974 dan Reformasi 1998 adalah orang yang terpengaruh dengan idealisma sosialis sejak di UM lagi. Tetapi sifat 'belut' dan 'sesumpah', pendirian beliau dalam 'stand' politik agak kabur.


Ada pihak menggelarkan beliau Islam Liberal, Islam sosialis dan neo-kapitalis. Entahlah mana satu yang betul.


Saya kasihan melihat nasib Pas. Reformasi 1998 dan Pilihanraya Umum 1999. Lihatlah bagaimana totok - totok Pas digunakan oleh Anwar untuk menyertai demonstrasi saban hari di Kuala Lumpur. Disiram dengan 'water cannon'. Dikejar dengan belantan. Disembur dengan gas pemedih mata. Atas alasan menuntut keadilan. Nyawa jadi taruhan.Inilah perjuangan sosialis. Anwar kekal sebagai pemimpin masa depan blok Amerika Syarikat (kapitalis). Pandai Anwar yang kapitalis gunakan Pas yang berfahaman sosialis untuk capai matlamatnya! Eh! Anwar ni kapitalis atau sosialis? Saya pun pening nak simpulkan. Benarlah dia ini 'charmeleon!!


Kini, Pas sudah semakin canggih dan moden. Dahulu wanita tidak dibenarkan bertanding pilihanraya. Kini berlambak YB muslimah di Parlimen dan Dun Negeri. Dahulu berpakat dengan orang bukan Islam dituduhnya kafir tetapi sekarang berpeluk cium dengan orang yang kata 'Langkah mayat aku kalau nak tubuh Negara Islam'.


Pemimpin Pas pun sekarang sudah berubah. Dahulu naik kereta kancil pergi lawat kawasan. Sekarang naik Mercedes, kena buat temujanji kalau nak berjumpa. Kekayaan dan kemewahan (sifat utama kapitalis) menjadi agenda utama. Wujudnya kumpulan Erdogan (anak - anak sesumpah) dalam Pas memburukkan lagi keadaan. 


Pas sudah ingin menjadi seperti UMNO yang dikutuk, dikeji selama ini. Maka tidak ada beza perjuangan Pas dan UMNO. Lebih baik pilih UMNO daripada Pas. Kerana sekurang-kurangnya UMNO jelas pendiriannya. Pas berubah - ubah mengikut musim (suasana politik)! 


Akarnya disini, baik sosialis mahupun kapitalis, kedua-duanya ada baik dan buruknya. Alternatif yang ke-3 iaitu Islamisme boleh diterjemahkan dalam erti kata sebenar sekiranya ada kelompok daripada kedua - dua fahaman ini duduk bersama dan SATUkan fikiran untuk wujudkan PERPADUAN! Bab sesumpah tu..mmpphh....bolehlah disembelih dan campak dalam sungai.....Sungai Buloh!!!

3 ulasan:

jebbat berkata...

Assalamualaikum WBT dan slam sejahtera.

Sekadar ringkasan.
Islam mempunyai sistemnya sendiri. Islam tidak perlikan sosialis atau kapitalis. Islam juga mempunyai sistem pemerintahanya sendiri iaitu Khilafah. Sistem yang menggunakan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan negara dan bukan ciptaan manusia sepertimana demokrasi kapitalis ataupun sistem-sistem lain.

Jika hanya ada sosialis dan kapitalis... apakah sistem yang digunakan oleh Rasulullah SAW satu ketika dulu???
Sistem apakah yang digunakan oleh Khalifah Rasyidin, Abbasiyah, Othmaniyah???
Adakah sistem kapitalis dan sosialis.

Jawapannya "TIDAK".
2/3 dunia menggunakan sistem Islam sepenuhnya. Syariah ditinggikan. Tiada dualisma seperti hari ini.

Kerosakan minda kaum muslimin hari ini amat menyedihkan. Mereka tidak pernah mengkaji sistem Islam dan ada yang tidak tahu langsung sistem Islam. Pemerintah telah menyembunyikannya dari pengetahuaan dan menerapkan sistem sekular kepada rakyatnya. Sejak dari bangku sekolah lagi diterapkan sistem sekular sehingga ke universiti.

Baik PR mahupun BN, tidak ada satu partipun yang menerapkan sistem Islam secara kaffah. BN selaku pemerintah juga telah mengetepikan sistem Allah SWT.

Wahai kaum muslimin,

Ketahuilah, adalash menjadi satu kewajipan bagi kaum muslimin menegakkan kembali Daulah Islamiyah dan haram bagi kaum muslimin untuk berdiam diri.

Jika anda pejuang bangsa, atau mereka yang menggunakan sistem selain dari hukum Allah, maka apakah hujah anda di depan Allah kelak!!!

Apakah anda hanya mengikut apa yang mereka lakukan sedangkan mengaku Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan!!!

Wahai kaum muslimin, mati itu pasti. Sudahkan kamu mempunyai hujah dgn apa yang anda lakukan di dunia!!!


Wahai kaum muslimin, ketahuilah azab Allah amat pedih kepada mereka yang engkar perimtah Allah!!!


Wahai kaum muslimin, adakah Islam hanya sekdar sembahyang, puasa, haji, amal jariah..... dakah cukup itu sebagai amalan anda!!! Anda akan di tanya dengan apa yang anda lakukan di dunia.

Wahai kaum muslimin, Islam hanya satu dan tidak wujud exterimis dalam Islam. Pihak kufur telah memecahkan Islam kepada pelbagai puak dengan pelbagai nama.

Islam itu satu dan Islam secara kaffah."....masuklah Islam seluruhnya....(2:208)

Wahai kaum muslimin,
Khilafah adalah mimpi buruk bagi pihak kufur. Mereka lebih mengetahui kekuatan Islam. Seltelah kejatuhan Empayar Islam mereka telah mencorakkan pemikiran kaum muslimin dengan pemikiran sekular.

Wahai kaum muslimin

Sedarlah dan berdoalah kepada Allah dengn memberi petunjuk dalam diri kalian.

Hizbut Tahrir berdiri di tengah-tengah kalian bagi mengubah pemikiran sekular kepada pemikiran Islam. Hizbut Tahrir menggunakan tariqah Rasulullah SAW berdakwah.

Ayuhlah kaum muslimin....
Ubahlah pemikiran kalian. Dalami Islam dan jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Bukannya perlembagaan Malaysia mahupun undang-undang tubuh....

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar] .

jebbat.blogspot.com

Local Fighter berkata...

Salam Saudara Jebbat,
Saya merujuk sistem kapitalis dan sosialis ini pada masa kini. Bukan masa keagungan Islam dimana sistem ini tidak wujud sama sekali.

Yang wujud ketika itu sistem feudal dan khalifah.

Saya juga pernah meneliti perjuangan Hizbut Tahrir. Iya, tidak dinafikan bahawa konsep perjuangannya ingin menegakan Islam.

Tetapi bagaimana ia ingin diimplementasikan? masih kurang jelas. Adakah dengan memberontak dan mencetuskan revolusi? Atau dengan menjadi satu parti politik?

Jangan kita berada di dalam fatamorgana dan angan-angan perjuangan kita sekiranya konsep perjuangan belum jelas. Rakyat marhaen juga masih keliru.

Berikan saya satu contoh negara di dunia yang mengamalkan sistem daulah Islamiyah ini pada masa kini? Tidak ada bukan? Sebab masih belum bersedia.

Faktor penentu jatuh bangun negara adalah ekonomi.

Saudara lihat bagaimana terjadinya kepada Nigeria. Negara yang cuba mengamalkan syariah sedangkan ia tidak bersedia secukupnya?

Saya bukan menentang sistem daulah ini bahkan saya berdoa semoga Islamisme menjadi konsep pemerintahan dunia kelak. Tetapi kita perl bersedia.

Negara kita kini sedang menggerakkan sistem ekonomi Islam. Ini adalah permulaan kepada penggantian sistem dualisme kepada sistem tunggal iaiatu Islamisme. Ia perlukan masa. Bukan secara terkejut. Nanti fitnah datang melimpah - limpah!

jebbat berkata...

Saudaraku Local Fighter.

Maaf kerna lambat reply. Maklumlah ana x subsribe melalui email. Mohon maaf. :-)

Syukran atas pandangan saudara. Di bawah ana jelaskan serba sedikit tentang perjuangan HT.

Perjuangan Hizbut Tahrir (selepas ini HT) bukan dengan mengangkat senjata. Bukan berperang menentang pemerintah. Bukan membunuh sesama Islam.

Tetapi mengikut sebagaimana cara Rasulullah SAW di Madinah. Tariqah yang sudah terbukti tanpa kekerasan dan tertegaknya Daulah Islamiyah yang pertama. Tariqah Rasulullah dengan menerapkan ideologi mengenai Islam seluruhnya.
Mengubah pemikiran jahililliah kepada pemikiran Islam dan meletakkan Islam di tahap tertinggi.

Mungkin anta boleh download disini..

http://mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN100_Hizbut%20Tahrir.pdf

InsyaAllah, anta akan faham.

Ana juga faham mungkin anta tidak atau belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai perjuangan HT. Dan mungkin juga anta dapat maklumat dari sumber yang tidak sahih.

Mengenai angan-angan mendirikan khilafah... ia bukanlah satu angan-angan kosong tetapi ia adalah janji Allah dan RasulNya...

"...selepas ini akan kembali khilafah yang mengikut jalan kenabian..." [HR Ahmad]

Jika ada kemuskilan, sudi kiranya email kepada ana di jebbat@gmail.com.

Semoga kita bisa bertukar pandangan dan pendapat secara ilmiah....