Di dalam laman web darahtuah.wordpress.com, ada menceritakan tentang desakan 7NGO Cina untuk kerajaan mengiktiraf Sijil Gabungan Sekolah Cina (UEC). Sekiranya kerajaan enggan, maka mereka berhasrat untuk tumbangkan kerajaan! klik sini
Saya pasti dan amat yakin kerajaan 1Malaysia kita ini sangat prihatin dan mengambil berat tentang masalah kelompok minoriti yang tidak pun menguasai 30% daripada populasi kerusi dalam parlimen!
Biasalah kerajaan kita ni. Bila ada masalah orang bukan Melayu dan Islam memang cepat, berdesup tolong. Kalau masalah Melayu, janji air liur je lah...
Saya tidak mahu komen pasal tuntutan ini dan kaedah layanan oleh kerajaan atas isu ini tetapi lebih menjurus kepada 'ancaman' mereka untuk menumbangkan kerajaan!
Daripada satu perspektif, 'ancaman' ini seperti sangat bahaya kepada kelansungan pemerintahan kerajaan BN tetapi daripada satu aspek lain, ia menampakkan kebengapan dan kebodohan mereka dalam melihat 'Matematik Politik' dalam penentuan dasar dan kemenangan parti yang bertanding!
Politik demokrasi ini bergantung kepada 3 faktor yang saya sebut sebagai 3M iaitu Manipulasi, Majoriti dan Matematik. Dalam isu ini saya hanya mengetengahkan teori berkenaan 'Matematik Politik' ini.
Untuk membentuk kerajaan, sesebuah parti hanya memerlukan 112 kerusi daripada 222 kerusi untuk membentuk majoriti mudah.
Jika kita melihat komposisi parti yang menguasai parlimen sekarang ini adalah seperti berikut :
BN - 137 ( UMNO : 78, MCA : 15, MIC : 3, GERAKAN : 2, LDP : 1, PBB : 14, PBRS : 1, PBS : 3, PRS : 6, SPDP : 4, SUPP : 6, UPKO : 4)
Pembangkang - 79 (DAP : 28, PKR : 27, Pas : 23, PSM : 1)
Bebas - 6 ( SAPP : 2, Bebas : 4 )
Jika kita tolak kerusi yang dimenangi oleh MCA,MIC,GERAKAN dan SUPP, BN masih ada 111 kerusi lagi. Ia hanya memerlukan 1 kerusi untuk membentuk kerajaan TANPA wakil CINA dan INDIA di dalam kabinet!!!
Jika Ahli Parlimen Pasir Mas menyokong BN, maka kerajaan Bumiputera Sejati boleh direalisasikan di bumi Malaysia ini! Ia tidak mustahil!
Tetapi atas dasar kebertanggungjawaban dan tidak mahu meminggirkan bangsa lain, maka mereka juga dijemput untuk bersama kerajaan pemerintah, tetapi masih tidak bersyukur!
Adakah 7 NGO Cina ini tidak melihat dan mengkaji 'Sempoa Matematik Politik' ini?
Selepas membuat sedikit projektor dan analisis berkenaan kedudukan kerusi pada PRU akan datang, sekurang - kurangnya UMNO boleh menang kembali 16 kerusi (7 Pas ; 9 PKR) di kawasan majoriti Melayu terutama di Selangor, Perak, Pahang dan Kedah).
Jika nilai ini dicampur dan ditolak maka pecahan kerusi boleh dianggarkan UMNO = 94, Bumiputera Sabah/Sarawak (tidak termasuk parti kaum Cina seperti SUPP) = 34 maka jumlahnya adalah 128. Jumlah yang memadai untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah!
Adakah 7 NGO ini tidak mengambil kira 'matematik' ini sebelum membuat ancaman kepada kerajaan!
Kini terpulang kebijaksanaan pemimpin kerajaan dalam mengendalikan perangai jelik kaum yang tidak pernah bersyukur ni. Jika tolong mereka pun belum tentu lagi mereka sokong!
Jika pertubuhan besar semacam Suqiu yang membuat tuntutan maha dasyat, Tun Dr. Mahathir bijak menanganinya kita tunggu pula cara Datuk Seri Najib, jangan asyik main 'playsafe' je nanti terjerat diri sendiri..!
1 ulasan:
Salam bro, beginilah perangai mereka.... sekali diberi tapak, mereka sentiasa mencari jalan untuk terus berkuasa serta mengusir penghuninya sekali....
Catat Ulasan