30 Mac 2010

RMK 10 : Mana Mau Cekau Duit . . Selepas Diratah 6 Tahun Oleh ehem..ehem..!

Jangan nak tipulah jika tidak diakui, kantung kerajaan semakin kempis!

Jangan nak temberang bila cakap duit kerajaan banyak lagi untuk dibelanjakan!

Jangan nak menafikan, dana dalam perbendaharaan negara semakin kosong!

Hakikat yang perlu kita terima sekarang, duit kerajaan semakin sedikit, perbelanjaan semakin terhad, kewangan semakin mendesak!

Buktinya mudah, tidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan tanah air, pelajar - pelajar yang duduk asrama diarahkan untuk balik ke rumah setiap 2 minggu sekali (ada kes setiap hujung minggu) kerana dewan makan tidak menyediakan makanan sebab peruntukan terhad!

Benda ini mungkin tidak berlaku di SBP atau di MRSM tetapi di sekolah yang ada penempatan asrama misalnya Sekolah Menengah Agama atau sekolah lain!

Guru - guru juga terpaksa menanggung kos sendiri jika ada urusan mesyuarat atau urusan rasmi lain di luar stesen tanpa boleh dituntut kembali ! Ada kes berlaku di sekolah, guru besar belanja nasi bungkus kepada ahli mesyuarat beliau sebab tidak ada peruntukan untuk itu!

Itu di sekolah, bagaimana pula di jabatan dan kementrian lain? Sekarang ini heboh kempen penjimatan tenaga untuk kurangkan kos letrik, kursus yang diterhadkan dan hanya dibuat di dalam pejabat, syarat yang lebih ketat untuk melakukan perjalanan di luar pejabat dan berbagai lagi langkah yang dicerminkan sebagai 'langkah penjimatan' tetapi sebenarnya kantung untuk belanja mengurus semakin sedikit!

Adakah kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melancarkan RMK 10 tahun hadapan? Jika ada, kenapa perlu Dato' Seri Najib ke hulu ke hilir menjaja dan meminta untuk pelabur asing datang ke Malaysia?

Sehingga sanggup meliberalisasi 27 sub sektor perkhidmatan, mengurangkan pegangan KWSP dan Khazanah dalam GLC (langkah yang kurang bijak) dan memperkenalkan MEB?

Bagi sebilangan yang bekerja di dalam perkhidmatan awam terutama di Kementerian Kewangan, EPU mahupun Kementerian dan Jabatan lain yang melaksanakan program (seperti saya di JKR ini) tahu bahawa kantung kerajaan sebenarnya dalam keadaan bahaya! Kebanyakan duit hanya tercatit di dalam kertas sahaja...

Sebenarnya langkah Najib untuk berada di kerusi Perdana Menteri perlu dibayar oleh beliau dengan harga yang tinggi, cukup tinggi!

Selain berperanan untuk mengembalikan sinar dan kegemilangan Malaysia di persada antarabangsa yang pernah di kecap 7 tahun yang lalu, beliau juga berperanan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus di dalam krisis ekonomi yang teruk!

Cuba lihat di dada - dada akhbar sekarang ini, sepatutnya setiap hari Khamis dan Isnin pasti akan ada tender baru JKR yang diiklan tetapi jumlahnya semakin mengecil kerana faktor kekangan kewangan.

Banyak projek yang terpaksa di KIV untuk menunggu kelulusan harga siling sebelum ditender. Orang yang menentukannya adalah EPU yang diketuai oleh Menteri yang ada RM2 juta cash dalam tangan tapi di taichi kepada orang suruhannya!

Itu belum lagi dikira, bayaran kepada kontraktor dan perunding yang tertangguh lama kerana kerana belum mendapat lampu hijau dari EPU untuk membayar.

Kemana perginya duit - duit yang dijaja semasa pembentangan Bajet tahun lepas? Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) juga masih belum menampakkan hasilnya. Yang aktif hanya di KKLW. Itu pun banyak projek di Sabah dan Sarawak. Tapi bagus juga tu, berjasa kepada orang yang telah berjasa...hehehe

Mulai tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan projek berdasarkan kepada pratik PFI iaitu Private Finance Initiative untuk membantu merancakkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan projek secara konvensional (tender terbuka) dan design & build!

PFI ini adalah skim yang menggunakan dana swasta untuk menampung kos dalam pembinaan infrastruktur dan pembangunan lain. klik sini

Ia mula diperkenalkan oleh Australia pada tahun 1980-an dan di Britain ia di perkenalkan oleh Sir John Major, orang yang memuji Najib baru - baru ini di Hong Kong!

Ada baik dan buruknya PFI ini. Baiknya, ia akan menjimatkan dana awam dan ia dapat disalurkan kepada perkara yang lebih manfaat. Buruknya, kita akan melalui jalan - jalan atau mendiami bangunan yang dikenakan tol seperti konsep konsesi tol sekarang ini! Rakyat perlu membayar untuk ini!

Dato' Seri Najib perlu berhati - hati dalam mengambil langkah ini kerana memang telah dijangka seperti artikel saya sebelum ini, John Major pasti ada niat 'udang di sebalik batu' dalam melemparkan pujian kepada Najib!

Sekarang Najib terpaksa berkelana ke luar negara untuk mencari pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Langkah ini tidak ubah seperti langkah mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir yang berkelana menjual nama Malaysia di luar semasa era pemerintahan beliau.

Sekarang ada juga seorang yang suka kel uar negara menjaja nama negara tetapi bukan untuk menarik pelabur tapi mencari rakan untuk memusuhi negara sendiri! Siapa lagi kalau bukan Abang Bucuk Saifuddin Nasution - Anwar Ibrahim!

Semoga Najib dikurniakan kekuatan untuk memacu ekonomi negara dan berjaya menempuh dugaan yang perit ini...

2 ulasan:

-krisjawa lok3- berkata...

Memang benar apa yang dikatakan... penghuni asrama sekolah diminta pulang setiap hujung minggu kerana pihak pengurusan dewan makan asrama tak menyediakan makanan seperti yang diarahkan.
Masalah tuntutan perjalanan bagi guru2 yang bertugas diluar sekolah juga telah dipotong..tuntutan hanya dibenarkan dengan kadar satu tempat duduk dalam bas sahaja. Misalnya untuk satu perjalanan pergi pulang melebihi 200km,tuntutan yang dibenarkan hanya Rm40 sahaja...untuk 100km cuma Rm10 sahaja.....bayangkan kesulitan pegawai yang mau menjalankan tugas tapi kebajikannya tak diambil kira..tiada elaun makan atau penginapan.Seperkara lagi kemungkinan pegawai yang diarahkan bertigas ke lain temat tu terpaksa bertukar bas 2 atau 3 kali baru sampai.....
Tak fahamlah kepimpinan siapa yang menjahanamkan kewangan negara..yang pasti Dr.M bersusah payah cari wang untuk dibawa masuk...pak lah dan menantu berbelanja sakan..dan DSN menerima reba dan duri.....

Tanpa Nama berkata...

boleh terangkan lebih detail pasal PFI?..dan perbezaan PFi di malaysia dan england?