25 Mac 2010

Sahih ! Memang Si Saifuddin Nasution Tuduh Ibrahim Ali (Bukti Hansard 23 Mac 2010)!! Apa lagi Tok Him, Saman Lah Lapan Belas Ratus Juta!!!

Haa...buat apa tu! Tengah punggah duit ke? Mentang - mentang le Abang Bucuk dia baru balik dari oversea, mesti bawak balik duit billion - billion. Hehehe. Jangan lupa tugas utama ko sebagai anjing salakan Anwar. Ganggu Ahli Dewan Rakyat berucap! He..he..he..

Si Saifuddin Nasution ni wajar digelar jaguh pengampu nombor satu! Semenjak dilantik menjadi Setiausaha Agung PKR, sikap membodeknya memang tidak dapat dibendung lagi! Hari - hari kena bodek boss..!

Hari Selasa lepas (23 Mac 2010) dalam Dewan Rakyat tuduh Ibrahim Ali ada share dalam kompeni judi Vincent Tan.

Bilamana Ibrahim Ali nak saman dia, tiba - tiba kecut macam boss dia. Mintak Ibrahim Ali tengok baik - baik hansard Parlimen, apa yang dia kata!

Hah! Sekarang memang jelas! Dalam muka surat 98 (dalam bentuk pdf muka surat 99), memang ada dinyatakan tuduhan itu!

Ayat yang keluar dari mulut busuk lagi hancing Si Saifuddin 'Katak Puru' Nasution tu berbunyi begini . . .
...' Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kerajaan memberikan penjelasan yang jelas terhadap satu perkara yang berhubung dengan kelulusan lesen judi kepada 'Escort Sports' yang dikuasai oleh Vincent Tan yang kita kenal sebagai tycoon yang mempunyai empayar perniagaan yang luas dalam banyak - banyak syarikat perniagaan iaitu YB Pasir Mas pejuang Melayu tulen pun ada sahamnya juga.'

Si Saifuddin ni cakap lesen judi tu dah diberi selama 20 tahun dengan bayaran RM20 juta dengan dana sebanyak RM 1 billion diluluskan oleh PM dan Menteri Kewangan terdahulu. Zaman Pak Lah baru ia diberhentikan..

Jika Pak Lah membatalkan lesen ini pada tahun 2003, 20 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1983, Menteri Kewangan ketika itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah! Kalau nak salahkan PM ketika itu tidak adil kerana kuasa pemutus tetap di Perbendaharaan yang dipegang Ku Li sejak tahun 1976 lagi! Kau tanya le Ahli Parlimen Gua Musang tu!

Lesen judi ini harus diperbaharui dalam tempoh - tempoh tertentu. Mesti si Saifuddin ni dah banyak sangat makan semut sampai terlupa Abang Bucuknya pernah jadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 - 1998. Takkan le pada zaman tu, satu lesen judi pun tak dipebaharui atau dibuat baru. Nak kena tanya Nallakaruppan dulu ke? hehe.. jangan lupa Magnum tau!!

Ibrahim Ali dah bersumpah dengan nama Allah. Kau pun patut bersumpah juga Saifuddin dengan nama Allah. Jangan jadi macam Abang Bucuk ko, suruh sumpah tak nak lepas tu suruh budak - budak jendul macam kau edar vcd haram!

Nanti bila Ibrahim Ali dah saman kau jangan pulak ko berdaih - dalih. Kalau nak ambil peguam tunda berkerusi roda tu pun tak pe, semakin di tunda semakin tinggi kos yang ko kena bayar kat dia..masyukkk!!!

Si Anthony Loke (Rasah), Ketua Pemuda DAP ni konon nak tunjuk handal, dia pun menentang perjudian dengan mempertikaikan kenapa kerajaan meluluskan banyak special draw untuk NFO (number forecast operator) kepada 6 syarikat judi macam Magnum (milik bekas kawan baik Anwar) dan lain-lain. Ia menyebabkan masyarakat Tionghua terjebak!

Si Saifuddin tu pun sebab suka sangat bau colok, terus angkat dan julang si DAP Rasah ni cakap mereka pun menentang judi! Hello brader, kau pergi tengok kat Lobak, kawasan DUN si Anthony Loke ni kat Seremban.

Kedai - kedai judi berderet - deret, siap ada nama yang tak pernah dengar pun ada. Ntah - ntah, belakang Sungai Lobak tu pun ada orang main kuda longkang! Kemaruk berjudi! Nak angkat orang tu berpada - padalah, jangan nampak bodoh sangat!

Kadang - kadang bila baca statistik ahli YB terutama pembangkang nampak sangat ia tidak betul sebab tak dinyatakan sumber, hanya bermain dengan angka dan digit. YB di belah kerajaan pun satu, dah le kurang mencelah, kalau ada muka yang sama, isi tak ada, cubalah pertikaikan data merapu mereka, mintak sumber mereka! Ini angka dan digit dimanipulasi, rakyat yang telan bulat -bulat, dengar menganga je lah! BN-BBC pun tutur menganga..!!


4 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Sibacul saifuddin ni memfitnah orang je yang tau...pabila orang sergah balik..dia terus nyorok..sama seperti sitaliban ketua pemuda pas pusat tu harap semungtal je tinggi.

McTheory berkata...

Bro. .

nak wat gu mana. dah dasar memang setia pada tuan. dah kena halau banyak kali pun dok setia macam tu la.

Tanpa Nama berkata...

salam,
hangpa tak ikuti ka yg brahim ali kalah kes dia saman saifuddin ..maknanya betul la yg saifuddin cakap brahim ada saham tu!

Tanpa Nama berkata...

bro,
panjang depa tulih story pasai saifuddin ..alih2 dia menang kes samn ibrahim perkasa ..hahahahahahah